You are on page 1of 3

Tugasan 1: Penulisan Esei Berkumpulan (60%)

Epistonolgical atau perkahwinan campur pada asalnya digunakan oleh pihak gereja Katholik
untuk menyatakan perkahwinan antara penganut Kristian dan bukan Kristian. Kini, perkahwinan
campur merupakan antara fenomena silang budaya yang berlaku dalam masyarakat majmuk di
Malaysia. Perkahwinan campur telah lama diamalkan iatu sejak zaman Kesultanan Melayu
Melaka, contohnya perkahwinan Sultan Mansur Syah dengan Puteri Hang Li Po.

Buat analisis silang budaya dari segi sosiobudaya dalam tamadun Melayu, Cina dan India yang
terdapat di Malaysia.

Cadangkan bagaimana silang budaya menerusi perkahwinan campur dapat memberikan


manfaat kepada masyarakat majmuk di Malaysia.

1. Dapat menyebarkan agama islam (eratkan hubungan keluarga)


2. Melahirkan zuriat yang bijak, cantik (zuriat berkualiti)
3. Merapatkan hubungan silaturahim & pupuk perpaduan

Perkahwinan campur dibaratkan seperti satu permulaan baru bagi sesebuah keluarga.
Melalui perkahwinan campur dapat menyebarkan dakwah keagamaan misalnya agama Islam.
Hal ini kerana apabila seseorang yang bukan Muslim ingin berkahwin dengan seorang Muslim,
maka individu tersebut mesti menukar agamanya kepada agama Islam. Jadi, ajaran agama Islam
yang murni dapat diajarkan kepada individu yang bukan Muslim tersebut dengan harapan dia
akan memperoleh hidayah daripada Allah swt. Individu yang ingin memeluk agama Islam perlulah
ikhlas dan bersungguh-sungguh untuk mengenal agama Islam dan bukannya memeluk Islam
semata-mata mencintai manusia. Selain itu, anak-anak yang lahir dari hasil perkahwinan tersebut
juga akan beragama Islam kerana kedua ibu bapanya beragama islam. Secara tidak langsung,
agama Islam dapat berkembang dengan sangat meluas. Tambahan lagi, generasi yang lahir dari
perkahwinan campur juga tidak akan mempunyai sikap perkauman dan mempunyai pemikiran
yang terbuka terhadap budaya lain. Hal ini kerana mereka telah mengenali budaya dan adat
resam sesuatu kaum kerana ibu bapa mereka berbeza kaum. Sebagai contohnya, perkahwinan
campur antara seorang lelaki berbangsa melayu dengan seorang perempuan berbangsa cina.
Maka, anak yang lahir dapat memahami dan mengenali budaya kedua-dua bangsa tanpa
mempunyai perkauman dan dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat luar.
Di samping itu, perkahwinan campur juga akan melahirkan zuriat yang mempunyai
kecerdasan, kepintaran dan kecantikan hasil daripada percantuman gen yang berbeza.
Walaupun tiada kajian saintifik yang mengatakan bahawa perkahwinan campur akan melahirkan
anak-anak yang mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi namun banyak kes yang melaporkan
bahawa anak-anak hasil daripada perkahwinan campur akan mempunyai tahap kecerdasan yang
tinggi. Hal ini kerana faktor genetiklah yang membawa ciri-ciri fizikal serta sifat intelektual ibu
bapa untuk diwarisi oleh anak-anak. Kebanyakan anak-anak yang dilahirkan hasil daripada
perkahwinan campur mempunyai rupa paras yang cantik dan kacak. Sebagai contohnya, jika
ibunya berbangsa cina dan ayahnya berketurunan arab, maka anaknya mungkin mempunyai
kacukan kedua-duanya. Selain itu, bahasa komunikasi juga bertambah bagi individu yang
berkahwin campur kerana ingin menyesuaikan diri dengan cara komunikasi keluarga
pasangannya. Secara tidak langsung, anak mereka juga mempunyai bahasa komunikasi yang
banyak kerana persekitaran mereka dikelilingi oleh keluarga yang berbeza bahasa. Anak-anak
mereka juga mempunyai pemikiran yang terbuka kerana sudah terdedah dengan suasana yang
berbeza dan boleh menerima sesuatu dengan hati terbuka serta tidak mempunyai sifat resis atau
berat sebelah. Hal ini dapat mengeratkan lagi perpaduan antara kaum serta melahirkan
masyarakat yang harmoni dan bersatu padu.

Akhir sekali, individu yang berkahwin campur ini akan berpeluang untuk mengenali dan
mempelajari budaya, adat resam serta cara hidup sesuatu kaum atau etnik. Seseorang individu
tersebut bukan sahaja dapat mengenali pasangannya bahkan dapat mengenali dengan rapat ahli
keluarga bak kata orang melayu jika ingin mengenali anak perlulah mengenali ahli keluarganya
terutama ibu bapa. Jadi, setiap individu itu haruslah mempelajari adat dan budaya kaum
pasangannya bagi mengelakkan berlakunya perselisihan pendapat atau pertembungan budaya
kerana budaya kita dengan mereka mungkin berbeza. Sebagai contoh, jika ingin berkahwin
dengan kaum india maka individu tersebut perlu mempelajari cara gaya hidup, budaya dan adat
resam kaum india. Melalui perkahwinan campur akan melahirkankan sifat hormat-menghormati
antara kaum di mana seseorang individu itu tidak berani untuk mengeluarkan sebarang ungkapan
yang boleh menyinggungkan perasaan kaum lain. Walaupun individu itu tidak beberapa tahu atau
mahir dalam setiap adat atau budaya pasangannya namun dia akan berdiam diri atau membantu
hanya sekadar mampu agar ahli keluarga pasangan tidak berasa hati dengannya. Disini telah
munculnya nilai hormat-menghormati yang boleh membawa kepada perpaduan kaum. Maka, nilai
hormat-menghormati yang menebal dalam diri inilah telah melahirkan masyarakat majmuk yang
membawa kepada kemakmuran negara.
Kesimpulannya, konsep silang budaya telah membawa keharmonian dan kemakmuran
kepada negara Malaysia kerana wujudnya masyarakat yang pelbagai kaum, budaya dan agama.
Sifat bertolak ansur, bersatu padu dan saling memahami antara satu sama lain inilah yang
membawa negara kita mencapai kesejahteraan dan keharmonian serta bebas daripada
pergelutan antara kaum. Seterusnya, konsep silang budaya dari segi perkahwinan campur
melahirkan masyarakat yang majmuk kerana individu yang ingin berkahwin dengan kaum yang
berbeza perlu memahami dan mengetahui adat, budaya serta agama mereka supaya tidak
berlaku ketidaksefahaman antara kaum. Namun, kegagalan dalam sesebuah perkahwinan tidak
seharunya dijadikan faktor prejudis dan stereotaip terhadap sesuatu kaum. Oleh itu, kerjasama
serta galakan dari semua pihak amat diperlukan dalam membantu individu di Malaysia supaya
berkahwin campur dapat menyebarkan agama serta mengenali budaya dan adat resam kaum
lain seperti firman Allah swt dalam Al-Quran yang membawa maksud: wahai umat manusia!
Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah
menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu boleh berkenal-kenalan (dan
beramah mesra antara satu dengan yang lain).

You might also like