You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN ST MARK (M), SELANGAU

D/A PPD SELANGAU


LOT 363 BLOK 15 NEWTOWNSHIP SELANGAU,
96000 SIBU, SARAWAK

MINIT MESYURAT PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH BIL 1 /2017

Tarikh : 2 Mac 2017


Masa : 3.00 petang
Tempat : Bilik Kelas Tahun 5
Kehadiran :
1. Cikgu Salih anak Lidam
2. Cikgu Nicholas Engong anak Jugah
3. Cikgu Ellyne Tong Siew Hua
4. Cikgu Ruslan bin Ismail
5. Cikgu Cathrine binti Sulaiman
6. Cikgu Nurul Fariezza binti Ab.Rahim
8. Cikgu Mos anak Rengie
9. Cikgu Lawrence Hing anak Gerinsa
10. Cikgu Ganyai anak Mensan
11. Cikgu Rosalind binti Abdullah
12. Ustaz Muhammad Ali Bin Md.Rasid
13. Cikgu Venissa anak Ugun

Tidak Hadir : Cikgu Muhammad Amir bin Aminuddin ( Kursus Doktor Muda)

Agenda :
1. Aluan Pengerusi
2. PBS Overview dan Penjaminan Kualiti
3. Pembudayaan PBS - Sarana Ibu bapa
4. PAJSK, Segak, Kokurikulum dan Ekstra kokurikulum
5. Penubuhan Jawatankuasa PBS
6. Bidang tugas Jawatankuasa / Pengoperasian
7. Hal-hal lain

1. Aluan pengerusi
1.1 Majlis telah dipengerusikan oleh Guru Besar, Cikgu Salih anak Lidam.
1.2 Pengerusi berharap semua guru dapat memberikan tumpuan sepenuhnya supaya
maklumat dapat disampaikan dengan jelas.

1
2. PBS Overview dan Penjaminan Kualiti
2.1 Setiausaha PBS menyatakan kepentingan Penjaminan Kualiti. Penjaminan kualiti
diuruskan oleh pentadbir dan dibantu oleh beberapa orang guru.
2.2 Setiausaha PBS menjelaskan kepada semua guru kandungan dalam Buku Panduan
Pengurusan PBS.
2.2.1 Pengenalan PBS PBS terbahagi kepada 2 iaitu Akademik dan bukan Akademik.
Akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP).
Bukan Akademik pula terdiri daripada PAJSK (Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan
dan Kokurikulum) dan Pentaksiran Psikometrik.
2.2.2 Penjaminan kualiti terdiri daripada 4 komponen iaitu Pemantauan, Pengesanan,
Pementoran dan Penyelarasan. Keempat-empat komponen ini saling berkaitan.
2.2.3 Sebarang permasalahan berkaitan dengan PBS, guru-guru boleh merujuk kepada
Buku Panduan Pengurusan PBS yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia. Buku Panduan Pengurusan PBS ini juga telah
dikongsi dalam telegram sekolah oleh Guru Besar.

3. Pembudayaan PBS Sarana Ibu bapa.


3.1 Setiausaha PBS meminta agar, guru-guru / komuniti sekolah amnya memainkan peranan
bersama pentadbir sekolah membudayakan PBS. Ini memandangkan masih ramai yang
belum faham mengenai PBS.
3.2 Setiausaha PBS mencadangkan agar apabila perjumpaan yang akan diadakan bersama
PIBG nanti, pihak sekolah (Pengurusan) menghebahkan kepada ibu bapa dan penjaga
mengenai PBS.
3.3 Setiausaha PBS juga mencadangkan maklumat PBS dimasukkan dalam Facebook Sekolah
dan dipamerkan pada Sudut PBS sekolah.

4. PAJSK, Segak, Kokurikulum dan Ekstra Kokurikulum


4.1 Segak perlu dilaksanakan sebanyak 2 penggal - Penggal 1 awal tahun, penggal 2 akhir
tahun. Tempoh masa untuk Segak Penggal 1 ialah dari Januari hingga Mac. Untuk Segak
Penggal 2 ialah dari Jun hingga Ogos.
4.2 Kokurikulum dan Ekstra Kokurikulum pula dinilai sepanjang tahun. Bahagian ini akan diisi
dan disiapkan pada akhir persekolahan.

5. Pentaksiran Psikometrik
5.1 PK HEM sekolah iaitu Cikgu Ellyne Tong Siew Hua menerangkan bagaimana pentaksiran
Psikometrik dijalankan.
5.2 Beliau memaklumkan pentaksiran ini melibatkan aptitud dan personaliti. Pelajar Tahun
3 dan Tahun 6 akan ditaksir menggunakan soalan ujian aplitud yang disediakan oleh
Lembaga Peperiksaan.
6. Penubuhan Jawatankuasa PBS
6.1 Setiausaha PBS menunjukkan Jawatankuasa PBS 2017 ( Rujuk Lampiran)
6.2 Beliau harap ahli jawatankuasa ini menjalankan tugas masing-masing dengan
bersungguh-sungguh agar dapat memenuhi kehendak dasar kementerian.
6.3 Carta organisasi ini akan dipaparkan / ditampal di papan kenyataan PBS.

2
7. Bidang tugas Jawatankuasa PBS / Pengoperasian
7.1 Setiausaha PBS menerangkan bagaimana sistem penyimpanan evidens bagi setiap
tahun.
7.2 Evidens dan perekodan disimpan oleh guru matapelajaran.
7.3 Perekodan PBS perlulah dikemaskini sepanjang masa.
7.4 Setiausaha PBS memaklumkan kepada guru bahawa, perekodan boleh diperoleh melalui
laman web KPM atau boleh mendapatkannya dari Setiausaha PBS. Perekodan ini juga
telah dikongsi dalam telegram sekolah oleh Cikgu Cathrine binti Sulaiman.
7.5 Perekodan Gabungan adalah perekodan baharu yang dikeluarkan oleh KPM. Perekodan
gabungan diuruskan oleh Guru kelas dan dibuat pada pertengahan tahun dan akhir
tahun nanti.

8. Hal hal lain


8.1 Tiada

Mesyuarat di tangguh pada pukul 5.00 petang

Di sediakan oleh : Di semak oleh :

.. ..
(NURUL FARIEZZA BINTI AB.RAHIM) (NICHOLAS ENGONG ANAK JUGAH)
Setiausaha PBS PK Pentadbiran
SK. St Mark (M), Selangau SK. St Mark (M), Selangau

Disahkan oleh :

...........................................................
(SALIH ANAK LIDAM)
Guru Besar
SK. St Mark (M), Selangau

You might also like