You are on page 1of 2

http://www.hmetro.com.

my/node/216802

100 gerai musnah

Muhammad Apendy Issahak


apendy@hmetro.com.my

Ipoh: Peniaga di Downtown Meru Raya yang terjejas selepas khemah mereka musnah diterbangkan
ribut, lewat petang kelmarin, terpaksa meneruskan perniagaan mereka dengan menggunakan payung
dan khemah sendiri untuk sementara waktu.
Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, sebanyak 100 gerai peniaga musnah apabila khemah mereka
diterbangkan ribut termasuk ada yang tercampak 100 meter hingga mengakibatkan kerugian lebih
RM50,000.
Pengurus Downtown Meru Raya Julaihi Seman berkata, susulan daripada bencana yang berlaku itu,
pihaknya sudah berbincang dengan pemilik tapak perniagaan berkenaan iaitu Perbadanan Kemajuan
Negeri Perak (PKNP) untuk tindakan lanjut bagi membantu peniaga yang terjejas.
Downtown Meru Raya baru mula beroperasi pada 17 Mac lalu di bawah kendalian Koperasi 69
Komando dan disertai 100 peniaga Bumiputera membabitkan pelbagai barangan jualan.
Saya sudah berbincang dengan PKNP untuk tindakan lanjut dalam melaksanakan langkah terbaik bagi
mengelak bencana sama berulang dan bermula hari ini (semalam), peniaga terpaksa beroperasi
menggunakan payung atau khemah sendiri dulu, katanya ketika ditemui, semalam.
Menurutnya, pihak pengurusan juga akan cuba membaiki mana-mana khemah yang masih boleh
digunakan sebelum mendapatkan khemah baru secepat mungkin yang dijangka mengambil masa 10
hari.
Menceritakan bencana yang menimpa itu, Julaihi berkata, ketika kejadian terdapat 11 petugas daripada
pihak pengurusan sedang memasang kabel elektrik untuk lampu di semua khemah peniaga dan ketika
itu hujan.
Kejadian tidak membabitkan kemalangan jiwa kerana petugas dapat menyelamatkan diri, manakala
beberapa peniaga baru sampai dan kebiasaannya mereka mula berniaga pada jam 7.30 malam,
katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Mac 2017 @ 7:47 AM
Who Peniaga di Downtown Meru Raya

What Peniaga di Downtown Meru Raya yang terjejas selepas khemah


mereka musnah diterbangkan ribut, lewat petang kelmarin, terpaksa
meneruskan perniagaan mereka dengan menggunakan payung dan khemah
sendiri untuk sementara waktu..

Where Downtown Meru Raya , Ipoh , Perak

When Isnin , 27 Mac 2017 , jam 6.30 petang

Why sebanyak 100 gerai peniaga musnah

How gerai peniaga musnah apabila khemah mereka diterbangkan ribut


termasuk ada yang tercampak 100 meter hingga mengakibatkan kerugian
lebih RM50,000. Kejadian tidak membabitkan kemalangan jiwa kerana
petugas dapat menyelamatkan diri, manakala beberapa peniaga baru sampai
dan kebiasaannya mereka mula berniaga pada jam 7.30 malam

You might also like