You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT

PANITIA RBT KALI PERTAMA 2015


Tarikh : 31 Disember 2014

Masa : 8.00 pagi

Tempat : Bilik RBT BLOK A

Kehadiran :

1
1. En Panang anak Nyarapong - Ketua Panitia
2. En Mohd Hairulnizam Md.Sah - Setiausaha
3. Pn Noor Hamizah Binti Yahaya
4. En Mohd Zubir Bin Razip
5. Pn Norlaina Binti Abdullah

1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI MAJLIS

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan selamat datang kepada semua guru
kerana dapat hadir ke Mesyuarat Panitia RBT Kali Pertama bagi tahun 2015.
1.2 Pengerusi memaklumkan pemantauan pentadbir berterusan hingga akhir tahun .

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 En Hairulnizam mencadangkan minit mesyuarat kali pertama 2015 disahkan .


2.2 Cadangan disokong oleh Pn Noor Hamizah Bt Yahaya.

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 Silibus
3.1.1 Pengerusi menegaskan bahawa soalan KBAT tidak boleh dilatih ianya berkait
rapat dengan konsep i-think justeru itu kemahiran asas adalah penting
kerana bukanlah sesuatu yang mudah untuk mengajar kemahiran berfikir.

4.0 HAL-HAL PROFESIONAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

4.1 Pengerusi memaklumkan : Nazir Kementerian akan turun ke sekolah pilihan pada
hari pertama persekolahan diminta guru-guru bersedia dengan buku rekod dan
rancangan pelajaran yang lengkap.

4.1.1 Pengerusi mengingatkan guru guru RBT menekankan kerja-kerja amali supaya
murid dapat menyiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Beliau turut
mengingatkan guru agar menyemak buku latihan dan buku kerja murid.

4.1.3 Pengerusi menggalakkkan agar guru-guru menggunakan konsep I-Think


dalam RBT. Ini perlu kerana pengetahuan dibina melalui aktiviti. Dengan
adanya aktiviti semasa PdP, secara tidak langsung murid mendapat
pengalaman semasa belajar dan lebih memahami sesuatu konsep dalam
RBT

2
4.1.5 Pengerusi mengingatkan agar membuat pemantauan yang kerap semasa
murid melakukan kerja-kerja amali untuk memastikan keselamatan mereka.

5.1 HAL-HAL LAIN

5.1.1 Pn. Noor Hamizah mengingatkan agar supaya guru memastikan murid
mematuhi peraturan Bilik RBT. Antara peraturan bilik RBT yang mesti
dipatuhi murid adalah:

5.1.2 Tidak dibenarkan membawa masuk beg ke dalam bengkel.

5.1.3 Menasihati murid supaya dating ke bengkel dalam keadaan beratur dan
tidak bising.

5.1.4 Meminta kebenaran untuk menggunakan alatan di dalam bengkel.

5.1.5 Memastikan murid menjaga keselamatan diri semasa menjalankan projek


untuk mengelak berlakunya kecederaan dan kemalangan.

6.0 PENUTUP

Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh
semua guru dan beliau berharap semua guru dapat bekerjasama dan berganding
bahu dalam usaha memastikan murid SK Setiawangasa cekap dalam menggunakan
alatan tangan dan terus cemerlang pada masa akan datang .

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.00 pagi .

Disediakan oleh,

...............................................................
(MOHD HAIRULNIZAM MD. SHAH)
Setiausaha Panitia RBT,
SK Setiawangsa, KL

You might also like