You are on page 1of 4

1.

1 MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dahulunya disebut sebagai Falsafah


Pendidikan Negara (FPN). Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan pegangan
atau prinsip pendidikan di Malaysia. Hal ini demikian, semua pendidikan dan
persekolahan di Malaysia mestilah dilaksanakan selaras dengan FPK dan para guru
perlu memahami dan menghayati falsafah ini agar mereka dapat menjalankan
tanggungjawab mereka berlandaskan prinsip yang betul

Berdasarkan kepada pertimbangan-pertimbangan atas Laporan dan Akta


Pendidikan, Rukun Negara dan ciri-ciri kebudayaan masyarakat Malaysia, maka FPK
digubal dan diumumkan secara rasmi pada tahun 1988. Berikut adalah teks lengkap
Falsafah Pendidikan Kebangsaan:

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan


lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang
harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Secara keseluruhannya, falsafah pendidikan mengandungi tiga komponen, iaitu


tujuan atau matlamat, dasar saintifik dan rancangan pendidikan. Dasar-dasar falsafah
pendidikan ini bertujuan mewujudkan sistem pendidikan yang sesuai dengan
masyarakat yang berada di sesuatu tempat. Hal ini demikian, tujuan falsafah pendidikan
merangkumi semua perkara dalam sistem pendidikan sesebuah negara, terutamanya
dari segi pentadbiran pendidikan, tujuan, kurikulum, kaedah pengajaran dan juga
persediaan guru.
Berdasarkan teks FPK, matlamat penubuhan FPK bertujuan melahirkan insan
yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang berguna. Dalam
erti kata lain, matlamat FPK adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang
sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut:

Percaya dan patuh kepada Tuhan.


Berilmu pengetahuan.
Berakhlak mulia.
Bertanggungjawab kepada diri sendiri, masyarakat, agama dan negara.
Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.
Memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum.

Selain itu, matlamat FPK ditubuhkan adalah untuk melahirkan individu yang
harmonis bukan sahaja dari sudut intelek tetapi seimbang dari segi rohani, emosi dan
jasmani. Dalam masa yang sama, FPK turut bermatlamat untuk melahirkan individu
yang mempunyai kepercayaan dan patuh kepada Tuhan. Secara tidak langsung, FPk
turut bermatlamat untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang bukan sahaja berilmu
pengetahuan tetapi turut mempunyai nilai-nilai murni dan sikap positif seperti
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Dalam erti kata lain, falsafah pendidikan bertujuan untuk memberi panduan dan
petunjuk dalam rancangan pendidikan. Dalam semua peringkat pendidikan, perhatian
perlu diberi supaya murid-murid bukan sahaja cemerlang dari sudut akademik, tetapi
turut cemerlang dari sudut sahsiah dan moral. Hal ini demikian kerana ilmu tentang
keduniaan sahaja tidak mencukupi untuk menjadikan mereka individu yang cemerlang
sebaliknya ilmu tentang kerohanian juga perlu digarapkan dalam diri mereka.

Dalam teks FPK terkandung akan kepentingan ilmu. Hal ini demikian kerana
perihal mengenai ilmu disebut lebih daripada sekali di dalam teks. Jika kita mengamati
dan menghayati kandungan teks tersebut, kita akan mendapati bahawa salah satu
tujuan FPK adalah ingin melahirkan individu yang seimbang dari sudut intelek.
Seterusnya, pada ayat berikutnya dinyatakan lagi bahawa usaha ini adalah bertujuan
untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu pengetahuan. Hal ini demikian
menunjukkan kepada kita betapa tingginya nilai ilmu dalam usaha mencapai
kesempurnaan dan kemakmuran dalam hidup ini. Oleh itu, jelaslah bahawa elemen
ilmu pengetahuan merupakan salah satu tonggak penting dalam merealisasikan FPK
dan merupakan suatu matlamat yang penting dalam FPK.

Di samping itu, teks FPK turut menyentuh mengenai kepercayaan dan


kepatuhan terhadap Tuhan. Hal ini demikian menunjukkan bahawa dalam usaha
mencapai kesejahteraan dan kemakmuran hidup, elemen agama tidak boleh dilupakan
sama sekali.

Justeru, dalam usaha memperoleh kebahagiaan dan kejayaan hidup, seseorang


individu sangat memerlukan keredhaan daripada Tuhan. Jelas di sini bahawa matlamat
FPK itu sendiri menegaskan kepada kita bahawa kita perlu untuk percaya dan patuh
kepda Tuhan kerana kepatuhan dan kepercayaan kepada Tuhan merupakan satu anak
tangga untuk kita memperoleh keharmonian dan kemakmuran dalam hidup.

Selain itu, FPK turut menafsir individu itu berdasarkan individu-individu lain yang
berada di sekelilingnya. Hal ini dengan jelas ditunjukkan pada ayat akhir dalam teks
FPK iaitu berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Hal ini bermaksud bahawa secara tidak langsung, FPK turut bermatlamat untuk
melahirkan individu yang bukan sahaja berjaya dan cemerlang untuk dirinya sahaja
tetapi turut memberi sumbangan terhadap masyarakat dan negara. Dapat juga
ditafsirkan di sini bahawa FPK bukan sahaja mempunyai matlamat jangka pendek iaitu
ingin melahirkan individu yang mampu memperoleh kesejahteraan diri tetapi turut
memuatkan matlamat jangka panjang iaitu ingin melahirkan individu yang mampu
memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.

You might also like