You are on page 1of 7

BORANG PEMARKAHAN

Kod Subjek/
Kredit
Subjek

Nama Pelajar No . ID LM12216265

TAJUK REPORT DASAR-DASAR Tarikh 10/4/2017


NEGARA Markah

Penilaian Teori / Amali

Kriteria/No. Soalan Markah

JUMLAH

PENGENALAN
Dasar negara adalah sikap hidup, pandangan hidup, atau sesuatu yang tidak
dapat dibuktikan kebenaran dan kesalahannya. Dasar juga merujuk rangka asas atau
tapak dalam pelaksanaan rancangan kerajaan. Seterusnya, pengubalan dan
pelaksanaan dasar-dasar adalah ditentukan dengan selaras nilai-nilai sosioekonomi dan
politik negara pada satu-satu masa. Oleh kerana sifatnya yang dinamik, dasar kerajaan
berubah-ubah mengikut nilai masyarakat dan pucuk pimpinan dari semasa ke semasa.
Namun begitu, pada asasnya dasar-dasar kerajaan digubal dan dilaksanakan bagi
memenuhi objektif sosioekonomi seperti pertumbuhan ekonomi, pengagihan
pendapatan, kestabilan dan kesejahteraan umum.
Dasar perindustrian diperkenalkan pada era tahun 50-an dan 60-an,yang mana
diperkenalkan sebagai satu usaha untuk mempelbagai ekonomi negara yang pada masa
itu lebit bergantung pada dua bahan komuniti iaitu getah dan biji timah.Bermula era 70-
an ,dasar ekonomi baru di wujudkan bagi mengatasi kelemahan kurangya keberkesanan
dasar tersebut. Dalam dasar ini bermulanya industri eksport yang memerlukan lebih
ramai tenaga mahir,dan dalam era 80-an satu lagi dasar perindustrian berat di titik
bertujuan untuk meningkatkan dan meperkukuhkan lagi perindustrian.
Dalam usaha kerajaan untuk mempergiatkan lagi proses industrialisasi negara,
kerajaan telah menbuka satu program untuk jangka masa panjang iaitu pelan induk
perindustrian( PIP) yang mana diharapkan dapat meletakkan asas yang kukuh bagi
negara ini menjadi sebuah negara perindustrian yang maju sekaligus dapat mewujudkan
peluang-peluang pekerjaan bagi puluhan ribu lulusan sekolah dan institusi pengajian
tinggi setiap tahun dengan mengenal pasti 12 sektor industri yang perlu di tekankan.

KAJIAN LITERATUR
Kajian lepas merupakan salah satu daripada aspek kajian yang terpenting. Ia
menjadi rujukan dan panduan bagi memudahkan pengkajian para pengkaji. Di dalam
dekad 50-an dan 60-an, program perindustrian di negara inidijalankan sebagai usaha
untuk mempelbagaikan ekonomi negara yang padamasa itu amat bergantung kepada
getah dan bijih timah. Memandangkanharga kedua-dua komoditi ini tidak stabil, kerajaan
telah melancarkanprogram perindustrian untuk mencetuskan perkembangan ekonomi
yanglebih pesat dan stabil. Dasar pembangunan perindustrian pada masa ituadalah
tertumpu kepada industri-industri yang bercorak gantian import.Sejak tahun 70-an,
kerajaan di samping mempelbagaikan ekonomi telahmenitikberatkan pertumbuhan
industri yang lebih pesat untuk menampungkeperluan pekerjaan dan Dasar Ekonomi
Baru (DEB).
Walaupun pada keseluruhannya perkembangan industri negara dalam tahun-
tahun 60-an, 70-an dan awal 80-an adalah memuaskan tetapi banyak masalah dan
kelemahan masih wujud di dalam sektor ini. Misalnya,pertumbuhan sektor eksport adalah
tidak begitu memuaskan jika dibandingkan dengan sektor dalam negeri. Eksport barang-
barang pembuatan Malaysia terlalu bergantung kepada segelintir industri sahajaseperti
elektrik dan elektronik dan tekstil. Mutu keluaran juga pada keseluruhannya tidak begitu
memuaskan dan tidak dapat bersaing dengan keluaran negara-negara asing. Ini
disebabkan tahap teknologi yang masihrendah dan kurangnya kemahiran rakyat
tempatan untuk mempertingkatkan atau memperbaharui teknologi yang diterima dari
luar. Satu masalah besar ialah kurangnya hubung kait di antara sektor perindustrian
dengan sektor-sektor lain menyebabkan tidak wujudnya integrasi ke hadapan dan
kebelakang (back-ward and forward integration.) Industri-industri yang ditubuhkan juga
kurang mempunyai nilai ditambah (value added) kerana banyak menumpukan kepada
aktiviti pemasangan sahaja.

MEKANISME PELAKSANAAN
Dasar perindustrian antara terpenting dalam membangunkan negara agar sector
pembuatan menjadi punca utama pertumbuhan ekonomi negara serta membuka banyak
peluang pekerjaan kepada rakyat.. Kemelesetan ekonomi yang melanda negara pada
tahun 1985-1986 telah menunjukkan kelemahan dalam struktur industri negara.
Pengalaman dalam dekad 80-an di mana semua harga komoditi utama telah jatuh secara
serentak mendorong kerajaan memikirkan strategi-strategi ekonomi jangka panjang
untuk mengenalpasti dan mengatasi kelemahan-kelemahan struktur sektor pembuatan
ini.

Tenaga manusia memain peranan utama dalam membantu sektor perindustrian


negara . Apabila sumbangan tenaga manusia bertambah ia dapat meningkatkan
produktivi sesebuah industri tidak kira industri kecil mahupun yang besar . Selain itu,
dalam industri memerlukan tenaga manusia yang mahir dalam sesuatu bidang supaya
dapat melakukan kerja dengan cekap . Oleh itu , kerajan telah mewujudkan institute
latihan tenaga manusia dalam melahirkan tenaga manusia yang berkemahiran dan
berdaya saing .

Mesin berteknologi yang canggih diperkenalkan dan digunakan dalam industri


selaras dengan objektif Dasar Perindustrian Negara dalam menjadikan sektor
perkilangan sebagai catalyst pertumbuhan perindustrian negara, Mesin yang canggih
juga dapat meningkat produktivi serta memudahkan dan menjimatkan masa dalam
melalukan sesuatu kerja atau proses . Dalam Strategi Dasar Perindustrian Negara ia
dapat memajukan industri-industri berat terpilih untuk menyokong industri-industri
eksport. Strategi ini dipilih memandangkan kerajaan sudah pun membuat pelaburan yang
banyak dalam beberapa jenis industri berat. Usaha-usaha perlu ditumpukan kepada
memastikan kejayaan projek-projek itu dahulu sebelum menceburi bidang-bidang industri
berat yang

Dalam objektif Pelan Induk Perindustrian yang telah diumumkan oleh Menteri
Perdagangan dan Perindustrian pada 3 Februari, 1986 yang bermatlamat menggalakkan
penggunaan sepenuhnya sumber asli.ini akan mengakibatkan peluang perkerjaan lebih
terbuka luas tanpa perlu mengharapkan negara lain Untuk mencapai matlamat-matlamat
tersebut, PIP telah mengenalpasti 12 sektor industri yang patut diberi penekanan. Tujuh
daripada sektor-sektor ini adalah yang berasaskan sumber tempatan iaitu industri yang
berasaskan getah, kelapa sawit, kayu-kayan, makanan, kimia, logam bukan ferus dan
keluaran-keluaran galian bukan logam. Lima sektor lagi merupakan industri yang bukan
berasaskan sumber iaitu eletrik dan eletronik, peralatan pengangkutan, mesin dan
kejuruteraan, logam-logam ferus, dan tekstil dan pakaian. Kesemua industri ini telah
dipilih berasaskan kepada potensi untuk mencapai matlamat memperluaskan asas
industri negara.

Dalam mencapai matlamat dalam Dasar Perindustrian Negara pelbagai kaedah


yang digunakan oleh kerajan supaya matlamat itu tercapai serta dapat membangunkan
negara. Antara kaedah yang digunakan oleh kerajaan adalah melaksanakan dasar
perindustrian yang berpandangan ke luar. Untuk mengekalkan kadar pertumbuhan
perindustrian yang tinggi, Malaysia harus menumpukan kepada pengeksportan keluaran-
keluaran perkilangan secara besar-besaran. Masalah pasaran yang kecil telah menjadi
satu faktor penghalang bagi industri-industri tempatan mencapai produktiviti yang lebih
tinggi dan lebih kompetitif;
Pada persekitaran , dalam melakukan pembagunan sektor perindustrian kita tidak
boleh melupakan pada alam sekitar . Kita haruslah memelihara kerana manusia banyak
bergantung kepada sumber-sumber semulajadi di muka bumi ini. Allah telah mencipta
alam ini seimbang untuk kemakmuran munusia. Bumi yang luas dijadikan tempat tinggal
manusia, gunung-gunung sebagai pemasak bumi, tumbuh-tumbuhan sebagai sumber
makanan dan ubatan kepada kehidupan, demikian juga dengan pelbagai jenis haiwan
dan hidupan di lautan. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita suasana yang
selesa dan menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga
sedikit sebanyak akan terjejas akibat aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam
sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik.
KESAN DAN IMPAK PELAKSANAAN
Hasil daripada perlaksanaan dasar tersebut , sektor perindustrian memberikan
kebaikan kepada rakyat dari segi peluang pekerjaan yang luas. Kilang-kilang yang dibina
di kawasan pedalaman mampu membuka peluang pekerjaan kepada rakyat. Contoh
pekerjaan yang biasa ditawarkan kepada penduduk berdekatan seperti operator kilang,
jurutera kilang, pengurus kilang dan sebagainya. Fenomena ini sudah pasti dapat
mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan rakyat. Sesungguhnya, sektor
perindustrian mampu menawarkan peluang pekerjaan yang luas kepada rakyat
khususnya dalam bidang perkilangan. kepesatan dalam sektor perindustrian juga telah
berjaya meningkatkan taraf hidup rakyat. Peningkatan taraf hidup ini juga dapat
dikaitkan dengan terhasilnya kemudahan-kemudahan seperti pendidikan, kesihatan, dan
pengangkutan yang bertaraf tinggi kepada rakyat. Semua kemudahan ini dinikmati oleh
rakyat negara kita tanpa perlu membayar kos yang lebih mahal. Kemudahan ini turut
memudahkan rakyat untuk menjalani kehidupan seharian mereka.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, dengan melaksanakan Pelan Induk Perindustrian (PIP) yang
merangkumi strategi-strategi dan langkah-langkah yang boleh membawa Malaysia ke
dalam era sebuah negara perindustrian dan seterusnya menjadi teras kepada sebuah
negara maju. Melaluinya, pertumbuhan ekonomi Malaysia akan lebih diterajui oleh
pertumbuhan dalam sektor eksport yang berlandaskan strategi industrialisasi yang
outward-looking. Sejauh mana ini akan mencapai hasil yang baik bergantung kepada
keupayaan pekilang-pekilang di Malaysia mengekal, jika tidakpun meningkatkan lagi,
daya saing di pasaran antarabangsa yang penuh cabaran itu. Dalam hal inilah, terjadi
beberapa bentuk dasar yang sekaligus mengupas dan membentuk negara Malaysia ke
arah mengapa dasar perindustrian tersebut perlu diwujudkan.

You might also like