You are on page 1of 1

SYARAT PERTANDINGAN PERBARISAN

1. Terbuka kepada semua kontinjen yang menyertai Kejohanan Sukan Balapan & Padang
2. Bilangan peserta setiap pasukan hendaklah seramai 30 orang termasuk pembawa
papan tanda dan pembawa bendera.
3. Sekiranya setiap pasukan mempunyai bilangan peseta yang tidak mencukupi atau lebih akan
ditolak 1 markah bagi setiap peserta yang kurang atau lebih tersebut.
4. Maskot sekiranya ada tidak termasuk di dalam bilangan peserta dalam syarat (2) di atas
dan permarkahan maskot tidak dikira secara berasingan sebaliknya ia termasuk di
dalam kriteria kreativiti.
5. Setiap pasukan hendaklah dalam TIGA barisan dan mesti didahului oleh pembawa bendera.
6. Kedudukan peserta perbarisan adalah seperti berikut:
(i) Pembawa bendera
(ii) Pembawa papan tanda
(iii) Ketua pasukan (komander)
(iv) Kedudukan dan pergerakan maskot (sekiranya ada) adalah bebas
7. Persembahan gimik di hadapan pentas utama adalah TIDAK DIBENARKAN DAN AKAN
DITOLAK 10 MARKAH.
8. Pemarkahan akan diambilkira dari permulaan masuk ke stadium sehingga lafaz perasmian
dilakukan oleh perasmi.
9. Setiap pasukan hendaklah bersedia di tempat permulaan yang ditentukan oleh penganjur
pada masa yang ditetapkan.

PENGHAKIMAN

1. Para hakim akan ditentukan oleh pihak pengelola.


2. Perkara-perkara yang akan dihakimkan ialah:
(i) Keseragaman pakaian - 30
(ii) Kawad lintas hormat - 30
(iii) Kreativiti - 30
(iv) Disiplin - 10
3. Cara pengiraan markah:
(i) Markah keseluruhan akan dijumlahkan berdasarkan markah yang diperolehi daripada
setiap kriteria permarkahan dalam 2(i-iv).
(ii) Markah yang akan ditolak akan dijumlahkan (sekiranya ada) dan akan ditolak daripada
markah keseluruhan dalam 3(i).

4. Keputusan hakim adalah muktamad.

You might also like