You are on page 1of 20

Jawab semua soalan.

1. (a) Nyatakan unit S.I untuk kuantiti fizik yang diberi dalam Jadual 1.

Kuantiti fizik Unit S.I


Masa
Suhu
Arus elektrik

Jadual 1
[3 markah]
(b) Apakah kepentingan unit S.I?

[1 markah]

(c) Aleesya hendak menganggar luas bagi daun yang ditunjukkan dalam Rajah 1.

Rajah 1
(i) Cari luas daun itu.

[1 markah]

(ii) Aleesya membuat anggaran untuk mencari luas daun tersebut. Mengapakah
Aleesya berbuat demikian?

[1 markah]

1
2. (a) Terdapat banyak jenis alat pengukur yang digunakan untuk mengukur kuantiti
fizik.
Padankan setiap alat pengukur dengan kuantiti yang diukur dan unit ukuran.

(b) Daniel hendak mengukur panjang sebatang pensel


.

Rajah 2

(i) Pada Rajah 2, tandakan ( / ) untuk menunjukkan kedudukan mata Daniel


yang betul ketika mengambil bacaan.
[1 markah]

(ii) Berapakah panjang pensel yang ditunjukkan dalam Rajah 2?

[1 markah]

2
(iii) Jia Xin mengukur panjang pensel itu sekali lagi. Dia mendapati jawapannya
tidak sama dengan jawapan Daniel. Apakah masalah yang dihadapi oleh Jia
Xin?

[1 markah]

3. (a) Rajah di bawah menunjukkan satu kaedah untuk menentukan isipadu objek yang
tidak sekata.

(i) Nyatakan kaedah yang digunakan dalam rajah di atas.

[1 markah]

(ii) Diberi jisim batu di atas ialah 63 g, hitung ketumpatan batu tersebut.

[3 markah]

3
(b) Sekumpulan murid menjalankan satu aktiviti untuk mengkaji keapungan sebiji telur
dalam dua jenis cecair yang berlainan. Keputusan mereka direkodkan dalam jadual di bawah.

Cecair Daya keapungan


Petrol Tenggelam
Merkuri Terapung

(i) Telur tenggelam dalam petrol manakala terapung dalam merkuri.


Apakah istilah yang digunakan untuk mewakili ciri di atas?

[1 markah]

(ii) Jisim telur mestilah sama dalam eksperimen ini. Terangkan.

[2 markah]

(iii) Pelbagai pernyataan dibuat oleh murid semasa eksperimen dijalankan. Padankan
setiap pernyataan dengan langkah dalam kaedah saintifik.

[3 markah]

4
(iv) Fiesta belon udara panas di Putrajaya semakin popular malah menarik pelancong
asing ke negara kita. Terangkan bagaimana belon udara panas beroperasi dengan
menggunakan konsep ketumpatan.

[2 markah]
4. (a) Rajah 3 menunjukkan dua jenis sel.

Rajah 3

(i) Label bahagian dalam sel dengan menggunakan perkataan yang berikut.

Membran sel Nukleus Kloroplas

[2 markah]

(ii) Tandakan ( / ) pada pernyataan yang betul tentang sel P dan sel Q.

(i) Sel P tidak boleh mengekalkan bentuk yang tetap

(ii) Sel Q boleh didapati pada manusia

(iii) Sel P boleh membuat makanannya sendiri

(iv) Sel Q boleh didapati pada euglena

[2 markah]

5
(b) Padankan setiap struktur sel dengan fungsinya.

[2markah]

(c) Lengkapkan silang kata berikut yang berkaitan dengan sel.

6
Menegak

1) Mengawal semua aktiviti sel


2) Menyimpan sap sel untuk kesegaran sel
3) Merupakan keperluan asas organisma
4) Dibentuk apabila sekumpulan sel yang sama melaksanakan fungsi tertentu
5) Medium bagi tindak balas kimia berlaku

Melintang

6) Menyerap tenaga cahaya semasa proses fotosintesis


7) Proses ini hanya berlaku dalam tumbuhan hijau
8) Unit asas hidupan

[5 markah]

5. Rajah 4 menunjukkan tiga organisma akuatik.

Rajah 4

(a) Kenal pasti setiap organisma di atas.

X:

Y:

Z:

[3 markah]

(b) Nyatakan maksud organisma unisel.

[1 markah]

7
(c) Dalam Rajah 4 di atas, terdapat dua organisma unisel. Nyatakan SATU
daripadanya

[1 markah]

6. Rajah 5 menunjukkan sistem saraf dalam badan manusia.

Rajah 5

(a) Nyatakan fungsi sistem di atas.

[1 markah]

(b) (i) Rajah 6 menunjukkan beberapa sel dalam badan manusia. Tandakan ( / ) sel yang
merupakan unit asas bagi system dalam Rajah 5 di atas.

Rajah 6
[1 markah]

(iii) Sel yang dijawab dalam (b) (i) membentuk satu kumpulan. Nyatakan kumpulan
itu.

[1 markah]

8
(c) Nyatakan organisasi sel.

Sel Organisma

[3 markah]

7. Rajah 7 di bawah menunjukkan kitar fotosintesis dan respirasi sel.

Rajah 7

(a) Nyatakan maksud fotosintesis.

[1 markah]

9
(b) Apakah DUA bahan yang diperlukan untuk menjalankan proses respirasi sel.

(i)

(ii)

[2 markah]

(c) Tulis persamaan perkataan untuk menunjukkan respirasi sel dan fotosintesis.

(i) Respirasi sel:

(ii) Fotosintesis:

[2 markah]

(d) Fotosintesis dan respirasi sel merupakan proses yang saling melengkapi bagi
memastikan kesejahteraan hidup.
Pada pendapat anda, apakah yang akan terjadi jika fotosintesis tidak berlaku dalam
kehidupan sebenar?

[2 markah]

8. (a) Tandakan ( / ) pada pernyataan yang benar mengenai homeostasis.

(i) Satu proses pengawalaturan dan pengekalan keseimbangan


persekitaran dalam badan.
(ii) Satu proses yang mengubah persekitaran dalam badan berdasarkan
perubahan luar.
(iii) Badan perlu berada dalam keadaan keseimbangan sepanjang msa dari
segi faktor fizikal seperti suhu dan tekanan darah.
(iv) Bendalir luar sel merupakan persekiktaran yang terdiri daripada
nutrient dan gas yang diperlukan untuk kehidupan sel.
[2 markah]

10
(b) Homeostasis merujuk kepada pengekalan keadaan persekitaran dalam badan
sesuatu organisma. Apakah keadaan persekitaran dalam badan itu? Tandakan ( / )
pada jawapan yang betul.

Suhu

Perubahan hormon

Tekanan darah

Degupan jantung

[2 markah]

(c)Tandakan ( / ) pada organ yang terlibat dalam kawal atur suhu badan.

Ginjal

Otak

Kulit

[2 markah]

(d)Rajah 8 di bawah menunjukkan seorang budak lelaki yang berpeluh ketika berlari.

Rajah 8

(i) Apakah kesan perpeluhan dalam kawal atur suhu badan?

[1 markah]

11
(ii) Bagaimanakah aras air dalam darah budak lelaki itu selepas berlari?

[1 markah]

(iii) Berdasarkan jawapan anda di (d)(ii), terangkan bagaimana kandungan air


dalam badan dapat kembali normal.

[2 markah]

9. Rajah 9 menunjukkan organ-organ yang berkaitan dengan proses homeostasis.

Rajah 9
(a) Namakan organ yang menghasilkan air kencing.

[1 markah]

(b) Penghasilan air kencing akan membantu menyingkirkan air yang berlebihan. Graf
pada Rajah 10 di bawah menunjukkan jumlah air kencing yang disingkirkan oleh
tiga orang murid dalam keadaan persekitaran yang berlainan.

12
(i) Berdasarkan maklumat di atas, siapakah yang berada dalam keadaan cuaca
yang panas?

[1 markah]
(ii) Berikan alasan untuk menyokong jawapan anda di (b)(i).

[3 markah]

(iii) Cadangkan SATU cara bagaimana seseorang itu dapat mengekalkan jumlah
air yang mencukupi dalam badan pada hari yang panas.

[1 markah]

10. (a) Rajah 11 di bawah menunjukkan satu proses yang dijalankan oleh tumbuhan.

Rajah 11

(i) Apakah proses yang dijalankan oleh tumbuhan yang ditunjukkan dalam Rajah 11?

[1 markah]

13
(ii) Apakah tujuan proses yang dinyatakan di (a)(i)?

[1 markah]

(b)Rajah 12 di bawah menunjukkan satu eksperimen yang dijalankan untuk mengkaji


transpirasi pada tumbuhan.

Rajah 12

(i) Apakah pemerhatian yang dapat dibuat daripada eksperimen ini?

[1 markah]

(ii) Nyatakan bahagian daun yang membenarkan wap air bergerak keluar.

[1 markah]

(c) Rajah 13 dan Rajah 14 menunjukkan struktur sel yang diperhatikan di bawah mikroskop
oleh sekumpulan murid.

Rajah 13 Rajah 14

14
Transpirasi tumbuhan berhubung kait dengan struktur daun tumbuhan itu. Kadar transpirasi
merujuk kepada jumlah kehilangan air dari stoma daun ke persekitaran dalam bentuk wap air.

(i) Rajah manakah yang menunjukkan tumbuhan berada dalam keadaan cuaca panas
kering? Terangkan.

[4 markah]

(d) Rajah 15 di bawah menunjukkan pokok getah pada musim kemarau.

Rajah 15

Mengapakah pokok getah menggugurkan daunnya pada musim kemarau?

[2 markah]

15
11. (a) Gariskan jawapan yang betul tentang pembiakan seks dan pembiakan aseks.

(i) Pembiakan seks ialah percantuman gamet jantan(sperma) dengan gamet


betina(ovum) untuk membentuk zigot dalam proses (persenyawaan, pertumbuhan).

(ii) Pembiakan aseks ialah pembentukan individu baharu (menggunakan, tanpa


menggunakan) gamet.
[2 markah]
(b) Kebanyakan organisma ringkas membiak secara aseks melalui pelbagai cara.
Padankan contoh pembiakan aseks yang berikut dengan namanya yang betul.

[2 markah]

16
12. (a) Rajah 16 di bawah menunjukkan sistem pembiakan lelaki.

Rajah 16

(i) Dalam Rajah 16 di atas, namakan M dan N dengan menggunakan perkataan yang
diberi dalam petak di bawah.

Testis Duktus sperma Kelenjar prostat

[2 markah]
(ii) Nyatakan fungsi bahagian yang berlabel N.

[1 markah]
(iii) Namakan bahagian yang menghasilkan gamet jantan(sperma).

[1 markah]

17
(b) Rajah 17 di bawah menunjukkan pertumbuhan seorang bayi lelaki menjadi seorang remaja.

Rajah 17
(i) Nyatakan dua perubahan fizikal yang dialami oleh remaja itu apabila mencapai akil
baligh.

[2 markah]

(ii) Perubahan fizikal ini adalah disebabkan oleh penghasilan hormon seks. Nyatakan
hormon seks tersebut.

[1 markah]

(iii) Pada bahagian yang manakah dalam sistem pembiakan lelaki menghasilkan hormon
seks?

[1 markah]

18
13. (a) Rajah 18 di bawah menunjukkan sistem pembiakan perempuan.

Rajah 18

(i) Apakah bahagian yang berlabel K?

[1 markah]

(ii) Nyatakan fungsi bagi bahagian yang dinyatakan di (a)(i).

[1 markah]

(iii) Namakan bahagian yang mana penempelan embrio berlaku.

[1 markah]

(b) Nyatakan dua perubahan fizikal yang dialami oleh remaja perempuan apabila mencapai akil
baligh.

[2 markah]

19
(c)Rajah 19 di bawah menunjukkan gamet jantan (sperma) dan gamet betina (ovum).

Rajah 19

(i) Nyatakan fungsi gamet betina (ovum).

[1 markah]

(ii) Nyatakan satu persamaan dan satu perbezaan antara gamet jantan (sperma) dengan
gamet betina (ovum).

Persamaan :

Perbezaan :

[2 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

20

You might also like