You are on page 1of 4

1.

0 Latar Belakang

Di Malaysia, insiden kemiskinan bukan lagi suatu perkara yang asing bagi
penduduk di negara ini. Masalah ini merupakan masalah global. Menurut Suhiliah
Mohd Salleh (2017) kemiskinan ditakrifkan sebagai kekurangan terhadap
keperluan asas yang diperlukan untuk kelangsungan hidup kebajikan manusia.
Manakala, menurut Kamal Salih, (1984) kemiskinan adalah keadaan terjadi
kekurangan hal-hal yang biasa seperti makanan, pakaian , tempat berlindung dan
air minum, hal-hal ini berhubungan erat dengan kualiti hidup. Selain itu, menurut
Zaharah (2004) kemiskinan berlaku apabila sebahagian dari masyarakat yang
disebabkan oleh masalah-masalah tertentu telah tidak berpeluang untuk
menikmati kemewahan seperti yang dinikmati oleh sebahagian daripada
masyarakat umum di sekeliling mereka. Dalam konteks ini, kemiskinan dapat
dijelaskan melalui perspektif kewangan atau pendapatan dalam setiap isi rumah.
Kemiskinan terbahagi kepada dua iaitu kemiskinan mutlak dan kemiskinan relatif

Kemiskinan mutlak merujuk kepada individu atau isi rumah yang tidak
dapat memenuhi keperluan untuk menikmati keperluan hidup yang minimum.
Keperluan asas ini adalah makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan
perubatan. Kemiskinan mutlak dapat diukur dengan menggunakan perbandingan
antara pendapatan sekumpulan isi rumah dengan pendapatan garis kemiskinan.
Pendapatan garis kemiskinan merupakan pendapatan minimum sesebuah isi
rumah secara purata menampung keperluan makanan, pakaian tempat tinggal
seperti rumah, apartmen dan sebagainya untuk menjaga diri daripada cuaca, iklim
dan perkara yang dapat membahayakan diri. Perbelanjaan asas pula meliputi
sewa, bahan api dan tenaga, pengangukatan dan perhubungan, dan kesihatan.

Manakala, kemiskinan relatif pula dapat dikaitkan dengan agihan


pendapatan. Agihan pendapatan dapat diketahui dengan membuat perbandingan
tingkat kebajikan individu dengan tingkat kebajikan individu lain. Kemiskinan
relatif sentiasa wujud dan sukar untuk dihapuskan selagi mana wujud
ketidakseimbangan dalam agihan pendapatan. Secara kesimpulannya, semakin
tinggi ketidakseimbangan dalam agihan pendapatan, semakin tinggi masalah
kemiskinan relatif walaupun kemiskinan mutlak telah dibasmi sepenuhnya.

Insiden kemiskinan di Malaysia amnya melibatkan Pendapatan Garis


Kemiskinan (PGK). Sebuah isi rumah dikira miskin sekiranya pendapatan mereka
di bawah pendapatan garis kemiskinan (PGK). Pendapatan Garis Kemiskinan
(PGK) digunakan untuk mengukur kemiskinan mutlak. Pendapatan garis
kemiskinan ialah pendapatan yang mencukupi bagi membolehkan isi rumah untuk
memenuhi keperluan asas, iaitu dari segi makanan, pakaian dan tempat tinggal
( Suhiliah Mohd Salled : 2017 ).

Dalam kajian ini, ibu tunggal di Kampung Titingan, Tawau dikaji untuk
menentukan PGK secara berasingan bagi setiap isi rumah dalam Penyiasatan Isi
Rumah mengikut saiz isi rumah, komposisi demografi dan lokasi. Isi rumah yang
mempunyai pendapatan kasar bulanan wang kurang daripada PGK dianggap
sebagai golongan miskin. Kadar kemiskinan dapat diukur dengan menggunakan
maklumat PGK dan bilangan isi rumah miskin. Manakala sesebuah isi rumah
dianggap miskin tegar sekiranya pandapatan kasar bulanan kasar isi rumah kurang
daripada PGK makanan.

Kampung Titingan ialah sebuah kampung yang terletak di Tawau, Sabah.


Kampung ini turut dikenali sebagai Kampung Ice Box atau Ice Box sahaja. Oleh
kerana keluasannya serta populasi yang ramai di samping kebanyakan tanah di
kampung ini ialah milik tanah kerajaan, kampung ini turut dilabelkan sebagai
sebuah setinggan malah merupakan antara setinggan yang paling terkenal dan
terbesar di Tawau. Kampung Titingan terletak lebih kurang 2.5 km dari Bandar
Tawau dengan keluasan melebihi 7 hektar (17 ek).
Kampung ini dibahagikan kepada tiga iaitu Kampung Titingan Pasir,
Kampung Titingan Tengah serta Kampung Titingan Hujung. Setiap bahagian
kampung terdiri daripada lorong-lorong kampung dan setiap lorong tersebut
terdiri daripada beberapa blok. Bahagian yang terdekat sekali dengan Pusat
Bandar Tawau ialah Kampung Titingan Pasir dan yang terletak paling hujung
sekali ialah Kampung Titingan Hujung. Kampung Titingan Pasir telah dirobohkan
dan sebuah kawasan kediaman kos rendah telah dibangunkan di atas tapaknya.

Kegiatan ekonomi utama yang dilakukan di Kampung Titingan ialah


nelayan. Antara aktiviti nelayan yang dilakukan oleh penduduknya ialah menyiut
udang geragau, memukat dan memancing. Pada suatu ketika dahulu, kebanyakan
rumah dikampung ini memiliki bot sendiri untuk digunakan untuk memukat ikan
dipersisir pantainya, namun kini jumlahnya semakin berkurang kerana kekurangan
perintis. Kebanyakan generasi muda kampung ini berhijrah ketempat lain untuk
bekerja selepas tamat persekolahan atau pengajian.

Bagi memudahkan penduduk Kampung Titingan untuk pergi ke bandar


Tawau, lebih kurang 20 buah bas daripada syarikat-syarikat pengangkutan telah
disediakan di kampung ini. Selain itu, kemudahan teksi turut disediakan bagi
mempercepatkan perjalanan penduduk kampung. Bukan itu sahaja, kampung ini
juga diberikan kemudahan Internet wayarles 1Malaysia dan telah diiktiraf sebagai
sebuah Kampung Tanpa Wayar 1Malaysia oleh kerajaan pada tahun 2011. Di
kampung ini cuma terdapat satu masjid utama yang terletak dihadapan kilang
Kalimantan Fishery SDN BHD. Masjid ini dinamakan Masjid Babul Khair.
Kampung ini juga disediakan beberapa sekolah serta tabika terdekat.

Kajian di Kampung Titingan, Tawau menunjukkan bahawa permasalahan


ibu tunggal mendapati permasalahan utama ibu tunggal ialah masalah ekonomi.
Ibu tunggal merupakan wanita yang berseorangan tanpa suami dan
bertanggungjawab mendidik anak-anak dengan men jalankan dwi-fungsi yang
pertama untuk menyara kehidupan sehari-hari dan keduanya sebagai ketua di
dalam sesebuah keluarga ( Chamhuri & Mohd Haflah ). Konsep keluarga ibu
tunggal terjadi kerana beberapa faktor iaitu kematian ataupun penceraian. Sebagai
pencari rezeki yang tunggal, majoriti ibu tunggal berpendapatan kecil. Sumber
kewangan yang terhad menghadkan pilihan mereka untuk memenuhi keperluan
dan kehendak keluarga. Ini menyebabkan golongan ini hanya mampu menikmati
kualiti hidup yang rendah.

Kesimpulannya, usaha membasmi kemiskinan dikalangan wanita dan ibu


tunggal harus dijadikan agenda utama pihak berkuasa tempatan dan juga
pengurusan bandar. Ini kerana kepesatan arus pembangunan ekonomi negeri
bergantung kepada tahap guna tenaga serta pendapatan yang diperolehi.
Kemiskinan tidak hanya diukur melalui kemiskinan mutlak, tetapi ia diukur
melalui kemiskinan relatif yang melibatkan tidak hanya pendapatan malah
masalah ketersampaian penduduk kepada kesediaan bandar. Malah kesejahteraan
hidup juga diukur melalui kualiti hidup penduduk yang melibatkan faktor
persekitaran, keselesaan, faktor psikologi dan juga faktor sosial penduduk.
Kemiskinan yang menimpa gender wanita atau lebih serius lagi kemiskinan yang
disebabkan oleh masalah ibu tungggal memberi impak yang negatif kepada
kebolehsampaian pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Oleh itu, ia harus
dilihat melalui asas pertimbangan individu dan soal persepsi dan juga kelompok
terhadap aspek ekonomi dan juga sosial.

You might also like