You are on page 1of 4

Cerita Hutan

mengisahkan bagaimana Gisborne, seorang renjer hutan Inggeris di India yang ketika itu dijajah
oleh British, menemui seorang pemuda bernama Mowgli yang memiliki kemahiran memburu
dan menjejak yang luar biasa, lalu mengajaknya menyertai perkhidmatan perhutanan. Lambat-
laun, Gisborne mengetahui punca kebolehan luat biasa Mowgli, iaitu bahawa dia dibesarkan oleh
sekawan serigala dalam hutan.

Kemudian, Kipling mengarang butiran kehidupan Mowgli sewaktu kanak-kanak. Tercicir oleh
ibu bapanya dalam hutan rimba India akibat serangan harimau, seorang bayi manusia dibesarkan
oleh sepasang serigala lalu dinamakan Mowgli si Katak kerana tiada bulu. Shere Khan si
harimau menuntut agar bayi itu diserahkan kepadanya tetapi ditolak oleh serigala tersebut. Oleh
itu, Mowgli membesar bersama sekawan serigala, dan memburu bersama adik-beradik serigala.
Mowgli setanding dengan mana-mana serigala dari segi kekuatan, tetapi mendapat sanjungan
istimewa kerana boleh menanggalkan duri dari kaki adik-beradiknya.

Bagheera (si harimau kumbang) berkawan dengan Mowgli, kerana mengakui kedua-dua mereka
ada persamaan dari segi zaman kanak-kanaknya, iaitu Bagheera pernah "dibesarkan dalam
sangkar Raja di Oodeypore" sejak kecil, maka mengenali cara hidup manusia. Baloo si beruang
pula, sebagai pendidik kepada serigala, mengajar Mowgli undang-undang hutan.
Di pedalaman India pada zaman dahulu ada seekor harimau tua yang tempang kakinya dan
paling dibenci oleh binatang-binatang yang hidup aman dalam sebuah kawasan hutan. Harimau
ini bernama Shere Khan.

Pada suatu malam ketika dia menghendap-hendap mencari makanan Shere Khan ternampak
sebuah khemah pemotong kayu. Di dalam khemah itu, pemotong kayu suami isteri dan seorang
anak meeka yang masih kecil sedang tidur dengan nyenyak. Di sisi khemah itu, unggun api
menyala dengan maraknya.

Kerana terlalu gembira menemui mangsanya itu Shere Khan terus menerkam. Malangnya Shere
Khan terpijak bara unggun api yang ada di sisi khemah itu. Dia pun melolong kesakitan sehingga
menggemparkan satu keluarga serigala yang tinggal dalam sebuah gua batu tidak jauh dari situ.

Sedang Bapa Serigala berlari keluar dari guanya hendak menyiasat kejadian itu, tiba-tiba dia
terdengar sesuatu merayap di dalam semak. Apabila dia bersedia hendak menerkam, dia
ternampak seorang anak manusia sedang merangkak ke arahnya dengan berani. Budak itu adalah
anak pemotong kayu yang tertinggal di dalam khemah ketika ibu bapanya melarikan diri apabila
terdengar lolongan Shere Khan tadi.

Bapa serigala menggonggong budak itu dan membawanya ke dalam gua. Ibu serigala kasihan
dan tertarik hati kepadanya kerana budak itu sedikit pun tidak takut kepada mereka malah
berebut-rebut dengan anak serigala yang lain menghisap susu Ibu Serigala.

Kedua-dua Ibu dan Bapa Serigala bersetuju menerima budak itu sebagai anak mereka sendiri dan
menamakannya Mowgli. Anak-anak serigala yang lain juga sayang kepadanya dan menganggap
Mowgli sebagai saudara mereka sendiri.

Tetapi tidak lama kemudian Shere Khan datang ke mulut gua itu dengan dipandu Tabaqui,
seekor rubah (jackal), yang memang hidupnya memakan sisa tangkapan binatang-binatang lain.

Tabaqui terdahulu daripada itu telah dapat mengesan ke mana budak kecil pemotong kayu itu
pergi dan mengharap dapat makan sisa-sisa Shere Khan jika harimau tempang itu memakan
budak itu nanti.

Bagaimanapun apabila Shere Khan menuntut supaya Bapa Serigala menyerahkan budak itu,
yang didakwanya sebagai haknya, Bapa dan Ibu Serigala menentang. Shere Khan cuba hendak
mengambil budak itu dari dalam gua, tetapi badannya tidak muat melalui pintu gua.

Dengan marah dia akhirnya meninggalkan gua itu tetapi bersumpah yang suatu hari nanti budak
itu akan tetap menjadi mangsanya. Semenjak itu, Mowgli tinggal bersama-sama keluarga
serigala itu dan benar-benar sebagai anak serigala di dalam hutan.

DITERIMA SEBAGAI AHLI KUMPULAN SERIGALA


Ada suatu adat Kumpulan Serigala yang tinggal di hutan itu. Apabila anak-anak serigala sudah
agak besar, mereka mestilah ditunjukkan kepada semua anggota Kumpulan. Mereka mengadakan
Sidang Kumpulan sebulan sekali pada malam bulan purnama di kawasan berbatubatu yang
dipanggil Batu Sidang.

Di sinilah nasib anak-anak serigala ditentukan, sama ada diterima sebagai anggota Kumpulan
atau sebaliknya. Apabila seekor anak serigala sudah diterima sebagai anggota Kumpulan, tidak
seekor serigala lain pun boleh membunuhnya, dan jika ada yang membunuh, hukumannya ialah
bunuh juga.

Bapa Serigala menunggu sehingga anak-anaknya termasuk Mowgli, sudah boleh berlari lari.
Kemudian, pada suatu malam bulan purnama, Bapa dan Ibu Serigala pun membawa anakanak
mereka ke Batu Sidang itu.

Apabila semua anggota Kumpulan sudah berada di situ dengan anak masing-masing, Ketua
Kumpulan, seekor Serigala Jantan yang gagah lagi bijaksana bernama Akela, mula menyuruh
ibu-ibu serigala menunjukkan anak masing-masing untuk dilihat oleh anggota-anggota
Kumpulan.

Akhirnya tibalah kepada giliran Mowgli. Dia sedikit pun tidak menunjukkan rasa takut
sebaliknya bergurau dengan anak-anak serigala lain seolah-olah dia pun serigala juga. Apabila
Akela menyuruh anggota-anggota Kumpulan melihat Mowgli dan membuat keputusan, tiba-tiba
Shere Khan mengaum dari belakang batu besar.

"Anak manusia milikku. Berikan dia kepadaku semula kerana anak manusia tidak layak hidup
bersama kumpulan Serigala!" katanya.

Setelah senyap seketika, mulalah beberapa ekor anak serigala yang sudah agak dewasa
menyatakan rasa tidak setuju mereka menerima Mowgli. Mengikut Undang-undang Hutan,
apabila timbul perselisihan begitu, dua anggota Kumpulan yang bukan ibu atau bapa kepada
anak serigala itu mestilah bercakap menyokongnya baru dia diterima menjadi anggota
Kumpulan.

"Siapakah antara anggota Kumpulan yang bersedia menyokong?" tanya Akela, Ketua Kumpulan.

Tidak seekor pun anggota Kumpulan itu bersuara dan Ibu Serigala pun bersedia hendak
bertempur bermati-matian untuk mempertahankan Mowgli. Seekor binatang lain yang bukan
anggota Kumpulan itu tetapi dibenarkan bercakap dalam Sidang Kumpulan ialah Baloo, seekor
beruang tua yang menjadi guru mengajar anak-anak serigala Undang-undang Hutan.

Setelah tidak ada serigala yang lain bercakap, Baloo berdiri di tempatnya di belakang Batu
Sidang dan menyokong supaya Mowgli diterima sebagai anggota Kumpulan.

Dia sendiri berjanji akan mengajar Mowgli. Tetapi Mowgli memerlukan lagi satu suara
menyokongnya. Ketika Akela meminta sokongan lagi, Bagheera, seekor Harimau Kumbang
yang tangkas tetapi baik hati, tiba-tiba bercakap. Walaupun dia tidak berhak bersuara, tetapi
mengikut Undang-undang Hutan, nyawa seekor anak serigala boleh ditebus dengan seekor
buruan.
Dia akan menghadiahkan seekor lembu jantan yang baru dibunuhnya dan disembunyikan tidak
jauh dari situ untuk menebus nyawa Mowgli supaya diterima sebagai anggota Kumpulan.
Anggota-anggota Kumpulan segera bersetuju menerima Mowgli sebagai anggota apabila
mendengar hadiah lembu jantan yang ditawarkan oleh Bagheera itu.

Mereka turun dari bukit dan pergi beramai-ramai mendapatkan buruan itu dan tinggallah Akela,
Bagheera, Baloo dan keluarga Mowgli saja di Batu Sidang itu.

Shere Khan mengaum lagi sekuat hatinya, terlalu marah kerana budak itu tidak diserahkan
kepadanya. Tetapi Akela berkata keputusan itu amat baik kerana manusia dan anak mereka
memang baik dan Mowgli akan dapat memberi pertolongan kepada suatu hari kelak.

" Kekuatan sesebuah enam sekawan adalah ahli sekawannya dan kekuatan ahli sekawan terletak
pada enam sekawannya "

Movie Jungle Book

You might also like