You are on page 1of 8

Teknologi Maklumat & Komunikasi Tahun 4 - PAT 2016 1

BAHAGIAN A (15 Markah)

Arahan : Setiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, A, B, C dan D. Pilih jawapan yang betul.

1. Apakah maksud program utiliti?

A. Satu program mengandungi set arahan untuk mengarahkan komputer untuk


melaksanakan tugas.
B. Mengawal dan menyelaras semua aktiviti perkakasan dan perisian komputer.
C. Membantu pengguna melakukan sesuatu kerja yang khusus dengan lebih sempurna dan
mudah.
D. Membantu memastikan kelancaran perkakasan, sistem pengendalian dan perisian yang
digunakan.

2. Antara yang berikut, manakah merupakan peranti input?

A. Monitor C. Cakera liut


B. Tetikus D. Projektor

3. Antara yang berikut, manakah peranti storan?

A. Pencetak C. Pembesar suara


B. Pemacu kilat D. Pengimbas

4. Apakah yang dimaksudkan sebagai serangan virus komputer?

A. Merupakan program komputer yang berupaya menyalin dirinya sendiri dan menjangkiti
komputer tanpa pengetahuan pengguna.
B. Aturcara yang digunakan untuk mengesan dan menangani virus komputer.
C. Digunakan untuk menjaga keselamatan data daripada disalahgunakan oleh pihak yang
tidak bertanggungjawab.
D. Satu proses untuk menyusun data yang terdapat dalam storan bagi capaian yang lebih
pantas.

5. Antara berikut, yang manakah cara untuk mengelakkan jangkitan virus?

A. Membuka lampiran emel yang diragui.


B. Sentiasa mengimbas sistem komputer.
C. Membuka fail daripada storan luaran tanpa mengimbas.
D. Perisian antivirus tidak perlu dikemaskini.
Teknologi Maklumat & Komunikasi Tahun 4 - PAT 2016 2

6. Antara yang berikut ialah kepentingan kata laluan kecuali ___________.

A. mengelakkan akses kepada fail tanpa kebenaran


B. mengelakkan pengubahsuaian kandungan tanpa kebenaran
C. mengelakkan kecurian data dan maklumat
D. mengelakkan fail digunakan oleh pihak yang diberikan kebenaran

7. Berikut ialah kepentingan defragmentasi kecuali ____________.

A. memendekkan proses pencarian satu fail tertentu di antara longgokan fail dalam
komputer
B. fail yang kerap digunakan akan disusun secara teratur dan ditempatkan pada bahagian
utama storan
C. fail akan selamat daripada serangan virus
D. komputer akan menjadi lebih cepat dan memerlukan masa yang singkat untuk mencapai
fail yang tersimpan di dalam komputer

8. Format fail teks terdiri daripada ____________.

I *.text II *.rtf
III *.ppt IV *.xls

A. I dan II B. I, II dan III


C. I, III dan IV D. Semua di atas

9. Perbezaan Serif dan San Serif dalam kategori teks ialah ___________.

A. Serif dan San Serif ada dekoratif


B. Serif tiada dekoratif dan San Serif ada dekoratif
C. Serif dan San Serif tiada dekoratif
D. Serif ada dekoratif manakala San Serif tiada dekoratif

10. Kategori imej dalam elemen multimedia terdiri daripada ____________.

I imej bitmap II imej graf


III imej foto IV imej kartun

A. I dan II B. I, II dan III


C. I, III dan IV D. Semua di atas
Teknologi Maklumat & Komunikasi Tahun 4 - PAT 2016 3

11. Jenis-jenis audio dalam elemen multimedia terdiri daripada _____________.

I wav II midi
III mp3 IV mono

A. I dan II B. I, II dan III


C. I, III dan IV D. Semua di atas

12. Fail video dalam sistem pengoperasian Windows disimpan dalam bentuk ___________.

I AVI II 3gp
III MPEG IV WMV

A. I dan II B. I, II dan III


C. I, III dan IV D. Semua di atas

13. Jenis-jenis animasi terdiri daripada ____________.

I animasi GIF II animasi 2 dimensi (2D)


III animasi berkomputer IV animasi 3 dimensi (3D)

A. I dan II B. I, II dan III


C. I, III dan IV D. Semua di atas

14. Perbezaan persembahan linear dan persembahan tak linear ialah ____________.

A. persembahan linear tidak mempunyai butang navigasi manakala persembahan tak


linear mempunyai butang navigasi
B. persembahan linear mempunyai menu manakala persembahan tak linear tidak
mempunyai menu
C. pengguna persembahan linear mengawal penuh persembahan manakala pengguna
persembahan tak linear tidak boleh mengawal persembahan
D. persembahan linear lebih interaktif berbanding persembahan tak linear

15. Aplikasi penyunting terdiri daripada ____________.

I penyunting imej II penyunting lukisan


III penyunting audio IV penyunting video

A. I dan II B. I, II dan III


C. I, III dan IV D. Semua di atas
Teknologi Maklumat & Komunikasi Tahun 4 - PAT 2016 4

BAHAGIAN B (35 Markah)

Arahan : Jawab semua soalan. Tulis jawapan kamu dalam ruangan yang disediakan.

1. Masukkan jawapan pada ruangan yang disediakan di bawah.

Pembesar suara Tetikus Pengimbas

Pencetak Pemacu kilat Cakera keras

Monitor Kamera web Cakera liut

Peranti Jenis Peranti

(a)
(b)
Input
(c)
(d)
(e)
Output
(f)
(g)
(h)
Storan
(i)

(9 markah)

2. Tukar unit ukuran data GB, MB dan KB kepada unit yang lebih kecil dan seterusnya kepada yang
lebih besar dalam jadual di bawah.

(a) 5 GB = __________ MB (b) 3 MB = __________ KB (c) 8 KB = __________ Bait

(d) 6 000 Bait = _________ KB (e) 4 000 KB = _________ MB (f) 7 000 MB = ________ GB

(6 markah)
Teknologi Maklumat & Komunikasi Tahun 4 - PAT 2016 5

3. Masukkan jawapan pada ruangan yang disediakan di bawah berdasarkan contoh format fail.

Animasi Audio Imej

Text Video

Elemen Multimedia Contoh Format Fail

Text (*.txt)
(a) ____________________ Rich Text Format (*.rtf)
Joint Photographic Experts Group (*.jpeg)
(b) ____________________ Windows Bitmap (*.bmp)
Waveform Audio File (*.wav)
(c) ____________________ Moving Picture Expert Group Level 3 (*.mp3)
Motion Picture Expert Group (*.mpg / *.mpeg)
(d) ____________________ Audio Video Interleave (*.avi)

(e)_________________ ____ Animasi GIF (*.gif)

(5 markah)
Teknologi Maklumat & Komunikasi Tahun 4 - PAT 2016 6

4. Nomborkan fasa pembangunan multimedia berdasarkan penerangan yang diberikan.

(a) Fasa penghasilan Proses penghasilan dijalankan.


Menukarkan papan cerita kepada
persembahan multimedia.

(b) Fasa rekabentuk Membuat perancangan tugasan.


Membuat/melukis papan cerita.

(c) Fasa penyebaran Persembahan akan disebarkan sama


ada menggunakan media sebaran
secara talian atau cakera padat.

(d) Fasa penilaian Persembahan di nilai oleh pengguna


sebenar menggunakan borang
sebenar.

(e) Fasa analisis Temubual dan membuat kajian.


Menghasilkan kertas cadangan.
Menentukan objektif, sasaran
pengguna tajuk dan tujuan atau
matlamat.

(f) Fasa pengujian Pembina menguji dan memperbaiki


kesilapan atau ralat yang berlaku.

(6 markah)
Teknologi Maklumat & Komunikasi Tahun 4 - PAT 2016 7

5. Padankan perisian penyunting berdasarkan kepada penyunting imej, penyunting audio dan
penyunting video di bawah.

1. 5.

Penyunting Imej

2.
6.

Penyunting Audio

3. 7.

Penyunting Video

8.
4.

9.

~ SOALAN TAMAT ~

(9 markah)
Teknologi Maklumat & Komunikasi Tahun 4 - PAT 2016 8

SKEMA JAWAPAN

Bahagian A Soalan 4:
a) 3
1. D b) 2
2. C c) 6
3. B d) 5
4. A e) 1
5. B f) 4
6. D
7. C Soalan 5:
8. A 1) penyunting imej
9. D 2) penyunting video
10. D 3) penyunting audio
11. B 4) penyunting video
12. C 5) penyunting audio
13. D 6) penyunting imej
14. A 7) penyunting video
15. D 8) penyunting imej
9) penyunting imej
Bahagian B

Soalan 1:
a) tetikus
b) kamera web
c) pengimbas
d) pembesar suara
e) pencetak
f) monitor
g) pemacu kilat
h) cakera keras
i) cakera liut

Soalan 2:
a) 5 x 1 000 = 5 000 MB
b) 3 X 1 000 = 3 000 KB
c) 8 X 1 000 = 8 000 Bait
d) 6 000 1 000 = 6 KB
e) 4 000 1 000 = 4 MB
f) 7 000 1 000 = 7 GB

Soalan 3:
a) teks
b) imej
c) audio
d) video
e) animasi

You might also like