You are on page 1of 17

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS TUN HUSSEIN ONN


KM 7.75 JALAN KLUANG
83009 BATU PAHAT, JOHOR DARUL TAKZIM.

PROGRAM BINA INSAN GURU FASA KE-3

TARIKH :

5 OGOS 2015

TEMPAT :

BALAI ILMU
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KAMPUS TUN HUSSEIN ONN
KM 7.75 JALAN KLUANG
83009 BATU PAHAT, JOHOR DARUL TAKZIM

ANJURAN :
GURU-GURU PELATIH
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
SEMESTER 2 AMBILAN JUN 2014
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KAMPUS TUN HUSSEIN ONN
PROGRAM BINA INSAN GURU FASA KE-3
TAHUN 2015
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
SEMESTER 2 AMBILAN JUN 2014
PENGENALAN
Bina Insan Guru (BIG) merupakan program yang wajib diikuti oleh guru-guru
pelatih di setiap institut perguruan di Malaysia seperti yang termaktub dalam
perancangan semester kokurikulum institut. Program Bina Insan Guru (BIG)
Fasa Ke-2 melibatkan semua guru pelatih yang berjumlah 64 orang dari kelas
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian Bahasa Cina,
Pendidikan Seni Visual dan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa
Kedua (TESL) Ambilan Jun 2014. Pelaksanaan BIG bertujuan untuk memberi
kesedaran kepada guru pelatih bahawa peranan guru kepada sekolah serta
kepentingan komuniti kepada sekolah. Seseorang guru harus memegang
tanggungjawabnya agar dapat berbakti kepada masyarakat dan negara.

MATLAMAT
Program Bina Insan Guru (BIG) berhasrat untuk memberi pendedahan
kepada guru pelatih mengenai kepentingan etiket dan protokol dalam sesuatu
majlis. Selain dari memberi pengetahuan dan kemahiran asas yang lengkap
dalam bidang pengurusan termasuk etika dan protokol majlis, BIG kali ini juga
memberi pendedahan dan bimbingan tentang cara menguruskan majlis
dengan cekap dan sempurna.

OBJEKTIF
Selepas mengikuti program Bina Insan Guru, guru pelatih dapat:
1. Memberi pengetahuan tentang teori dan amalan protokol serta kemahiran
sosial.
2. Mempelajari teori dan amali menguruskan majlis serta kemahiran protokol,
etiket dan komunikasi.
3. Melengkapkan pengetahuan dan kemahiran asas dalam bidang
pengurusan Majlis.
4. Mengenalpasti kesilapan yang sering berlaku semasa mengurus dan
mengendalikan majlis serta yang sering dilakukan oleh seseorang individu.
5. Menerapkan nilai-nilai kemahiran sosial dan keyakinan diri dalam
mengendalikan majlis rasmi dan tak rasmi.
6. Meningkatkan kefahaman tentang amalan-amalan protokol semasa majlis
berlangsung.
7. Meningkatkan kefahaman dan berkeyakinan terhadap gaya, penampilan
dan tatahias.
8. Mengetahui cara membentuk penampilan diri yang professional.
9. Mengetahui elemen-elemen yang penting untuk melaksanakan tugas
dengan cekap.
10. Menanam serta membina perasaan yakin kepada diri sendiri dan dapat
menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan majlis.

JAWATANKUASA PELAKSANAAN

Ketua Unit Ko Kurikulum : Encik Abdul Jabar bin


Penyelaras BIG : Encik Mohd Razali Bin Hashim
Penyelaras BIG SEM 3 : Encik Faizal Bin Ghazali
Pengerusi : Nurul Azureen Binti Mohd Fazzle
Naib Pengerusi : Chuah Kae Yang
Setiausaha : Awangku Ahmad Bin Awang Bujang
Bendahari : Sharvin Devi a/p Mohan Raw
Ahli Jawatankuasa

AJK Dokumentasi : Elvia Hilda Anak Lisen @ Roson


AJK Makanan : Ahmad Faiq bin Ahmad
AJK Protokol : Wang Tik Wei
AJK Kebersihan : Siti Anati binti Hamzah

AJK Cendarahati : Noriana binti Othman


AJK Peralatan dan : Ng Shi Hui
Teknikal
AJK Hiasan : Rhap Renold Imbul

AJK Tempat : Joseph Teng

AJK Pengacara Majlis : Lee Siew Hung

AJK Jemputan : Asmawani Binti Haji Yacob


Penceramah
LAPORAN TAKLIMAT CERAMAH BINA INSAN GURU FASA KE-3 2015

Pada 15 Julai 2015 iaitu hari Rabu, taklimat Bina Insan Guru (BIG) telah
diberikan oleh Encik Mohd Razali Bin Hashim, penyelaras BIG Unit Kokurikulum
dan Encik Mohd. Faizal bin Ghazali, penyelaras BIG Semester 3 kepada para guru
pelatih PISMP Semester 3 Ambilan Jun 2014 pada pukul 4.00 petang di astaka
IPTHO. Seramai 64 orang guru pelatih yang terdiri daripada opsyen Bahsa Cina
(BC), Pendidikan Seni Visual (PSV) dan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai
Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL) telah menghadiri taklimat tersebut.
Ceramah BIG kali ini berkaitan dengan Etiket Sosial dan Protokol. Encik Mohd
Razali Bin Hashim telah memberikan beberapa cadangan kepada kami untuk
menjayakan program BIG kali ini. Encik Razali juga mengingatkan kami bahawa
BIG adalah program wajib yang perlu disertai oleh semua guru pelatih dan
sekiranya kami gagal untuk mengikuti program BIG ini, kami berkemungkinan
besar untuk gagal dalam BIG kali ini.

Jawatankuasa pelaksanaan BIG kali ini telah dilantik secara sukarela dalam
kalangan guru pelatih Semester 3 yang terdiri daripada setiap opsyen. Saudari
Nurul Azureen binti Mohd Fazzle dari opsyen BC secara sukarela menjadi
pengerusi bagi program kali ini, saudara Chuah Kae Yang daripada opsyen PSV
pula telah dilantik sebagai Naib Pengerusi manakala saudara Awangku Ahmad bin
Awang Bujang daripada opsyen TESL telah dilantik menjadi setiausaha. Encik
Mohd Razali telah memberi mandat kepada pengerusi untuk menubuhkan sebuah
jawatankuasa program BIG 3 Fasa 1 2015 bagi memastikan kelancaran program
ini. Setiap AJK dipilih daripada setiap opsyen dan mereka bertanggungjawab untuk
melaksanakan tugasan supaya program ini dapat dijalankan dengan lancar tanpa
sebarang masalah.
Di samping itu, pihak jawatankuasa juga telah berbincang untuk memilih
penceramah yang perlu dijemput bagi menyampaikan ceramah pada hari tersebut.
Taklimat ringkas ini telah berakhir pada pukul 5.30 petang.

Disediakan oleh,

___________________
(AWANGKU AHMAD BIN AWANG BUJANG)
Setiausaha
Program Bina Insan Guru 3 Fasa 1 2015
Laporan Ceramah BIG

Ceramah program Bina Insan Guru telah diadakan pada hari Rabu, 5 Ogos
2015 bertempat di Balai Ilmu Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tun
Hussein Onn. Ceramah bermula tepat pada pukul 8.30 pagi. Antara tutor yang
hadir ialah En Zahidi bin Khamis, Puan Syamsina Zahurin binti Shamsuddin dan
Cik Liew Pee Lian.

Gambar 1 dan Gambar 2 : Guru pelatih beratur mengambil sarapan.

Gambar 3 dan Gambar 4: Pengerusi memberikan taklimat ringkas.

Sebelum majlis bermula, semua guru pelatih telah mengambil tempat di


Balai Ilmu seawal puku 8.00 pagi. Persiapan awal untuk sesi ceramah seperti
menyediakan komputer dan projektor, memeriksa mikrofon, menyediakan air
mineral bagi penceramah telah dilakukan oleh Ajk Peralatan. Manakala semua
guru pelatih yang hadir dikehendaki menandatangani kehadiran mereka mengikut
opsyen masing-masing sebelum ceramah tersebut bermula. Kami semua duduk di
dalam Balai Ilmu semasa menanti ketibaan penceramah. Pengerusi juga telah
memberikan sedikit taklimat ringkas sebagai peringatan kepada semua pelajar
tentang perjalanan program sepanjang hari tersebut. Selepas taklimat ringkas
tersebut, para pelajar diminta untuk mengambil sarapan di luar Balai Ilmu dan
diingatkan supaya bersarapan dengan kadar yang segera. Penceramah yang
dinanti telah tiba sebelum pukul 8.30 pagi.

Gambar 5 dan 6: Penceramah pada slot yang pertama - Puan Irdawati

Penceramah jemputan yang pertama ialah Puan . Beliau sebagai


penceramah slot pertama dengan tajuk Pengucapan Awam telah memulakan
ceramahnya dengan memberikan beberapa soalan kepada guru-guru pelatih.
Antara soalan yang telah ditanya oleh ?? ialah Apa yang kamu faham tentang
pengucapan awam? dan Kenapakan pengucapan awam ini penting bagi seorang
guru?. Soalan-soalan tersebut telah mendapat pelbagai jawapan daripada guru-
guru pelatih yang menghadiri sesi ceramah tersebut. Kemudian penceramah telah
mengaitkan persoalan-persoalan tadi dengan ceramah yang akan disampaikan
oleh beliau.
Puan ??? telah menerangkan tentang tatacara dan elemen-elemen penting
dalam pengucapan awam. Antara elemen penting tersebut adalah lontaran suara,
cara berpakaian dan bahasa yang digunakan semasa berucap. Semasa
pengucapan awam, individu tersebut mestilah menyampaikan ucapan dengan
nada suara yang jelas dan bahasa yang digunakan haruslah sopan serta menjaga
sensitiviti pihak lain. Selain itu, individu itu haruslah memakai pakaian yang sopan
dan menunjukkan keterampilan individu tersebut. Dengan menggunakan pakaian
yang bersesuaian dengan acara atau majlis ketika menyampaikan pengucapan
awam tersebut, hal ini akan menaikkan keyakinan diri seseorang itu ketika
berucap. Penceramah juga sangat menekankan aspek bahasa ketika
menyampaikan ucapan. Hal ini kerana, bahasa yang tidak mudah difahami akan
menyebabkan pendengar hilang minat untuk mendengar dan idea yang ingin
disampaikan tidak dapat difahami oleh pendengar. Bukan itu sahaja, hal ini juga
berkemungkinan dapat menimbulkan salah faham tentang maksud sebenar
penyampai. Beliau juga menekankan penjagaan sensitiviti dalam pengucapan
kami bagi mengelakkan timbulnya salah faham atau pergaduhan.
Seterusnya, beliau telah mengaitkan pengucapan awam itu tadi dengan
kerjaya sebagai seorang guru. Hal ini kerana, gurulah insan yang paling banyak
berinteraksi dengan orang lain iaitu murid-murid, ibu bapa dan masyarakat di luar
sana. Oleh yang demikian, seorang guru harus faham dan menguasai ilmu
berkenaan pengucapan awam.
Sebagai penutup bagi slot ceramah yang pertama, Puan ??? telah
memainkan dua video yang berkaitan dengan realiti sebenar kehidupan seorang
murid dan guru di kawasan pedalaman. Video tersebut menunjukkan bagaimana
seorang guru terpaksa menyeberangi anak sungai untuk sampai ke kawasan
sekolah. Video ini juga telah membuka mata kami tentang realiti profession
perguruan ini yang sangat memerlukan semangat dan komitmen yang tinggi. Pada
akhir slot ceramah, beliau menasihat kami supaya menjadi seorang guru yang
mesra dan hati yang tabah dalam menghadapi pelbagai rintangan.
Majlis penyampaian cenderamata telah diadakan setelah selesai sesi
ceramah slot yang pertama. Cenderamata telah diberikan oleh pengerusi BIG
kepada Puan Irdawati atas perkongsian ilmu yang sangat berguna.

Gambar 7: Majlis penyampaian cenderamata


Selepas ceramah slot pertama, kami berehat dari pukul 9.30 pagi sehingga
10.00 pagi sementara menanti penceramah kedua. Penceramah kedua iaitu Encik
Mohamad Roslan bin Aroff tiba pada pukul 10.00 pagi. Beliau pula menyampaikan
ceramah yang bertajuk Tertib di Meja Makan. Beliau memulakan sesi ceramah
dengan menyoal beberapa soalan untuk menguji pengetahuan kami tentang tertib
di meja makan dan menerangkan tentang definisi etiket dan tertib. Seterusnya
beliau meneruskan lagi sesi ceramah dengan menerangkan kepada semua guru
pelatih tentang kepentingan mematuhi tertib ketika berada di meja makan. Antara
kepentingan mematuhi tertib tersebut ialah bagi menjaga formaliti di dalam
sesebuah majlis terutamanya majlis rasmi dan ketertiban kita di meja makan juga
mencerminkan imej kita sebagai seorang guru yang berpengetahuan.

Gambar 8 dan 9: Slot ceramah kedua En. Roslan bin Aroff

Selain itu, beliau juga ada menerangkan tentang tatatertib ketika berada di
meja makan iaitu tidak gelojoh dan menggunakan peralatan yang betul semasa
makan. Seseorang itu juga tidak boleh mengeluarkan bunyi ketika meminum sup
seterusnya elakkan mencungkil gigi dan menggaru di khalayak ramai. Beliau juga
turut berkongsi tentang cara atau perlakuan yang sepatutnya dilakukan oleh setiap
orang yang menghadiri majlis makan yang rasmi dan formal. Antara tips yang telah
diberikan ialah sebelum makan makanan yang diedarkan oleh pelayan, kita perlu
meminum air yang telah disediakan. Minuman ini merupakan hidangan kepada
tetamu sebelum majlis jamuan makan dimulakan dan kebiasaanya minuman yang
dihidangkan ialah jua atau minuman ringan lain. Elakkan daripada mengambil lebih
daripada dua kali. Jangan meminta minuman kegemaran atau minuman lain yang
tidak dihidangkan.
En. Roslan juga menerangkan tentang cara penggunaan napkin dan
peralatan yang terdapat di atas meja makan. Perkara ini merupakan benda baru
bagi hampir semua peserta yang hadir pada pagi tersebut dan semua guru pelatih
mengambil sepenuh perhatian terhadap ceramah yang disampaikan. Bagi
penggunaan napkin, napkin itu perlulah diletakkan di atas paha dengan cara
memegang bucu napkin di sebelah hujung dan lipatkan sedikit. En Roslan turut
berkongsi cara sebenar penggunaan peralatan dan kedudukannya di atas meja.
Penceramah menerangkan semua perkara dengan terperinci dan jelas, stail
ceramah yang santai tetapi padat serta ringkas sangat membantu kami untuk
memahami setiap maklumat yang disampaikan.

Gambar 10: Peserta mendengar ceramah dengan tekun

Sebagai penutup sesi ceramah, penceramah memainkan sebuah video


yang menunjukkan tatacara yang tidak betul ketika berada di meja makan dan
video kedua pula menunjukkan tatacara makan yang tepat ketika berada di meja
makan. Setelah menonton video tersebut, En. Roslan menyimpulkan ceramahnya
dengan membuat persamaan seperti di video yang pertama sekiranya kami tidak
mengikut tatacara yang betul di meja makan.
Gambar 11: Majlis penyampaian cenderamata kepada penceramah.

Sebelum penceramah meninggalkan Balai Ilmu, majlis penyampaian


cenderamata telah disampaikan oleh pengerusi kepada En. Roslan atas kerjasama
dan sebagai tanda terima kasih kami kepada beliau.

Gambar 12: Sesi ceramah slot ketiga oleh En. Abd Raof bin Ibrahim

Setelah selesai majlis penyampaian cenderamata, program BIG diteruskan


lagi dengan slot ceramah terakhir iaitu Pengendalian Majlis Rasmi yang
disampaikan oleh En. Abd Raof bin Ibrahim. Ceramah ini dimulakan pada pukul
11.00 pagi dan sebagai pendahuluan kepada sesi ceramah ini, En. Raof
bertanyakan beberapa soalan tentang apa yang para peserta faham tentan
protokol di dalam sebuah majlis. Beliau meminta semua peserta untuk mengambil
perhatian terhadap ceramah kali ini kerana topik ini sangat penting bagi
memastikan sesebuah majlis berjalan dengan lancar.
En. Raof menyampaikan ceramah beliau melalui pendekatan soal jawab
yang mana membuatkan para peserta lebih fokus terhadap soalan-soalan yang
ditanya oleh beliau. Sebelum penceramah meneruskan ceramah dengan lebih
terperinci, beliau menerangkan kepada kami tentang perbezaan majlis rasmi tidak
formal, majlis rasmi formal. Ramai peserta yang masih tidak faham dengan
perbezaan antara dua majlis tersebut. Beliau memberi penerangan tentang majlis
rasmi tidak formal dan majlis rasmi yang formal. Majlis rasmi tidak formal adalah
majlis rasmi yang tidak mempunyai kod etika berpakaian seperti majlis kenduri
kahwin. Manakala bagi majlis rasmi formal pula ialah majlis rasmi yang mempunyai
kod etika berpakaian seperti Perhimpunan Bulanan IPGKTHO.

Gambar 13 dan 14: Sesi ceramah dan sesi soal jawab

Beliau banyak memberikan kami contoh-contoh berdasarkan majlis dan


situasi sebenar ketika mengendalikan majlis. Selain itu, beliau juga menjelaskan
bahawa protokol adalah perkara yang paling penting di dalam sebuah majlis. Hal
ini kerana protokol adalah salah satu kriteria yang dilihat dan dinilai oleh
masyarakat luar. Sekiranya majlis tersebut tidak mengikut protokol yang sebenar,
majlis tersebut akan menjaadi tidak lancar dan masyarakat akan memandang
serong terhadap penganjur majlis tersebut. Selepas selesai memberikan input
kepada para peserta, penceramah membuka sesi soal jawab kepada guru pelatih
yang ingin bertanyakan soalan.
Penceramah juga mengingatkan kami bahawa protokol ini bukanlah satu
perkara yang mudah untuk dipelajari dan mengambil masa yang lama untuk mahir
di dalam etiket protokol. Namun semuanya tidak mustahil sekiranya seseorang itu
sanggup untuk belajar dan menuntut ilmu. Beliau memberi beberapa nasihat
kepada kami sebelum menamatkan sesi ceramah yang ketiga. Sebagai seorang
guru, protokol adalah satu elemen penting yang harus diketahui oleh semua.

Gambar 15: Majlis penyampaian cenderamata kepada penceramah

Majlis penyampaian cenderamata berlangsung selepas En. Raof menamatkan


ceramah BIG sesi ketiga pada tengah hari itu.

Gambar 16 dan Gambar 17 : Majlis Penutupan

Setelah selesai slot ketiga ceramah yang telah diberikan oleh Encik Abd
Raof, majlis diteruskan lagi dengan majlis penutupan. Majlis tersebut telah dihadiri
oleh tutor Puan Syamsina Zahurin binti Shamsuddin dan En. Abd Raof bin Ibrahim
sebagai VIP. Majlis tersebut dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu
IPGM. Seterusnya, bacaan doa yang diketuai oleh Mohd Akmal Fahmi Bin Asmuni.
Setelah selesai bacaan doa tersebut, majlis diteruskan lagi dengan tayangan video
montaj sepanjang program ceramah berlangsung.

Gambar 18: Ucapan pengerusi Program BIG Fasa Ke-3 Nurul Azureen

Seterusnya ialah ucapan daripada pengerusi Program Bina Insan Guru


Fasa Ke-3 iaitu saudari Nurul Azureen. Dalam ucapannya, beliau berterima kasih
kepada semua penceramah yang sanggup meluangkan masa untuk berkongsi
ilmu kepada semua guru pelatih. Selain itu, beliau juga turut mengucapkan terima
kasih atas kerjasama daripada semua ajk pelaksana yang terlibat dalam
menjayakan program kali ini. Sebagai penutup ucapan, saudari Nurul Azureen
berharap agar ilmu yang telah diperolehi ini dapat dimanfaatkan dan diaplikasi oleh
semua guru pelatih Semester 3 Ambilan Jun 2014.
Gambar 19: Ucapan perasmian penutupan En. Abd Raof bin Ibrahim

Majlis pada pagi itu diteruskan lagi dengan ucapan penutupan daripada En.
Abd Raof bin Ibrahim selaku VIP pada majlis itu. Dalam ucapan beliau, beliau telah
mengucap tahniah kepada semua guru pelatih PISMP Semester 3 kerana telah
berjaya menganjurkan sesi ceramah dan melaksanakan satu lagi tugasan dalam
BIG Fasa Ketiga. Beliau mengatakan bahawa sesebuah majlis dan aktiviti tidak
akan berjaya sekiranya tiada kerjasama dan usaha yang gigih daripada semua
guru pelatih dan juga ahli jawatankuasa yang terlibat. Beliau juga telah
menasihatkan kami agar menekankan aspek protokol ketika mengendalikan
sesebuah majlis kerana protokol menentukan kejayaan dan kelancaran sesebuah
majlis tersebut.
Gambar 20: Penyampaian cenderamata kepada VIP dan tutor

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata oleh pengerusi program


BIG Fasa Ke-3 kepada VIP yang hadir pada majlis tersebut iaitu En. Abd Raof.
Cenderamata tersebut diberi sebagai tanda penghargaan atas kehadiran dan
kesudian beliau menutup rasmi program ceramah BIG Fasa 3. Majlis diakhiri
dengan nyanyian lagu Guru Malaysia, lagu IPTHO dan lagu Bangsa Johor.
Sebelum semua pelajar balik ke bilik masing-masing, pelajar telah mengambil
makanan tengah hari yang disediakan oleh ajk makanan. Pengerusi, naib
pengerusi dan setiausaha mengiringi VIP ke kantin untuk menjamu selera.

You might also like