You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN TEPUS, 23200 BUKIT BESI,

DUNGUN,TERENGGANU DARUL IMAN(TBA 1018)

Emel : tepus_56@yahoo.com
Tel : 09-8336112 & 09-8336111 Fax : 09-8336110

_________________________________________________________________________________

MINIT MESYUARAT KHAS TINDAKAN PEMBETULAN DAN PENAMBAHBAIKAN SEKOLAH


BERDASARKAN DAPATAN PEMERIKSAAN JNJK 2017

Tarikh : 2 Ogos 2017


Hari : Rabu
Masa : 12.00 Tengah hari
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Tepus

Kehadiran :
1. En Azman Bin Ali Guru Besar
2. En Mohd Azmi Bin Tawang PK Pentadbiran
3. Pn Rosnah Bt Mohd Zali
4. En Muhammad Azmi Bin Mamat
5. En Nurul Amali Bin Razali
6. En Mohd Arif Bin Ismail
7. En Mohd Syazwan Bin Mohamad
8. En Mohd Azwan Bin Mohd Yunus
9. En Abdul Hadi Bin Mohamad
10. En Farahilmuhaimin bin Othman
11. Cik Rohani Bt Ariffin
12. Pn Nor Anizan Bt Sulong
13. Pn Zakiah Bt Mohd Noor

Agenda :
1. Ucapan aluan Guru Besar
2. Penubuhan Jawatankuasa Pemandu KBAT
3. Agihan Tugas
4. Buku Perancangan Strategi Ditambahbaik Dan Perancangan Perlaksanaan KBAT
5. Ladap KBAT
6. Penerangan KBAT Oleh Guru Besar
7. Perancangan Aktiviti KBAT
8. Mesyuarat Panitia
Agenda 1 : Aluan pengerusi

1.1 Majlis telah dipengerusikan oleh En Azman Bin Ali.


1.2 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Surah Al-fatihah.
1.3 Beliau menyatakan tujuan perjumpaan diadakan bagi memastikan setiap Pemandu yang
akan dilantik sentiasa menggerakan program KBAT sekolah semakin giat diguna pakai
oleh setiap warga sekolah.

Tindakan : Makluman

Agenda 2 : Penubuhan Jawatankuasa Pemandu KBAT

2.1 En Azman Bin Ali berharap setiap jawatankuasa pemandu Kbat yang telah dilantik dapat
menjalankan tugas dan tanggungjawab ini dengan sebaik-baiknya.
2.2 Senarai Jawantankuasa Pemandu KBAT sila rujuk lampiran 1.
Tindakan : Makluman

Agenda 3 : Agihan Tugas Jawatankuasa Pemandu KBAT

3.1 Ustaz Mohd Azmi Bin Tawang membentangkan perincian tugas setiap orang guru bagi
melancarkan program KBAT dapat dilaksanakan dengan sempurna.
3.2 Senarai tugas guru Jawantankuasa Pemandu KBAT sila rujuk lampiran 2.
Tindakan : Makluman

Agenda 4 : Buku Perancangan Strategi Ditambahbaik Perancangan Perlaksanaan KBAT

4.1 En Azman Bin Ali meminta agar guru-guru / komuniti sekolah amnya memainkan peranan
bersama pentadbir sekolah membudayakan KBAT. Ini memandangkan masih ramai yang
belum faham mengenai KBAT. Oleh kerana itu, Guru besar dan pentadbir sekolah akan
menambahbaik Buku Perancangan Strategik dengan memasukkan elemen-elemen KBAT
dalam setiap skop perbincangan.
4.2 Beliau juga meminta cadangan-cadangan daripada guru bagi memurnikan lagi elemen
KBAT dalam Buku Perancangan Strategik.
4.3 Cikgu Rohani mecadangkan program/projek yang ada, mesti menjurus kepada isu
pemasalahan murid dalam memahami soalan yang mengandungi unsur KBAT.
Tindakan : Makluman
Agenda 5 : LADAP KBAT

5.1 Guru Besar telah menghubungi pihak SiC+ daripada Pejabat Pelajaran Dungun untuk
mengadakan kursus dalaman berkaitan KBAT dan iTHINk kepada semua cikgu. Kursus
dalaman ini penting bagi menambahkan lagi pengetahuan berkaitan KBAT dan iTHINK
kepada guru.
5.2 Beliau juga mengharapkan semua guru dapat menerapkan unsur-unsur KBAT dalam
PDPC di bilik darjah selepas menerima pendedahan daripada pihak SiC+.
5.3 Beliau juga meminta Cikgu Arif mengisi kursus ini di dalam e-SPLG.

Tindakan : Makluman dan Cikgu Arif

Agenda 6: Penerangan KBAT

6.1 En Azman Bin Ali menjelaskan bahawa Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013-2025 telah menggariskan enam aspirasi. Salah satunya ialah kemahiran
berfikir yang perlu diterapkan kepada semua murid agar berupaya bersaing di peringkat
global.
6.2 Beliau juga menegaskan bahawa penguasaan kemahiran berfikir yang mantap dapat
memainkan peranan dalam melahirkan murid yang kreatif dan inovatif.
6.3 Beliau juga menegaskan bahawa kemahiran berfikir ini menekankan Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi (KBAT) kerana trend pendidikan alaf ini menuntut kepada kemahiran berfikir
setiap murid.
6.4 Tambah beliau lagi, penerapan KBAT dalam pendidikan menggunakan pendekatan
menyeluruh dan sistematik yang merangkumi tujuh elemen KBAT iaitu tiga elemen utama
ialah Kurikulum, Pentaksiran dan Pedagogi. Empat elemen sokongan iaitu Kokurikulum,
Sokongan Komuniti dan Swasta, Sumber dan Bina Upaya.
6.5 Akhirnya, beliau merumuskan bahasa setiap elemen KBAT ini adalah untuk
membudayakan kemahiran aras tinggi dalam kalangan guru dan murid.
6.6 Beliau juga akan sentiasa akan bercakap mengenai KBAT pada setiap Perhimpunan
mingguan sekolah dan setiap kali Mesyuarat guru diadakan.

Tindakan : Makluman

Agenda 7: Perancangan Aktiviti KBAT

7.1 Ustaz Mohd Azmi Bin Tawang meminta setiap ketua panitia mesti mengadakan aktiviti
berteraskan unsur KBAT kepada setiap murid daripada tahun 1 sehingga tahun 6. Antara
cadangannya ialah Pertandingan Peta Minda untuk tahun 6, Kuiz KBAT bagi murid Tahap
1 dan Pertandingan Rekacipta untuk murid tahap 2.
7.2 Cikgu Muhammad Azmi Bin Mamat juga memaklumkan bahawa unit Kokurikulum telah
merancang Projek 1M1P. Pengakap ditugaskan membina gajet, Kelab Usahawan
membina Taman Mini Herba dan Kelab Rukun Negara menyiapkan Buku Skrap.

Tindakan : Makluman

Agenda 8: Mesyuarat Panitia

8.1 En Azman Bin Ali meminta setiap panitia mesti mengemaskini fail-fail panitia. Beliau
menekankan bahawa setiap panitia perlu menyediakan borang Jadual Spesifikasi Ujian
(JSU) dan melengkapkanya.
8.2 Setiap panitia juga perlu melengkapkan dan mengumpul semula analisis item beserta
analisis pencapaian Kbat pada peperiksaan pertengahan tahun.

Tindakan : Makluman

Mesyuarat di tangguh pada pukul 2.00 petang

Di sediakan oleh : Di semak oleh :


EN NURUL AMALI BIN RAZALI EN MOHD AZMI BIN TAWANG
(Setiausaha Mesyuarat Khas) (GPK Pentadbiran)

Di sahkan oleh :


EN AZMAN BIN ALI
( Guru Besar )

You might also like