You are on page 1of 7

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) LADANG KALUMPANG

35900 Tanjong Malim, Hulu Selangor, Selangor



35900 , ,

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA TAMIL


BILANGAN 1 TAHUN 2017

Tarikh : 02 FEBRUARI 2017

Masa : 1.30 petang - 02.30 petang

Tempat : Bilik ICT, SJK (T) Ladang Kalumpang

Pengerusi : Pn. Jeyanthi A/P Lingappan (Guru Besar)

Kehadiran(Bilangan) : 10 orang

Nama yang hadir :

Bil Nama Jawatan


1. Puan Jeyanthy a/p Lingappan Guru Besar
2. Encik Prabu a/l Arumugam Penolong Kanan Pentadbiran
3. Puan Amutha a/p Arumugam Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
4. Encik Subramaniam a/l Muniandy Penolong Kanan Kokurikulum
5. Encik Gunasilan a/l Punniakotty Guru Kelas Tahun 6
6. Puan Uma Devi a/p Celapa Guru Kelas Tahun 4
7. Puan Hema Mageswary a/p Vijayan Guru Kelas Tahun 2
8. Puan Sunthararathy a/p Jayapragasam Guru Kelas Tahun 1
9. Encik Velan a/l Subpramaniam Guru Pemulihan
10. Puan Thirumangai a/p Cheleya Guru Prasekolah

Turut Hadir (Jika ada) : -

Nama yang tidak hadir : -

Urus Setia Mesyuarat : En. Prabu A/L Arumugam (PK Pentadbiran)

En.Velan A/L Subpramaniam (Ketua Panitia Bahasa Tamil)

1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Puan Pengerusi (Puan Guru Besar) mengalu-alukan kehadiran semua guru ke
Mesyuarat Panitia Bahasa Tamil Bilangan 1 Tahun 2017.

1.2 Beliau menjelaskan bahawa mesyuarat ini diadakan untuk membincangkan hal-hal
yang berkaitan dengan Panitia Bahasa Tamil.

1.3 Puan Pengerusi mengumumkan bahawa Encik Velan A/L Subpramaniam akan
melaksanakan tugas selaku Ketua Panitia Bahasa Tamil bagi sesi persekolahan tahun
2017.
1.4 Beliau berharap semua guru Bahasa Tamil memberi komitmen yang tinggi dan
menjalankan tugas selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

1.5 Puan Pengerusi menyatakan bahawa guru-guru telah melaksanakan tugasan dengan
baik dan meminta meneruskan usaha ini secara berterusan supaya mencapai matlamat
sekolah.

1.6 Guru Besar mengumumkan keputusan Bahasa Tamil UPSR 2017, iaitu 95.65% untuk
matapelajaran Bahasa Tamil Pemahaman dan 86.96% untuk matapelajaran Bahasa
Tamil Penulisan.

1.7 Guru Besar berharap pada tahun 2017 akan berlaku peningkatan lagi dalam
matapelajaran ini.

1.8 Puan Pengerusi berharap mesyuarat dijalankan dengan lancar dan mendapat kata
putus yang sewajarnya.

1.9 Guru Besar memaklumkan tentang saranan jabatan berdasarkan pekeliling-pekeliling


yang diedarkan.

1.10 Guru Besar meminta guru-guru yang mengajar matapelajaran Bahasa Tamil
berkomunikasi dalam Bahasa Tamil semasa pengajaran dan pembelajaran supaya
meningkatkan tahap pemahaman murid.

1.11 Puan Pengerusi menekankan tentang visi dan misi sekolah pada tahun 2017 serta
usaha yang diperlukan oleh semua guru untuk menjayakannya.

1.12 Guru Besar meminta semua guru menggunakan bahan bantu belajar yang kreatif
supaya murid-murid lebih meminati untuk belajar.

1.13 Guru Besar berpesan supaya semua guru peka terhadap perkembangan semasa
dalam dunia pendidikan.

1.14 Guru Besar menerangkan tentang dasar dan polisi Kementerian Pelajaran Malaysia
iaitu Program NKRA .

1.15 Beliau menjelaskan bahawa Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dirangka


berasaskan tiga objektif khusus, iaitu memahami cabaran semasa pendidikan di
Malaysia, mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem pendidikan dan
menggariskan program transformasi yang menyeluruh untuk sistem pendidikan,
termasuk perubahan utama dalam Kementerian Pelajaran Malaysia.

1.16 Beliau menyatakan bahawa Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) memberi
tumpuan kepada 4 sub-NKRA untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan
berkemampuan, iaitu Prasekolah, Literasi dan numerasi (LINUS), Sekolah Berprestasi
Tinggi (SBT) dan Tawaran Baharu Kepada Pemimpin Sekolah.

1.17 Beliau menyatakan bahawa KPM memberi penekanan kepada Melindungi Masa
Instruksional (MMI), iaitu masa yang sebenar digunakan untuk aktiviti pembelajaran
yang berkesan tanpa gangguan. Pelaksanaan MMI akan memastikan peningkatan
keberhasilan pembelajaran murid ke arah membangunkan modal insan yang kritis,
kreatif dan inovatif.

1.18 Puan Pengerusi menyatakan bahawa PPD Hulu Selangor telah merancang pelbagai
program untuk memantapkan pelaksanaan MBMMBI di peringkat daerah selaras
dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia.

1.19 Beliau menyatakan bahawa Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) berteraskan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan berhasrat
untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui
tunjang-tunjang komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika,
keterampilan diri, kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai.

1.20 Puan Pengerusi meminta penyelaras PLBS melaksanakan pentaksiran berasaskan


sekolah mengikut jadual yang ditetapkan.

1.21 Beliau meminta semua guru yang mengajar tahun 1, 2 dan 3 mengemaskini prestasi
murid mengikut jadual yang ditetapkan oleh Penyelaras PBS.

1.22 Puan Pengerusi menyatakan bahawa pelaksanaan pentadbiran dan pengurusan


sekolah bermula tahun 2017 adalah berpandukan kepada Sistem Pengurusan Sekolah
Kualiti (SPSK).

1.23 Puan Pengerusi berpesan supaya semua guru perlu bekerjasama dengan kakitangan
sokongan dan kakitangan swasta yang turut berkhidmat di sekolah supaya pentadbiran
dan pengurusan sekolah berjalan lancar

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT PANITIA YANG LALU

2.1 En. Velan selaku Ketua Panitia Bahasa Tamil membentangkan minit mesyuarat yang
lalu.

2.2 Dicadang untuk disahkan oleh En. Gunasilan A/L Punniakotty


Disokong untuk pengesahan oleh Pn. Hema Mageswary A/P Vijayan

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 Tiada perkara-perkara berbangkit.

4 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/ ISU/ LAPORAN

4.1 DASAR KURIKULUM

4.1.1 Puan Pengerusi menjelaskan bahawa dasar Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) telah diperkenalkan kepada murid-murid bermula tahun 2011.

Tindakan : Makluman

4.1.2 Pengerusi meminta guru-guru yang terlibat supaya bersedia untuk pemantauan.

Tindakan : Makluman

4.1.3 Semua dokumen KSSR boleh dimuat turun melalui laman web www.moe.gov.my/bpk
atau kssronline.com.

Tindakan : Makluman

4.1.4 Puan Pengerusi juga menjelaskan dasar-dasar kurikulum yang sedia ada seperti
PROTIM, LINUS (Literasi), PKJR dan sebagainya diambil perhatian sewajarnya.

Tindakan : Makluman

4.2 BUKU PERSEDIAAN MENGAJAR

4.2.1 Puan Pengerusi menjelaskan bahawa Buku Persediaan Mengajar (BPM) pada tahun
ini perlu disediakan mengikut format KSSR untuk tahun 1 hingga tahun 6.

Tindakan : Makluman

4.2.2 Buku Persediaan Mengajar perlu dilengkapkan dengan maklumat yang diperlukan
seperti rancangan pelajaran tahunan, butiran guru, jadual waktu dan sebagainya
sebelum hari pertama persekolahan.

Tindakan : Makluman

4.2.3 Puan Pengerusi berharap semua guru menyediakan BPM sehari sebelum pengajaran
dan pembelajaran.

Tindakan : Semua guru

4.2.4 Puan Guru Besar memaklumkan bahawa Buku Rekod Pengajaran dan Pembelajaran
boleh disimpan dalam bentuk Folder.

Tindakan : Makluman

4.3 SUKATAN/RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN (SPI BIL. 3/1999


PENYEDIAAN REKOD P&P)

4.3.1 Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) perlu disiapkan dengan bertaip sebelum hari
pertama persekolahan. RPT perlu disemak oleh GPK Pentadbiran sebelum disahkan
oleh Guru besar.

Tindakan : Semua guru

4.3.2 Rancangan Pelajaran Harian (RPH) perlu disediakan sehari sebelum pengajaran dan
pembelajaran dijalankan. Penulisan rancangan mengajar harian perlulah mengikut
format yang telah ditetapkan. Bagi tahun 1 hingga tahun 6 format KSSR .

Tindakan : Semua guru

4.3.3 Puan Guru Besar menegaskan bahawa impak atau refleksi mesti ditulis selepas
pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Tindakan : Semua guru

4.4 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

4.4.1 Semua buku SPBT adalah wajib digunakan oleh guru semasa pengajaran dan
pembelajaran.

Tindakan : Guru matapelajaran

4.4.2 Buku kerja perlu digunakan dan hendaklah sentiasa disemak.

Tindakan : Guru matapelajaran

4.4.3 Puan Guru Besar menegaskan bahawa guru matapelajaran harus memastikan murid
membuat pembetulan sebelum pembelajaran seterusnya.

Tindakan : Guru matapelajaran

4.4.4 GPK Pentadbiran menegaskan semua guru menggunakan Bahan Bantu Belajar (BBB)
yang pelbagai untuk mencapai objektif pengajaran yang lebih berkesan.
Tindakan : Guru matapelajaran

4.4.5 Bilik-bilik khas dan Pusat Sumber Sekolah perlu digunakan untuk pengajaran dan
pembelajaran mengikut jadual yang disediakan.

Tindakan : Penyelaras bilik-bilik khas

4.5 GURU MATAPELAJARAN

4.5.1 GPK Pentadbiran mengumumkan senarai nama guru matapelajaran Bahasa Tamil
bagi sesi persekolahan 2017.

BIL KELAS NAMA GURU MATAPELAJARAN


1 Tahun 1 Pn. Sunthararathy
2 Tahun 2 Pn. Hema Mageswary
3 Tahun 3 Pn. Amutha
4 Tahun 4 Pn. Uma Devi
5 Tahun 5 En. S.Velan
6 Tahun 6 En. P.Gunasilan

Tindakan : Makluman

4.6 PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN

4.6.1 Ujian adalah diselaraskan dengan Takwim Akademik PPD Hulu Selangor, iaitu 4 kali
setahun seperti Ujian 1, PKSR 1 dan 2 serta Ujian 2 / Percubaan UPSR.

Tindakan : Makluman

4.6.2 Ujian berbentuk sumatif akan ditetapkan oleh jawatankuasa penilaian dan peperiksaan
sekolah. Bentuk soalan adalah mengikut JSU dan mempunyai skema jawapan.

Tindakan : Penggubal soalan

4.6.3 Guru matapelajaran adalah penggubal soalan ujian bagi kelas masing-masing.

Tindakan : Guru matapelajaran

4.6.4 Bagi ujian 1 dan 2, guru matapelajaran perlu menggubal soalan mengikut tahap
pemahaman dan pengetahuan murid.

Tindakan : Guru matapelajaran

4.6.5 Berikut adalah Jadual Ujian / Peperiksaan bagi tahun 2013:

BIL UJIAN TARIKH


1 Ujian 1 25 Februari 1 Mac 2017
2 PKSR 1 6 Mei 10 Mei 2017
3 Ujian 2 / Percubaan UPSR 22 Julai 25 Julai 2017
4 UPSR 24 26 September 2017
5 PKSR 2 21 25 Oktober 2017

Tindakan : Makluman

4.7 MBMMBI
4.7.1 Pada tahun 2017 banyak program akan dilaksanakan oleh PPD Hulu Selangor untuk
MBMMBI.
Tindakan : Penyelaras MBM dan MBI

4.7.2 Guru-guru Bahasa Tamil perlu hadir kursus mengikut jadual yang ditetapkan oleh
Jabatan Pendidikan Selangor untuk semua program berkaitan Bahasa Tamil yang
dijalankan. Selepas kursus, LADAP perlu dilaksanakan di peringkat sekolah.

Tindakan : Guru-guru Bahasa Tamil

4.8 KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

4.8.1 Penilaian dan pentaksiran adalah berdasarkan sistem Band. Penilaian dengan Gred
dan Nilai Numerasi adalah tidak dibenarkan. Namun begitu, guru-guru boleh menilai
hasil kerja murid dengan menyatakan baik, cemerlang dan sebagainya.

Tindakan : Semua guru

4.8.2 Elemen didik hibur mesti digunakan sekurang-kurang dalam satu waktu pengajaran
dan pembelajaran setiap minggu.

Tindakan : Guru matapelajaran

4.8.3 Evidens terkini perlu dimasukkan dalam portfolio murid. Manakala, evidens lama perlu
dimasukkan dalam fail poket dan disimpan untuk rujukan masa hadapan.

Tindakan : Guru matapelajaran

4.9 PENCERAPAN HASIL KERJA MURID DAN PENYEMAKAN BUKU LATIHAN

4.9.1 GPK Pentadbiran menyatakan bahawa Jadual Pencerapan 2017 akan diedarkan
dalam mesyuarat seterusnya.

Tindakan : Makluman

4.9.2 Beliau menyatakan bahawa guru-guru yang bersedia dengan bahan bantu belajar
yang lengkap boleh memanggil Puan Guru Besar untuk mencerap pengajaran dan
pembelajaran.

Tindakan : Makluman

4.9.3 Puan Guru Besar memberitahu bahawa guru-guru perlu memastikan murid menulis
tarikh dan hari, menulis dengan kemas, membuat pembetulan serta membuat garisan
panjang di akhir latihan.

Tindakan : Guru matapelajaran

4.9.4 Puan Guru Besar meminta guru-guru menurunkan tanda tangan di penjuru kanan
buku selepas menyemak buku latihan.

Tindakan : Makluman

4.9.5 Puan Pengerusi meminta semua guru Bahasa Tamil mengadakan pencerapan kerja
murid setiap minggu.

Tindakan : Makluman

4.9.6 Pengerusi juga meminta semua guru memberi latihan yang lebih terutama kepada
murid-murid tahun 6

Tindakan : Guru matapelajaran

4.10 PROSEDUR PEMBELIAN DAN PENGURUSAN STOK

4.10.1 Puan Pengerusi menjelaskan kepada semua guru tentang prosedur pembelian dan
pengurusan stok panitia.

Tindakan : Semua guru

4.10.2 Puan Pengerusi memberitahu mana-mana guru yang ingin membeli bahan bantu
mengajar hendaklah mengisi Nota Minta dan berbincang dengannya untuk
persetujuan.

Tindakan : Makluman

4.11 PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR

4.11.1 Program Mentor-mentee akan dilaksanakan bermula bulan Januari 2017 untuk
meningkatkan prestasi pencapaian matapelajaran Bahasa Tamil UPSR.

Tindakan : Makluman

5 HAL-HAL LAIN

5.1 Semakan buku tulis murid-murid perlu diteruskan.

Tindakan : Makluman

6. PENUTUP

6.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang hadir dan
menyumbang idea untuk memantapkan pengurusan sekolah dan panitia Bahasa
Tamil.

6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang.

Disediakan oleh, Disahkan Oleh,

....................................... ................................
(EN. S.VELAN)
Ketua Panitia Bahasa Tamil,
SJK (T) Ladang Kalumpang.

Tarikh : Tarikh :

You might also like