You are on page 1of 2

SEJARAH SEKOLAH MENENGAH AGAMA DATO' KLANA PETRA MAAMOR

Sekolah Menengah Agama Dato' Klana Petra Maamor (NFT4003) atau nama
ringkasnya SM Agama Dato' Klana Petra Maamor ialah sebuah sekolah agama yang terletak
di KM5, Jalan Seremban-Kuala Pilah, Ampangan, Negeri Sembilan.

Pada 2017, Sekolah Menengah Agama Dato' Klana Petra Maamor memiliki 227 orang pelajar
lelaki dan 350 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 577
orang. Manakala bilangan guru seramai 55 orang.

Sejarah Asal Sekolah


Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Menengah Agama Ampangan yang beroperasi di bawah
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEINS) dengan bantuan kerajaan negeri.

Bangunan asalnya telah mula dibina pada bulan Mei 1958. Manakala bangunan baru mula
dibina pada 1989.

Sejarah sekolah bermula apabila penduduk muslimin di Luak Sungai Ujong ini berhasrat untuk
mendirikan sebuah Sekolah Menengah Agama sejak daripada tahun 1950-an lagi. Hasrat orang
ramai ini telah disampaikan dalam satu perjumpaan masyarakat yang diadakan pada 20 Mac
1953 di Sekolah Menengah King George V, Seremban. Dalam perjumpaan tersebut seramai
200 orang yang telah menghadirinya termasuklah pembesar-pembesar negeri yang terdiri
daripada:
1. YAM Dato' Klana Putra (Undang Luak Sungai Ujong)
2. YAM Dato' Shah Bandar (Luak Sungai Ujong)
3. YAM Dato' Haji Abdul Malek bin Yusuf (Menteri Besar Negeri Sembilan)
4. YB En. Shamsuddin Naim (Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan)
5. YM Raja Mohd Nordin bin Raja Ali
6. YB En. Abdul Jalil bin. Hj. Aminuddin

Satu jawatankuasa telah dibentuk hasil daripada perjumpaan tersebut. Jawatankuasa ini
bertanggungjawab untuk merealisasikan dan mengendalikan proses penubuhan sekolah agama
dalam Luak Sungai Ujong. Jawatankuasa tersebut telah berusaha mencari derma untuk
membina sekolah agama seperti yang dicadangkan. Pada tahun 1955, beberapa orang
jawatankuasa baru telah sebagai tambahan kepada jawatankuasa yang sedia ada. Mereka
tersebut ialah:

1. YM Tuan Hj. Abdul Aziz bin Abas


2. YM Dato' Penghulu Zainal Abidin bin Lati
3. Dato' Penghulu Nordin bin Pesah
4. En. Mohd Yunus bin Bateh
Bangunan Sekolah Menengah Agama Ampangan telah mula dibina pada bulan Mei 1958 di
atas tanah wakaf Surau Kg. Baru Blok C dengan belanja hampir RM16,000 daripada
sumbangan orang ramai dan juga bantuan kerajaan. Bangunan lama Sekolah Menengah Agama
Ampangan yang digunakan sejak tahun 1959 telah digunakan untuk kelas agama anak-anak
Islam yang dikelolakan oleh Ahli Jawatankuasa Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
cawangan Negeri Sembilan. Manakala bangunan asrama puteri telah disewakan kepada
individu memerlukan dan hasilnya dimasukkan ke dalam tabung kewangan sekolah.

Bangunan baru sekolah ini telah dibina di atas sebidang tanah seluas hampir 3 hektar dengan
belanja hampir RM1 juta. Ia mula dibina pada akhir tahun 1980 dan siap pada Disember 1981.
Bangunan baru sekolah ini mula digunakan pada 4 Januari 1982.

Bangunan baru tersebut mempunyai 4 buah blok iaitu bangunan sekolah, asrama, dewan makan
pelajar dan rumah guru. Bangunan ini juga mengandungi 12 bilik sembahyang, sebuah bilik
guru dan sebuah pejabat.

Pada tahun 1989, bangunan asrama puteri setinggi 4 tingkat telah dibina. Manakala pada tahun
1998, bangunan Kemahiran Hidup (KHB) yang mengandungi 3 buah bilik bengkel telah dibina
dan menelan belanja sebanyak RM 270,000.00. Seterusnya pada tahun itu juga, bangunan surau
telah dibina atas daya usaha Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah. Kos pembinaan
ditampung daripada sumbangan ibu bapa dan penjaga pelajar dan juga bantuan daripada pihak
kerajaan negeri. Perasmian Musolla Al-Amin telah diadakan pada 11 Julai 1999.

Sekolah Menengah Agama Ampangan bertukar nama kepada Sekolah Menengah Agama Dato
Klana Petra Maamor pada tahun 2002. Pada November 2011, Sekolah Menengah Agama
Dato Klana Petra Maamor telah berpindah pusat tanggungjawab (PTJ) kepada Bahagian
Pendidikan Islam (BPI), Kementerian Pendidikan Malaysia selepas menandatangani perjanjian
persefahaman bersama antara JHEINS dan BPI.

Senarai Nama Pengetua SMA Dato Klana Petra Maamor

1. Tuan Hj. Kassim bin Abdul Manaf


2. Tuan Hj. Mohd Nor bin Kassim
3. Tuan Hj. Mohd Redza bin Othman
4. Dato' Hj. Ahmad Sofion bin Hj. Md Arif
5. Tuan Hj. Shaffion bin Ayob
6. Tuan Hj. Mohd bin Yapis
7. Dato' Hj. Ahmad Maher bin Abd Manan
8. Tuan Hj. Jamaluddin bin Abd Manaf
9. Pn. Johara binti Hj. Nawawi : 1997 - 2004
10. En. Abd Halim bin Sulaiman : 2005 - 2006
11. En. Solahuddin bin Abd Rahman : 2006 - 2010
12. Pn. Jawahir binti Alias : 2011 - 2014
13. Pn Samsiah binti Chik : 2014 - 2017

You might also like