You are on page 1of 12

SJK(TAMIL)SELAMA,

JALAN SIR CHULAN, 34100 SELAMA PERAK.

MINIT MESYUARAT SEBUT HARGA KANTIN SESI 2016-2017

Tarikh : 27.10.2015

Masa : 3.00 petang

Tempat : Makmal Komputer

Kehadiran :

1. Tuan Syed Abd Razak Bin Syed Ahmad Dahalan


( Penyelia Kanan HEM PPD LMS)
2. Pn.Kristimah A/P Kannan ( Guru Besar)
3. Cik.Retnakumari A/P Muniandy ( GPK HEM)
4. En.Chandran A/L Govindan ( GPK KOKU)
5. Cik.Kalaiwani A/P Arumugam ( Guru Kantin)

1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan Tuan Syed Abd Razak Bin Syed Ahmad

Dahalan serta para guru yang sudi menghadirkan diri pada Mesyuarat Sebut Harga

Kantin Sekolah bagi sesi 2016 hingga 2017.

2. PERBINCANGAN / FOKUS MESYUARAT

2.1 PELANTIKAN JAWATANKUASA SEBUT HARGA KANTIN SESI 2016-2017

Pengerusi : Pn.Kristimah A/P Kannan ( Guru Besar)

Setiausaha : Cik.Retnakumari A/P Muniandy ( GPK HEM)

AJK : En.Chandran A/L Govindan ( GPK KOKU)

Cik.Kalaiwani A/P Arumugam ( Guru Kantin)

Tuan Syed Abd Razak Bin Syed Ahmad Dahalan


( Penyelia Kanan HEM PPD LMS)
2.2 PEMILIHAN PEMBIDA

2.2.1 Tuan Syed Abd Razak Bin Syed Ahmad Dahalan memaklumkan bahawa beliau

hanyalah sebagai pemerhati dan boleh menyaksikan pemilihan sebut

harga kantin, bukannya mempunyai kuasa untuk memilih.

2.2.2 Beliau menyarankan agar Guru Besar serta AJK Sebut Harga Kantin menyemak

semua dokumen setiap pembida dengan teliti dan membuat perbandingan antara

pemohon dari segi sewa, pengalaman, jarak di antara rumah dengan

sekolah, harga bidaan, modal dan lain-lain dokumen.

2.2.3 Guru Besar telah menyatakan bahawa hanya terdapat 2 orang pembida sahaja

yang mengemukakan dokumen mereka berserta wang pos sebanyak RM 100.00

masing-masing iaitu pengusaha kantin semasa dan seorang lagi pembida dari luar.

2.2.4 Hasil dari perbandingan yang dibuat, maka Jawatankuasa Sebut Harga Kantin

dengan bimbingan Tuan Syed Abd Razak Bin Syed Ahmad Dahalan sebulat suara

telah memilih pengusaha kantin semasa iaitu Uma A/P Samikanu sebagai

pengusaha kantin baharu bagi sesi 2016 hingga 2017.

2.2.5 Tuan Syed Abd Razak Bin Syed Ahmad Dahalan menyatakan kepada

jawatankuasa agar mengemukakan alasan yang kukuh kepada pembida yang

telah ditolak permohonannya .

2.2.6 Malah, beliau juga meminta Guru Besar memastikan pengusaha kantin baharu

yang dilantik bagi sesi 2016 hingga 2017 ini terus memberikan perkhidmatan yang

cemerlang seperti yang telah dilaksanakan olehnya sebelum ini dan kepentingan

utama diberi kepada kebajikan murid-murid.

2.2.7 Beliau menambah dengan mengatakan bahawa kantin memainkan peranan

penting kepada murid-murid kerana kantin adalah untuk murid-murid. Oleh

itu, pengusaha kantin mesti melaksanakan tugasnya dengan berhemah.


2.3 PEMBAYARAN SEWA KANTIN SERTA AIR DAN ELEKTRIK

2.3.1 Pengusaha kantin baharu iaitu Uma A/P Samikanu akan melaksanakan tugasnya

bagi tempoh 01/12/2015 hingga 30/11/2017.

2.3.2 Pengusaha kantin baharu perlu membayar deposit sewa, air dan elektrik kepada

pihak sekolah tidak lewat daripada 7 hari setelah perjanjian dibuat dan begitu juga

dengan pihak sekolah yang perlu membayar deposit sewa, air dan elektrik kepada

pengusaha kantin lama dalam tempoh yang sama iaitu sebelum 07/12/2015.

2.3.2 Bayaran sewa kantin sebanyak RM 300.00 hendaklah dibayar oleh pengusaha

kantin baharu bagi setiap bulan tepat pada 5hb kecuali bulan Disember

2015 kerana bayaran sewa kantin adalah dikecualikan bagi bulan tersebut.

2.3.3 Manakala bayaran air dan elektrik perlu dibayar sendiri oleh pengusaha kepada

pihak berkuasa yang berkenaan.

2.4 PENGURUSAN WANG PERTARUHAN SEBUT HARGA KANTIN

2.4.1 Kedua-dua pembida telah mengempilkan bersama wang pos bernilai RM 100.00

masing-masing berserta dokumen mereka.

2.4.2 Tuan Syed Abd Razak Bin Syed Ahmad Dahalan menyatakan bahawa wang

pertaruhan RM 200.00 itu perlu dimasukkan ke dalam akaun sekolah dalam

tempoh 24 jam memandangkan wang itu tidak boleh disimpan oleh Guru Besar

melebihi had masa tersebut. Malah, beliau juga meminta pihak sekolah mencatat

nombor siri kedua-dua wang pos tersebut sebagai langkah berhati-hati.


2.4.3 Pembida yang telah ditolak permohonannya perlu dikembalikan wangnya dan

segala bukti bagi penerimaan dan pemulangan wang pertaruhan hendaklah

disimpan dengan baik.

2.5 RUNDINGAN HARGA BIDAAN PEMBIDA

2.5.1 Jawatankuasa Sebut Harga secara bulat suara telah menyatakan pandangan

masing-masing tentang harga sesetengah makanan, minuman serta buah-buahan

yang telah disenaraikan oleh pembida yang telah dipilih bagi sesi 2016 hingga

2017.

2.5.2 Beliau memberi cadangan agar Guru Besar berunding dengan pengusaha kantin

dan mencapai kata sepakat secara baik berkaitan perkara ini dengan

mengambilkira persepsi bahawa keutamaan makanan dijual dikantin adalah untuk

murid-murid dan guru hanya sekadar menumpang. Oleh itu, harga makanan dan

minuman perlulah berpatutan dan bukannya mengikut harga yang dijual kepada

guru-guru.

5. HAL-HAL LAIN

5.1 GPK HEM disarankan agar sentiasa memantau kantin dari semua aspek dan

memastikan pengusaha kantin melaksanakan tugasnya dengan baik, telus dan

mementingkan kebajikan murid-murid.


PENUTUP

a) Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran dan kerjasama Tuan

Syed Abd Razak Bin Syed Ahmad Dahalan dan semua guru dalam mesyuarat

sebut harga kantin pada kali ini.

b) Mesyuarat ditangguhkan pada jam 04.00 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

....................................... ............................

(CIK.M.RETNAKUMARI) (PN.K.KRISTIMAH)
Setiausaha GURU BESAR
Tarikh : 28 OKTOBER 2015 Tarikh : 28 OKTOBER 2015
SJK T SELAMA, JALAN SIR CHULAN, 34100 SELAMA PERAK.

Kepada,

Semua Ahli Jawatankuasa RMT,

SJKT Selama, Jalan Sir Chulan,

34100 Selama Perak. 15.10.2013

Tuan/Puan

Mesyuarat AJK RMT Kali Ketiga 2013

Merujuk kepada perkara diatas dengan sukacitanya dimaklumkan.

2.Ketentuan mesyuarat adalah seperti berikut:

Tarikh : 30.12.2013

Masa : 11.00 pg

Tempat : Bilik Guru Besar

3.Agenda Mesyuarat adakah seperti berikut:-

a) Ucapan pengerusi

b) Perlaksanaan RMT

c) Masalah Perlaksanaan RMT

Sekian Terimah Kasih.


Berkhidmat Untuk Negara

Yang Benar,

__________________

(Guru Penyelaras RMT)

SJK T SELAMA, JALAN SIR CHULAN, 34100 SELAMA PERAK.

PEMBERITAHUAN MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA RMT

PERTAMA 2013

Tarikh : 15.08. 2013

BIL NAMA GURU T.TANGAN CATATAN


1 R.P.JAYAGOPALLAN (GB)
2 M.RETNA KUMARI (PK HEM)
3 G.THIELALAI AMALL (GURU RMT)
4 P.SELVARANI
(GURU KANTIN & THN 3)
5 N.ANBARASI (GURU THN 1)
6 H.MANIMALA (GURU THN 2)
7 Y.RAAJESWARY (GURU THN 4M)
8 R.KALAIVANI (GURU THN 4T)
9 S.LETCHUMI (GURU THN 5M)
10 R.ISWARI (GURU THN 5T)
11 R.MUNIANDY (GURU THN 6T)
12 S.MAGESVARAN (GURU THN 6M)
SJK T SELAMA, JALAN SIR CHULAN, 34100 SELAMA PERAK.

SENARAI KADATANGAN GURU KE MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA RMT

PERTAMA 2013

Tarikh : 30.12. 2013

Masa : 11.00pm

Tempat : Bilik Guru Besar

BIL NAMA GURU T.TANGAN CATATAN


1 R.P.JAYAGOPALLAN (GB)
2 M.RETNA KUMARI (PK HEM)
3 L.PRAGASY (PK PENTADBIRAN)
4 G.THIELALAI AMALL (GURU RMT)
5 R.KALAIVANI (GURU KANTIN )

6 S.UMA (PENGUSAHA KANTIN)


SJK T SELAMA, JALAN SIR CHULAN, 34100 SELAMA PERAK.

Kepada,

Semua Ahli Jawatankuasa RMT,


SJKT Selama, Jalan Sir Chulan,
34100 Selama Perak. 22.12.2014

Tuan/Puan

Mesyuarat AJK RMT Kali Pertama 2015

Merujuk kepada perkara diatas dengan sukacitanya dimaklumkan.

2.Ketentuan mesyuarat adalah seperti berikut:


Tarikh : 28.12.2014

Masa : 11.30pm

Tempat : Makmal Komputer

3.Agenda Mesyuarat adakah seperti berikut:-

a) Ucapan pengerusi

b) Jawatankuasa RMT sesi 2015

c) Waran RMT dan Perlaksanaan RMT

d) Pengubahsiaan RMT

e) Tugas Penyelaras RMT dan Guru Kelas

f) Perkara berbangkit

Sekian Terimah Kasih.

Berkhidmat Untuk Negara

Yang Benar,

__________________

(Guru Penyelaras RMT)

SJK T SELAMA, JALAN SIR CHULAN, 34100 SELAMA PERAK.

PEMBERITAHUAN MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA RMT

PERTAMA 2015

Tarikh : 22.12. 2014

BIL NAMA GURU T.TANGAN CATATAN


1 Pn.A.Pragasy ( PK Pentadbiran)
2 Cik.M.Retna Kumari (PK HEM)
3 G.THIELALAI AMALL (GURU RMT &
Guru tahun 2)
4 Cik.A.Kalaiwani ( Guru Kantin)
5 P.n.Y.Raajeswary (Guru Tahun 1)
6 Cik.P.Selvarani (Guru tahun 3)
7 H.Manimala (Guru tahun 4S)
8 Cik.M.Komala (Guru tahun 4H)
9 Pn.S.Vethamani (Guru tahun 5S)
10 Pn.R.Kalaivani (Guru tahun 5H)
11 En.R.Muniandy (Guru tahun 6S)
12 Pn.S.Letchumi (Guru tahun 6H)

SJK T SELAMA, JALAN SIR CHULAN, 34100 SELAMA PERAK.

SENARAI KADATANGAN GURU KE MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA RMT

PERTAMA 2015

Tarikh : 28.12. 2014

BIL NAMA GURU T.TANGAN CATATAN


1 Pn.A.Pragasy ( PK Pentadbiran)
2 Cik.M.Retna Kumari (PK HEM)
3 G.THIELALAI AMALL (GURU RMT &
Guru tahun 2)
4 Cik.A.Kalaiwani ( Guru Kantin)
5 P.n.Y.Raajeswary (Guru Tahun 1)
6 Cik.P.Selvarani (Guru tahun 3)
7 H.Manimala (Guru tahun 4S)
8 Cik.M.Komala (Guru tahun 4H)
9 Pn.S.Vethamani (Guru tahun 5S)
10 Pn.R.Kalaivani (Guru tahun 5H)
11 En.R.Muniandy (Guru tahun 6S)
12 Pn.S.Letchumi (Guru tahun 6H)

You might also like