You are on page 1of 5

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN MASAKAN PERSATUAN KEMAHIRAN HIDUP (ERT)


SK TAMAN BUKIT MALURI, KEPONG
TAHUN 2017

1.0 NAMA PROGRAM

Pertandingan Masakan Persatuan Kemahiran Hidup SK Taman Bukit Maluri, Kepong.

2.0 ANJURAN

Unit Kokurikulum bersama AJK Persatuan Kemahiran Hidup.

3.0 KUMPULAN SASARAN

Semua murid Tahun 4, 5 dan 6 yang melibatkan seramai 60 orang.

4.0 PENDAHULUAN/RASIONAL

Penyertaan para murid dalam pertandingan masakan sangat memberi kesan dalam
membentuk disiplin, akhlak, keselarasan, semangat kerjasama, kreativiti dan sifat
kepimpinan. Justeru pelbagai aktiviti dijalankan untuk menarik minat murid dalam
menyertai Persatuan Kemahiran Hidup di sekolah. Aktiviti yang lazimnya dijalankan
ialah menghidupkan dapur, masakan, hiasan makanan, asas pertolongan cemas dan
ikhtiar hidup. Oleh itu, SK Taman Bukit Maluri mencadangkan agar diadakan
pertandingan ini supaya dapat mengumpulkan ahli-ahli dalam semua persatuan yang
terdapat di sekolah disamping dapat menambah pengetahuan para murid.

5.0 TUJUAN/MATLAMAT

Melahirkan insan yang mempunyai semangat kerjasama, kepimpinan, kreatif, daya


saing dan jati diri yang kuat melalui aktiviti-aktiviti yang diadakan.

6.0 OBJEKTIF
6.1 Melatih , membimbing dan meningkatkan sifat kepimpinan yang positif dikalangan
para murid.

6.2 Melahirkan murid yag mampu bekerjasama dengan orang lain.

6.3 Membentuk semangat jati diri dan daya saing yang kuat di kalangan murid.

6.4 Melahirkan murid yang kreatif, ceras dan cerdas serta sentiasa ceria.
1
6.5 Membentuk murid yang sentiasa berdisiplin dan berani.

7.0 PELAKSANAAN

Tarikh : 11 November 2017 (Sabtu)

Masa : 7.30 pagi hingga 5.00 petang

Tempat: Dewan Terbuka SK Taman Bukit Maluri, Kepong.

Perasmian: Sabtu (11 November 2017) jam 8.00 pagi oleh Guru Besar SK Taman
Bukit Maluri, Kepong.

8.0 SUMBER KEWANGAN

Peruntukan Wang Kokurikulum / PIBG / Sukan sekolah


Anggaran Kos sila rujuk lampiran

9.0 AJK PENGELOLA

Pengerusi : Hamzah bin P.Ramlee


Naib Pengerusi: Rahman bin Hj Kareem
Setiausaha : Siti Aishah bt Mohemad
Alabama A/P Abraham
Bendahari : Tung Sue Yee
AJK : Kamal bin Hussein - peralatan
: Ashvinder Kaur - Dokumentasi
: Cheong Pon Yi - Kebersihan
: Kumar A/L Chandran - Keselamatan
Bala A/L Sivam - Kerohanian
: Semua guru penasihat

10.0 JADUAL AKTIVITI

2
Rujuk lampiran.

11.0 PENUTUP

Diharapkan pertandingan ini akan dijalankan setiap tahun mengikut kesesuaian masa,
tenaga dan peruntukan serta kelulusan dari pihak pentadbir sekolah.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

Disediakan oleh;

(ALABAMA A/P ABRAHAM)


SETIAUSAHA PERSATUAN KEMAHIRAN HIDUP
SK TAMAN BUKIT MALURI, KEPONG.

LAMPIRAN 1

3
ANGGARAN KOS
BIL PERKARA KOS

1 BAHAN BAHAN MASAKAN DAN MINUMAN

Air Mineral 6 kotak X RM 8.00 = RM 48.00


Jamuan Perasmian (Sarapan Pagi) RM 2.00 X 70 = RM 140.00 RM 188.00

2 PERALATAN

Minyak Masak RM 30.00


Tin Sardin 12 X RM 5.00 = RM60.00
Periuk 6 X RM 10 = RM60.00 RM 200.00
Lain lain RM 50

3 HADIAH

Hadiah Kumpulan - Johan RM 5.00 X 10 = RM50


- Naib Johan RM 5.00 X 10 = RM50
- Ketiga RM 5.00 X 10 = RM50 RM 180.00
Johan Keseluruhan - RM 30.00

JUMLAH RM 568.00

LAMPIRAN 2

4
JADUAL AKTIVITI
Sabtu (11/11/2017)

MASA AKTIVITI AJK TERLIBAT

7.30 pagi Pendaftaran peserta Urusetia

8.00 - 8.30 Perasmian Peralatan


pagi
8.30 9.00 Sarapan pagi Makanan
pagi
9.00 10.00 Taklimat dan pembahagian kumpulan Guru Penasihat
pagi
10.00 Penyerahan peralatan masakan dan Peralatan
10.30 pagi pembahagian tempat untuk setiap kumpulan Guru Penasihat

10.30 1.00 Aktiviti masakan Semua murid


tengahari
1.00 1.30 Penyampaian makanan kepada hakim - hakim Guru Penasihat
tengahari Semua murid
1.30 2.30 Rehat dan Solat Zohor Semua murid
tengahari
2.30 3.30 Mengemaskan barang dan berkumpul di Semua murid
tengahari dewan perhimpunan
3.30 5.00 Majlis Penyampaian Hadiah kepada pemenang Semua murid dan guru
petang
5.00 petang Bersurai

You might also like