You are on page 1of 2

FALSAFAH DAN PEMIKIRAN PENDIDIKAN DALAM ISLAM

ANSWER TASK 1

1.0 Maklumat Artikel

Syed Muhammad Naquib Al-Attas. (2005). Islamic Philosophy: An Introduction. Journal of


Islamic Philosophy 1: 11-43

2.0 Ringkasan Artikel

Artikel ini membincangkan tentang pandangan dan konsep Islam terhadap worldview di mana
elemen-elemen asas terhadap pandangan Islam ialah nature of god, psikologi jiwa manusia dan
juga knowledge.

Penulis membincangkan bagaimana konsep nature of god yang terdapat dalam Islam adalah tidak
dipengaruhi etnik, budaya atau spekulasi falsafah yang terbentuk melalui peringkat-peringkat
pendedahan sains.

Proses mendapatkan ilmu tidak dianggap sebagai education selagimana adab tidak diperolehi, di
mana adab dalam artikel ini digambarkan sebagai kebolehan untuk melakukan perkara yang betul.
Penulis menggambarkan bagaimana ilmu yang telah dicemari membuatkan kehancuran adab
berlaku.

3.0 Penilaian

Isu pertama yang dibincangkan dalam artikel ini ialah berkenaan konsep pandangan hidup Islam
itu sendiri yang merangkumi kedua-dua aspek, iaitu dunia dan akhirat. Setiap aspek duniawi tidak
boleh dipisahkan daripada aspek ukhrawi. Jadi, di sini penekanan diberikan kepada konsep Islam
itu tidak dipengaruhi oleh budaya, tradisi, spekulasi mahupun sains. Pandangan Islam diambil
terus daripada al-Quran yakni kata-kata Allah. Ini merangkumi perkara haq dan juga batil. Hal ini
bermaksud, perbincangan awal artikel ini banyak menjelaskan tentang landasan ontologi ilmu
dalam falsafah ilmu Islam. Ini meliputi kaedah Tauhid, sumber wahyu, konsep sifat Allah dan
seumpamanya.

Isu kedua yang dilontarkan ialah konsep pengetahuan yang menjadi kunci utama konsep dalam
Islam. Isi perbincangan isu ini lebih banyak berkisar tentang landasan epistemologi ilmu dalam
falsafah ilmu Islam iaitu, teori pengetahuan. Epistemologi bermaksud mengkaji dan mencuba
menemukan ciri-ciri umum dan hakikat dari pengetahuan manusia, bagaimana pengetahuan itu
diperoleh dan diuji kebenarannya yakni theory of knowledge (Sudarminta, 2002). Pokok
perbahasan epistemologi meliputi hakikat dan sumber pengetahuan, metode memperoleh
pengetahuan dan kriteria kesahihan pengetahuan (Surajiyo, 2008).

1
FALSAFAH DAN PEMIKIRAN PENDIDIKAN DALAM ISLAM

Isu ketiga pula berkaitan konsep knowledge is not education until there is Adab. Pemahaman
yang betul dan memahami ilmu yang dipelajari itu dengan betul, kemudian baharulah perkara yang
betul atau salah itu dapat diketahui. Apakah yang akan berlaku sekiranya ilmu itu tidak dipelajari
dan adab itu tidak diperolehi? Apabila adab tiada, maka perkara yang betul tidak dapat dilakukan.
Hal ini kerana ilmu itu telah dicemari. Maka, masalah akan berlaku sebagaimana ekstrimis, ISIS
mahupun Jihadist yang keluar daripada konsep Islam. Perbincangan konsep yang ketiga ini lebih
cenderung kepada landasan aksiologi ilmu dalam falsafah ilmu Islam.

4.0 Kekuatan dan kelemahan artikel

Kekuatan yang dapat dilihat daripada artikel ini ialah isu perbincangannya mengaitkan antara ilmu,
kesinambungan antara kepentingan ilmu, dunia dan tauhid. Ini bermaksud keseluruhan artikel ini
memberi kefahaman jelas tentang konsep dasar falsafah ilmu Islam itu sendiri yang meliputi trilogi
landasan falsafah iaitu, ontologi, epistemologi dan juga aksiologi. Ketiga-tiga landasan falsafah
ini dihuraikan mengikut hierarki yang dapat difahami perkaitannya.

Kelemahan artikel ini ialah pembacaan dan penelitian yang menyeluruh dan kritis perlu dilakukan
bagi membolehkan pembaca mengelaskan topik perbincangan secara lebih sistematik dan spesifik.
Hal ini kerana penulisan yang panjang tanpa sub-topik perenggan menyukarkan proses kefahaman
isu yang hendak diutarakan dan sangat memerlukan critical thinking.

5.0 Sumbangan keseluruhan artikel

Konsep pengenalan falsafah Islam yang diutarakan oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas ini
dapat disumbangkan untuk pengembangan ilmu-ilmu keislaman pada masa sekarang. Gagasan
falsafah ilmu yang dikongsikan dapat dijadikan landasan konstruktif untuk membangun kerangka
falsafah ilmu-ilmu Islam yang relevan dengan tuntutan keperluan masyarakat Islam. Hal ini kerana
pengembangan ilmu-ilmu Islam sukar dilakukan tanpa falsafah ilmu Islam yang mana komponen
utamanya dapat digali dari pembinaan falsafah keilmuan pemikir Islam tersebut.

6.0 Penutup :

Dari hasil penelitian yang telah dilakukan, maka dapat disimpulkan di sini bahawa artikel ini sesuai
dijadikan salah satu sumber asas rujukan dalam memahami konsep falsafah di mana inti
perbincangannya memperkenalkan elemen-elemen asas pandangan hidup Islam. Pengembangan
falsafah ilmu Islam dapat dirumuskan kembali kepada tiga landasan iaitu, ontologi, epistemologi
dan aksiologi. Dapat difahami bahawa dasar falsafah Islam itu adalah bersumberkan wahyu.

RUJUKAN

Fathul Mufid. 2013. Jurnal Studi Keislaman. Perkembangan Paradigma Epistemologi dalam
Filsafat Islam 19-40.

You might also like