You are on page 1of 2

MODUL PROGRAM GURU PENYAYANG

Tema : Pandangan Pertama

Tajuk 2 : Perhimpunan Khas Hari Pertama Persekolahan

Objektif : 1. Mewujudkan perasaan dihargai dan diterima dalam kalangan


murid.
2. Memupuk perasaan suka hadir ke sekolah dalam kalangan
murid.
3. Menerima maklumat daripada personalia dalam suasana yang
kondusif dan teraputik.

Tarikh : 04 Januari 2012

Masa : 7.30 pagi hingga 8.10 pagi


(waktu pertama persekolahan pagi dan petang)

Sasaran : Semua guru dan murid

Personalia : Pengetua / Guru Besar, PK HEM, Pengacara Majlis

Bahan / Alat : Sistem siaraya, kerusi, rostrum

Langkah-langkah :

1. Murid-murid berhimpun di tapak perhimpunan. Majlis berjalan mengikut


aturcara perhimpunan mingguan.
2. Pengacara majlis mengalu-alukan kehadiran murid-murid dengan kata-kata
yang positif.
3. PK HEM mengingatkan murid tentang keperluan mematuhi peraturan sekolah
dalam gaya yang mesra dan cara yang menyenangkan.
4. Pengetua / Guru Besar menyampaikan ucapan aluan dan turut memberi
fokus kepada keprihatinan guru dan kasih sayang guru kepada murid.

Penilaian : Murid dapat mematuhi peraturan sekolah dengan perasaan sukarela


dan selesa.

Rumusan : Kasih sayang guru terhadap murid dapat dirasai dan dihayati melalui
komunikasi berkesan dan beradab, dan seterusnya mendorong
mereka hadir ke sekolah dengan perasaan sukarela dan selesa.

You might also like