You are on page 1of 2

Stesen kereta api Ipoh

Stesen kereta api Ipoh juga dikenali sebagai Taj Mahal oleh masyarakat tempatan kerana rupa
bentuknya yang seakan-akan Taj Mahal. Ianya merupakan mercutanda bagi bandaraya Ipoh
kerana keunikan rupa bentuknya. Ianya dikelilingi oleh pelbagai jenis bunga-bungaan tempatan
sebagai daya tarikan kepada pelancong.

Menurut kajian yang dibuat oleh syarikat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), sejarah
keretapi Tanah Melayu bermula pada tahun 1885 iaitu landasan pertama dibina dari Taiping ke
Port Weld (nama baharunya Kuala Sepetang). Nama yang digunakan pada masa itu ialah
Perak State Railway.

Pada tahun 1901, setelah sistem perhubungan keretapi bersambung dengan negeri-negeri lain,
ia dinamakan sebagai Federated Malay State Railway, dan pada tahun 1946 namanya ditukar
kepada Keretapi Tanah Melayu.Sekali lagi pada tarikh 1 Ogos 1992, Keretapi Tanah Melayu
telah diperbadankan dan dikenali sebagai Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hingga ke
hari ini.

Objektif asal pengangkutan keretapi adalah untuk membawa hasil getah, bijih timah dan lain-
lain barang ke pelabuhan oleh penjajah Inggeris, tetapi kini telah berubah menjadi salah satu
pengangkutan yang penting kepada pembangunan ekonomi negara.

Sebelum diambil alih oleh Pengurus Besar dari kalangan warganegara Malaysia yang pertama,
Pengurus Besar pertama keretapi ialah C.E. Spooner C.M.G. iaitu dari tahun 1901 hingga 1909
dan selepas itulah pada tahun 1962 sehingga 1967 telah dipegang oleh Tan Sri Dato' Haji
Ahmad Perang iaitu warganegara Malaysia pertama menjadi Pengurus Besar Keretapi Tanah
Melayu.

Dari segi bangunan pula, memang ada sejarah tersendiri dengan reka bentuknya yang unik
sejak pembinaan awal stesen keretapi berkenaan. Stesen Keretapi Ipoh dibina pada tahun
1917 oleh Syarikat Hindia Timur British serta bangunannya dibina bercirikan Islam dan reka
bentuknya berbentuk Moorish sehingga ada yang menggelarnya sebagai Taj Mahal Ipoh.

Panggilan berkenaan mula menjadi bualan masarakat sekitar apabila melihat reka bentuk
bangunan stesen keretapi berkenaan yang menghampiri reka bentuk seakan-akan Taj Mahal di
India walaupun tidak sepenuhnya
.

Dari segi kos pula, bagi pembinaan bangunan berkenaan sahaja pada waktu itu menelan
belanja sebanyak RM335,000 manakala bangunan yang masih tersergam di bandaraya Ipoh itu
adalah bangunan asal dan ia hanya diubahsuai di bahagian dalam sahaja pada 1 Jun 1993
sementara bentuk bangunan tidak diubahsuai.

Keluasan bangunan stesen keretapi Ipoh adalah 71,200 kaki persegi dan bahagian atas stesen
keretapi kini telah dijadikan hotel bagi pengunjung yang datang melawat Ipoh. Bangunan dan
tamannya yang cantik telah menjadi salah satu tempat menarik kepada pengunjungnya.

Sumber: Sinar Harian

http://smgr1991.blogspot.sg/2009/06/stesen-kereta-api-ipoh.html

You might also like