You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PEMULIHAN KHAS KALI KE 1 / 2015

SEKOLAH KEBANGSAAN LEGONG ULU


71350 KOTA, NEGERI SEMBILAN

TARIKH : 12 Februari 2015


HARI : KHAMIS
MASA : 1.10 TGH
TEMPAT : BILIK MESYUARAT SK LEGONG ULU

KEHADIRAN:

En. Norli b Masngut - GPK Kurikulum


Pn. Roziah bt Hamid - Setiausaha / Penyelaras
En. Manaf b Mohamed - AJK
Pn. Latifah bt Ibrahim - AJK
Pn. Noraini bt Omar - AJK
Pn. Fatin Nadia bt Mazhanash - AJK
Pn. Zaihana bt Zainal Abidin - AJK

1.0 Ucapan Pengerusi Majlis.

1.1 Pn. Hjh Jasminah bt Alimon selaku Guru Besar Sk Legong Ulu, mengucapkan salam dan terima
kasih di atas kehadiran ahli jawatankuasa dalam mesyuarat pada kali ini.

1.2 Beliau juga mengharapkan agar Pemulihan Khas dapat bergerak seiring dengan kehendak pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia dan murid-murid yang berada dalam program dapat dipulihkan

2.0 Pembentangan Program Pemulihan Khas sepanjang 2015 oleh Pn. Roziah Bt Hamid selaku
Guru Pemulihan Khas.

2.1 Ucapan salam dan terima kasih atas ucapan Guru Besar. Ucapan terima kasih juga ditujukan untuk
ahli jawatankuasa yang telah hadir ke mesyuarat pada hari ini.

2.2 Berusaha akan memberikan komitmen yang baik dalam melaksanakan amanah yang diberi.
Diharap pihak sekolah juga dapat memberi kerjasama dalam merancang program yang akan dijalankan
sepanjang tahun untuk murid pemulihan.

2.3 Telah merancang beberapa program yang bersesuaian dan akan dilaksanakan sepanjang tahun.
Program-program yang telah dirancang ialah:-
BIL PROGRAM TARIKh
1 Mesyuarat Pengurusan Disember 2015
2 Mesyuarat Panitia Pemulihan Khas Kali Pertama 12 Februari 2015
3 Ujian Diagnostik Awal Januari
4 Program Bijak Ilmu Bacalah Sayang Sepanjang Tahun
5 Program Bijak Sifir Sepanjang Tahun
6 Program Titian Kasih Sepanjang Tahun
Bacaan di rumah
7 Pemeriksaan Doktor murid yang dikenalpasti ke Ikut keperluan
Pendidikan Khas
8 Ujian Pelepasan Murid Ikut penguasaan murid
9 Data Pemulihan Khas Arahan dari pihak
PPD/JPNS
10 Keceriaan Kelas Pemulihan Khas Sepanjang tahun

11 Ujian Pemulihan untuk uji tahap pemahaman murid Ikut penguasaan murid

2.4 Jumlah murid yang terlibat dengan Program Pemulihan Khas setakat ini adalah:
Tahun 2 2orang - Muhammad Faris Aiman b Sayuti
- Fatin Nasuha bt Mohd Faizal

2.5 Mengikut prosedur pemulihan murid Tahun 2 dan Tahun 3 akan mengikuti Program Pemulihan
Khas sebanyak 15 waktu iaitu 8 waktu Bahasa Melayu dan 7 waktu Matematik. Jumlah waktu ialah
sebanyak 30 waktu + 4 waktu persediaan + 1 waktu perhimpunan = 35 waktu ( 1050 minit).
Walaubagaimanapun jadual tertakluk kepada pengurusan jadual waktu kelas perdana.

2.7 Program LINUS akan dilaksanakan apabila murid tahun 1 telah selesai Saringan Pertama.
Program Pemulihan Khas akan mengambil murid tahun 1 untuk mengikuti Program Pemulihan Khas
sekiranya murid tersebut tidak menguasai Konstruk 1 dan 2 sahaja yang dinamakan Linus Tegar.Jika
sekolah tidak mempunyai murid linus tegar, guru pemulihan akan mengambil murid linus dan
sekiranya tiada murid linus, guru pemulihan akan mengambil murid-murid yang lemah agar dapat
membantu murid tersebut menguasai kemahiran yang belum dikuasai.

3.0 Hal-Hal Lain


3.1 Penyelaras pemulihan memohon sumber kewangan daripada panitia bahasa melayu dan
matematik untuk membeli tikar getah dan dipasang di bilik pemulihan dan mesyuarat bersetuju dengan
permohonan itu.

3.2 Penyelaras kelas pemulihan mengucapkan terima kasih kepada panitia-panitia terlibat yang telah
memberi sumbangan secara langsung atau tidak langsung sepanjang program pemulihan berjalan.

3.2 Program keceriaan akan di jalankan sepanjang tahun ini.

4.0 Ucapan Penangguhan

4.1 Pengerusi mengucapkan selamat menjalankan tugas dalam sesi 2015 dan berharap kelas pemulihan
akan dapat memulihkan murid-murid yang masih lemah menguasai 3M ini dengan baik.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.10 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

..
( Pn Roziah bt Hamid ) ( Pn.Hjh Jasminah bt Alimon )
Setiausaha Pemulihan Khas, Guru Besar,
SK Legong Ulu. SK Legong Ulu.

You might also like