You are on page 1of 7

13 Hadith

Kaunseling
dan Panduan
Aplikasinya

Ainon Mohd.
1
Hadith 1

Jabir Bersedih

Jabir bin Abdullah melaporkan dia pernah terjumpa dengan Nabi Muhammad.
Nabi Muhammad berkata kepadanya, Wahai Jabir, apakah yang menyebabkan
saya lihat saudara dalam keadaan tidak bersemangat? Jabir menjawab, Wahai
Rasul Allah, ayah saya telah mati syahid. Dia terbunuh semasa Perang Gunung
Uhud dengan meninggalkan keluarga dan hutang. Nabi Muhammad berkata,
Mahukah saudara saya beritahu khabar gembira tentang ayah saudara yang
akan berjumpa dengan Allah? Jabir menjawab, Mahu, wahai Rasul Allah. Nabi
Muhammad berkata, Allah tidak pernah bercakap dengan sesiapa pun,
melainkan dari balik tabir. Allah akan menghidupkan semula ayah saudara, dan
Allah akan bercakap kepadanya tanpa ada tabir." - Hadith No. 3010 dalam kitab
Shahih Sunan Tarmizi

Pengenalan:

Hadith ini adalah hadith yang paling jelas menunjukkan sistem prioriti yang digunakan oleh
Nabi Muhammad apabila beliau memberi kaunseling kepada seseorang yang menanggung
banyak masalah. Dalam peristiwa ini Jabir mengalami banyak masalah akibat kematian
ayahnya. Nabi Muhammad hanya memberikan respon kepada masalah emosi Jabir sahaja,
manakala beliau tidak berkata apa-apa berkenaan masalah keluarga dan masalah hutang
ayahnya yang banyak.

Intipati hadith:

1. Apabila bertemu dengan orang yang sedang menanggung banyak masalah, termasuk
masalah tekanan emosi, berikan respon kepada masalah emosinya.

2. Hiburkan hati orang yang bersedih dengan membawakan khabar gembira.

13
Aplikasi hadith:

1. Hadith ini adalah hadith kaunseling.

2. Nabi Muhammad menunjukkan bahawa beliau menjalankan kerja-kerja kaunseling pada


bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

3. Hadith ini menunjukkan salah satu tugas ketua adalah memberi kaunseling kepada anak
buahnya yang menanggung beban masalah berat.

4. Apabila kaunselee menanggung banyak beban masalah, sebagaimana yang ditanggung


oleh Jabir, teknik kaunseling yang betul adalah dengan berikan prioriti kepada isu
meringankan beban emosi orang itu.

5. Hiburkan hati orang yang menanggung tekanan emosi dengan memberikan kata-kata baik
berkenaan perkara yang menjadi punca emosinya tertekan.

Senario dalam hadith:

Jabir bin Abdullah adalah anak salah seorang anggota tentera Islam yang terkorban dalam
Perang Gunung Uhud. Dalam peristiwa di atas, Nabi Muhammad terjumpa Jabir yang sedang
dalam keadaan murung. Jabir murung disebabkan akibat kematian ayahnya itu dia mewarisi
tanggungjawab menjaga keluarganya dan membayar hutang ayahnya. Dua perkara itulah
yang menyebabkan emosinya tertekan. Pada peristiwa itu Nabi Muhammad ternampak Jabir
seperti seorang yang memerlukan kaunseling, lalu tanpa diminta oleh Jabir, Nabi Muhammad
memulakan proses kaunseling.

Analisis hadith:

1. Pelapor hadith ini adalah Jabir bin Abdullah. Beliau melaporkan apa yang beliau sendiri
alami.

2. Jabir tidak mencatatkan di mana lokasi peristiwa itu berlaku.

3. Dia juga tidak mencatatkan sama ada terdapat orang lain di tempat peristiwa itu berlaku.

4. Dalam peristiwa di atas, Nabi Muhammad terjumpa Jabir yang sedang dalam keadaan

14
murung. Jabir murung disebabkan dia ditinggal mati oleh ayahnya. Akibat kematian ayahnya
itu Jabir mewarisi tanggungjawab menjaga keluarganya dan membayar hutang ayahnya. Dua
perkara itulah yang menyebabkan emosinya tertekan.

5. Pada peristiwa itu Nabi Muhammad sebagai ketua ternampak Jabir seperti seorang yang
memerlukan kaunseling, lalu tanpa diminta oleh Jabir, Nabi Muhammad memulakan proses
kaunseling.

6. Nabi Muhammad mengambil langkah proaktif menyapa Jabir. Mula-mula sekali Nabi
Muhammad bertanya apa faktor yang menyebabkan Jabir dalam keadaannya itu: Wahai
Jabir, apakah yang menyebabkan saya lihat saudara dalam keadaan tidak bersemangat? Di
sini, Nabi Muhammad tidak menunggu sehingga Jabir datang mengadu kepada beliau
barulah beliau hendak mengambil tahu punca Jabir murung, sebaliknya apabila beliau
ternampak Jabir murung beliau segera mengambil langkah proaktif bertanya keadaan Jabir.

7. Nabi Muhammad memulakan ayat dengan menyebut nama Jabir: Wahai Jabir, apakah
yang menyebabkan saya lihat saudara dalam keadaan tidak bersemangat? Ini menunjukkan
Jabir adalah seorang yang dikenali secara peribadi oleh Nabi Muhammad. Jadi, kita dapat
katakan, apabila Nabi Muhammad bercakap dengan orang yang beliau kenali, beliau
menyebut nama orang itu.

8. Nabi Muhammad menggunakan kata tanya 'mengapa' kepada Jabir. Pada peristiwa itu
Jabir tidak melakukan sebarang kesalahan. Nabi Muhammad bertanya: Wahai Jabir, apakah
yang menyebabkan saya lihat saudara dalam keadaan tidak bersemangat? Jabir dalam
keadaan tertekan, dan Nabi Muhammad menggunakan perkataan 'mengapa' bagi menyiasat
punca tekanan itu.

9. Pertanyaan Nabi Muhammad itu sangat spesifik, yakni beliau melihat Jabir seperti orang
yang tidak ada semangat, maka beliau bertanya apa punca Jabir tidak bersemangat. Nabi
Muhammad tidak bertanya secara umum, seperti:

* "Kamu ada masalahkah?" (SALAH)

* "Apa sudah jadi dengan kamu?" (SALAH)

* "Apa kena dengan kamu hari ini?" (SALAH)

* "Kenapa kamu macam ada problem sahaja?" (SALAH)

15
* "Kenapa kamu macam tidak ada mood sahaja?" (SALAH)

* "Kamu ini lain macam sahaja saya tengok. Apa yang tidak kena?" (SALAH)

10. Jabir menerangkan perihal keadaanya yang hilang semangat itu: Wahai Rasul Allah,
ayah saya telah mati syahid. Dia terbunuh semasa Perang Gunung Uhud dengan
meninggalkan keluarga dan hutang.

11. Jabir menanggung 3 bebanan:

i. Beban emosi kerana ayahnya mati dalam perang.

ii. Beban sosial kerana dia harus menjaga keluarganya.

iii. Beban kewangan kerana dia mewarisi hutang arwah ayahnya.

12. Nabi Muhammad tidak menyiasat latar belakang masalah sosial Jabir dengan bertanya
berapa orang isteri ayahnya ataupun berapa orang jumlah adik beradik Jabir.

13. Nabi Muhammad juga tidak menawarkan sebarang bantuan bagi mengurangkan beban
tanggungan keluarga Jabir.

14. Nabi Muhammad juga tidak bertanya berapa banyak jumlah hutang yang ditinggalkan
oleh ayah Jabir.

15. Beliau tidak menawarkan bantuan kepada Jabir supaya dia dapat membayar hutang
ayahnya.

16. Pada peristiwa di atas, meskipun Jabir menanggung 3 bebanan, tetapi Nabi Muhammad
memberi respon kepada bebanan emosi Jabir sahaja.

17. Sebelum memberi respon kepada beban emosi Jabir itu Nabi Muhammad bertanya
dahulu: Mahukah saudara saya beritahu khabar gembira tentang ayah saudara yang akan
berjumpa dengan Allah?

18. Selepas Jabir menjawab: Mahu, wahai Rasul Allah. barulah Nabi Muhammad
menyampaikan berita gembira itu dengan berkata: Allah tidak pernah bercakap dengan
sesiapa pun, melainkan dari balik tabir. Allah akan menghidupkan semula ayah saudara, dan

16
Allah akan bercakap kepadanya tanpa ada tabir."

19. Jabir bersedih kerana ditinggal mati ayahnya. Cara Nabi Muhammad mengurangkan
beban emosi Jabir adalah dengan memuji keistimewaan yang ada pada ayahnya. Nabi
Muhammad tidak berkata:

* "Bersabar, ya, bersabar...." (SALAH)

* "Banyakkan bersabar...." (SALAH)

* "Jangan bersedih...." (SALAH)

* "Awak mesti redho...." (SALAH)

* "Tuhan lebih sayang dia...." (SALAH)

20. Teknik bagaimana Nabi Muhammad menghiburkan Jabir adalah: Antara tiga tekanan itu,
Nabi Muhammad hanya respon kepada tekanan pertama, iaitu kesedihan yang dirasai oleh
Jabir akibat kematian ayahnya. Beliau tidak respon kepada isu beban keluarga dan hutang
ayahnya.

21. Dari peristiwa ini dapat ditarik 3 prinsip kaunseling:

i. Supaya didahulukan merawat kesedihan daripada menyelesaikan masalah-masalah


kekeluargaan dan kewangan.

ii. Apabila merawat kesedihan, fokus kepada kesedihan itu sahaja. Jangan sentuh perkara-
perkara lain daripada itu.

iii. Sebagai respon kepada perihal Jabir bersedih atas kematian ayahnya, Nabi Muhammad
memberitahu kedudukan istimewa ayahnya dibandingkan dengan manusia lain. Beliau
memberitahu Jabir, Allah tidak pernah bercakap dengan sesiapa pun, melainkan dari balik
tabir. Allah akan menghidupkan semula ayah saudara, dan Allah akan bercakap kepadanya
tanpa ada tabir.

22. Apabila memuji orang yang sudah meninggal dunia, tekniknya adalah:

i. Puji sifat kebaikan si mati yang paling mulia di sisi Allah.

ii. Pilih satu sahaja sifat mulia bagi dipuji.

17
23. Selepas peristiwa itu, tiada laporan daripada mana-mana pencatat sejarah yang
menunjukkan Jabir terus menerus dalam keadaan tidak bersemangat. Ini memberi gambaran
bahawa beban emosi adalah beban yang diberi layanan prioriti.

Nota tambahan:

Banyak hukum-hakam dalam budaya Barat telah dipinjam oleh orang-orang Asia yang
terdidik dalam aliran pendidikan Barat, justeru mereka itu juga sekaligus menerima pengaruh
budaya Barat. Salah satu aspek budaya Barat adalah amalan menghormati apa yang disebut
hak setiap individu terhadap privasi dirinya. Bagi menerangkan hal ini, sebagai contoh, dalam
tradisi adab pergaulan Barat, apabila kita melihat ada orang yang kelihatan sedang
menanggung beban fikiran, kita tidak dibenarkan bertanya kepada orang itu mengapa dia
kelihatan risau, sugul ataupun sedih. "Mind you own business." (Jangan jaga tepi kain orang.)
Ini adalah intipati kepada adab pergaulan dalam budaya masyarakat Barat.

Sikap suka ambil tahu urusan orang lain adalah melanggar adab Barat, di mana seseorang
itu hanya boleh bertanya masalah orang lain apabila orang itu sendiri sudah memulakan
percakapan berkenaan masalahnya. Pada masa ini adab Barat ini sudah kita pinjam dan
jadikan sebahagian daripada adab pergaulan modern di kalangan kita. Adab ini terbawa-
bawa sampai kepada perhubungan antara ketua dengan anak-anak buah, di mana ketua
tidak mahu mengambil inisiatif bagi mengetahui urusan masalah peribadi anak-anak buahnya.

18

You might also like