You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT AJK PEMILIHAN MURID PRASEKOLAH SESI 2018

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT CHINA, MELAKA

TARIKH : 13 JULAI 2017


MASA : 1.15 Ptg
TEMPAT : Bilik Mesyuarat Seri Kasturi
KEHADIRAN : En Mohammmed Shamshir Bin Mohammed Dali Guru Besar
Pn Rosmawati Bt Mohamet Dawam GPK Pentadbiran
Pn Fatimah Bt Yahya - GPK HEM
Pn Salmiah Bt Sirajab - GPK Ko-Kurikulum
Pn Siti Aisyah Bt Adenan GPK Pendidikan Khas
En. Ahmad Faiz Bin Omar -- Guru Prasekolah
Pn Zarina Bt Ismail - Guru Prasekolah

1. Ucapan Aluan Pengerusi


1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat pemilihan murid prasekolah dengan membaca surah Al- Fatihah
dan mengalu-alukan kehadiran ahli mesyuarat pemilihan kali ini.
1.2 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir dan mengucapkan tahniah
kepada Jawatankuasa pemilihan kerana dapat merancang dan menjayakan mesyuarat ini.
1.3 Pengerusi menjelaskan tujuan mesyuarat pemilhan diadakan adalah untuk memutuskan senarai
nama murid yang akan dipilih memasuki kelas Prasekolah bagi sesi 2018.

2. Taklimat dan Pemilihan Murid Prasekolah Sesi 2018


2.1 En Ahmad Faiz memgedarkan salinan Garis Panduan Permohonan Kemasukan Murid Prasekolah
Sesi 2018 KPM
2.2 En Ahmad Faiz menerangkan syarat-syarat kemasukan murid mestilah warganegara Malaysia yng
mencapai umur 4 tahun pada 1 Januari pada tahun semasa pemohonan
2.3 Memilihan berdasarkan merit dan bagi murid Pendidikan Khas hendaklah ade pengesahan dari
pada pengamal perubatan dan JPN/PPD
2.4 Hebahan telah dibuat dengan mengantung kain rentang dihadapan kawasan sekolah untuk
maklumat orang ramai
2.5 Pemohon memohon secara atas talian di dalam laman sesawang yang disediakan.
2.6 En Ahmad Faiz menyatakan jumlah murid di dalam kelas Prasekolah Perdana seramai 25 orang
dan Prasekolah Integrasi adalah tidak melebihi 7 orang
2.7 En Ahmad Faiz memaklumkan seramai 6 pemohon telah mendaftar di atas talian 5 pemohon
Prasekolah Perdana dan 1 pemohon untuk Prasekolah Intergrasi sehingga tarikh tutup pada 30
April 2017
2.8 En Ahmad Faiz juga memaklumkan 3 pemohon menghantar borang secara manual sehingga
tarikh tutup pada 31 Mei 2017
2.9 En Ahmad Faiz menyatakan jumlah semua permohonan prasekolah sesi 2018 adalah seramai 9
pemohon 8 adalah Prasekolah Perdana dan 1 pemohon Prasekolah Intergrasi.

3. Sesi Pemilihan Prasekolah 2018


3.1 En Ahmad Faiz mengedar dan membentangkan nama-mana pemohon yang telah memohon di
dalam atas talian
3.2 Pengerusi mencadangkan memandangkan hanya 9 permohonan yang memohon di atas talian
beliau mencadangkan agar semua permohonan ini berjaya terpilih memasuki prasekolah bagi sesi
2018 dan melengkapkan permohonan di dalam atas talian untuk dimaklumkan kepda PPD Melaka
Tengah.
3.3 Namun begitu beliau berharap ada lagi permohon selepas sesi pemilihan ini boleh di terima untuk
melengkapkan seramai 25 orang murid di dalam kelas Prasekolah Perdana
Tindakan : En Ahmad Faiz
3.4 Pn Zarina menyatakan bagi murid pendidikan khas permohonan berpandukan JPN/PPD dan
sehingga 7 orang murid ke semuanya.
Tindakan : Pn Zarina Bt Ismail
3.5 En Ahmad Faiz memaklumkan sehingga tarikh mesyuarat ini beliau masih belum menerima
sebarang borang permohonan secara manual yang dihantar ke kelas prasekolah mahupun pejabat
sekolah.
3.6 Pengerusi juga mencadangkan agas hebahan yang lebih lagi kepada orang ramai seperti surat
makluman kepada ibubapa murid SKBC dan bantuan dari Pengerusi PIBG bagi mewar-warkan
tentang permohonan prasekolah 2018
Tindakan : En Ahmad Faiz
4. Hal-hal Lain
4.1 En Ahmad Faiz menyatakan akan menghantar surat tawaran yang hanya boleh dicetas melalui
laman sesawang yang disediakan.
4.2 Beliau juga menyatakan akan berhubung dengan GPK HEM untuk takwin sesi Orintasi Murid
Tahun 1 dan Prasekolah sesi 2018

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 ptg

Disediakan Oleh
Disahkan Oleh

..
(AHMAD FAIZ BIN OMAR) ...
GURU PRASEKOLAH SKBC (MOHAMMED SHAMSHIR BIN MOHAMMED DALI)
GURU BESAR SKBC
Penolong Setiausaha AJK Pemilihan Prasekolah

You might also like