You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN ST MARK (M)

BUTTERWORTH
Jalan St. Mark, 12000 Butterworth
Tel/Fax: 04-3311881
Email:pbb2032@jpnpp.edu.my

_____________________________________________________________

MINIT MESYUARAT PBS/KSSR KALI PERTAMA 2016

Tarikh : 19 JANUARI 2015

Hari : ISNIN

Masa : 10.30 PAGI

Tempat : Bilik Mesyuarat

Hadir : Rujuk Lampiran Kehadiran


Hadir Bersama : Tiada

Agenda 1 : Ucapan Pengerusi

1.1 En Mazlan mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua guru ke mesyuarat kali ini.
1.2 Beliau berharap supaya semua guru dapat menyalurkan sebarang maklumat berkaitan PBS dan
penambahbaikan yang telah dan akan dilaksanakan di peringkat sekolah.
Makluman : Semua guru

Agenda 2 : Ucapan Ketua Pentaksir Sekolah

2.1 En Mazlan mengucapkan terima kasih di atas sokongan semua guru dalam menjayakan
PBS.Beliau juga berharap semua guru dapat membantu pihak pentadbir dalam melaksanakan
PBS di sekolah ini.Guru yang masih belum menyerahkan Perekodan Offline 2015 harus segera
menyerahkannya kepada SU PBS untuk simpanan.

Makluman : Semua guru

Agenda 3 : Isu-isu Pelaksanaan dan Kes-Kes Khas PBS

3.1 Penambahbaikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah


3.1.1 Pekeliling Ikhtisas
3.1.2 Fail Perkembangan Murid,Fail Showcase dan Rekod Transit ditiadakan
3.1.3 SPPBS online telah ditiadakan dan digantikan dengan Modul Perekodan
Perkembangan Murid secara offline.
3.1.4 PPPM diperkenalkan menggantikan DSP
Makluman : Semua guru

3.2 Sistem Fail dan pengurusan eviden:


3.2.1 Semua FPM telah dipulangkan kepada murid pada tahun lepas.
Tiada lagi pembelian fail FPM pada tahun 2016.
3.2.2 Eviden akan disimpan/direkod oleh pentaksir mengikut kreativiti dan keperluan(untuk
tujuan perekodan).

3.3 Modul Perekodan menggantikan SPPBS :


3.3.1 Pn Anis Suhaily akan memasukkan semua rekod offline dan PPPM serta DSKP tahun
1 hingga 6 dalam Telegram sekolah.
3.3.2 Guru perlu merekod dalam sistem yang telah disediakan LP
3.3.3 Pelaporan tidak perlu dicetak kecuali di atas permintaan waris/pihak tertentu
3.3.4 Semua pentaksir perlu menyerahkan salinan hardcopy serta emailkan rekod Offline
yang mengandungi pelaporan murid 2016 kepada SU PBS dua minggu sebelum cuti
akhir tahun untuk disimpan.
Tindakan : Semua guru

3.4 Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid menggantikan DSP :


5.5.1 PPPM akan digunakan dalam p&p untuk pentaksiran (formatif).
5.5.2 Pemetaan PPPM perlu dirangka oleh semua pentaksir.
5.5.3 En Mazlan mencadangkan supaya pemetaan dibuat dalam panitia semasa mesyuarat
panitia.
5.5.4 Pemetaan yang telah siap perlu diserahkan pada GPK dan SU PBS.

Tindakan : Semua KP/guru

3.5 Penilaian dan pentaksiran :


3.5.1 Ujian bulanan - semua belajar Tahun 1 hingga 6 tidak terlibat dengan Ujian Bulanan
bagi tahun 2016..
3.5.2 PKSR 1 dan PKSR 2 - semua matapelajaran terlibat kecuai Muzik dan Pendidikan
Jasmani.
3.5.3 Gred PKSR 2 akan diisi dalam Modul Perekodan.
3.5.4 Markah PKSR perlu diisi dalam sistem SAPS.
3.5.5 Pentaksiran formatif dijalankan sepanjang tahun dalam kelas dan direkodkan dalam
Modul Perekodan yang disediakan berdasarkan PPPM (tahun 1-3) dan DSKP (thn 4-
6)

Tindakan : Semua guru

Agenda 4 : Laporan Jawatankuasa

4.1 Pembudayaan PBS


4.1.1 Pihak sekolah akan melakukan pembudayaan PBS kepada waris melalui edaran
brosur dan risalah PBS sewaktu program yang melibatkan waris.
4.1.2 Fokus utama penambahbaikan PBS.
4.2 Latihan/Penataran
4.2.1 Penataran berkaitan penambahbaikan PBS telah diberikan oleh Pn Anis Suhaily dan
puan Guru besar kepada semua guru pada thun 2015.
4.3 Pementoran :
4.3.1 Pn Anis Suhaily memohon kerjasama semua ketua panitia supaya dapat menjalankan
aktiviti/program pementoran dalam panitia secara formal atau tidak formal.
4.3.2 Semua program pementoran yang dilaksanakan perlu direkod (rujuk buku panduan
penjaminan kualiti yang telah diedarkan).

Tindakan : Semua KP

4.4 Pemantauan :
4.4.1 Pemantauan p&p senarai nama guru dan minggu pencerapan telah
diedarkan oleh pihak pentadbir.
4.4.2 Instrumen Penjamin Kualiti 2014 akan digunapakai untuk memantau
pelaksanaan PBS di sekolah oleh pihak pentadbir.

Tindakan : AJK Pemantau Dalaman

Agenda 5 : Pelaporan Prestasi Murid

5.1 Semua guru perlu merekod prestasi murid secara manual dalam Modul Perekodan dan perlu
ditampal dalam buku dokumen perancangan mengajar atau disimpan dalam fail pentaksir.
5.2 Semua pelaporan tapak excel akan disimpan oleh guru dan bersedia untuk dicetak apabila
diminta oleh pihak tertentu. Guru perlu menyerahkan pelaporan offline yang telah siap
bertanda 2 mnggu sebelum akhir pesekolahan kepada SU PBS untuk disimpan oleh pihak
sekolah.

Tindakan : Semua guru

Agenda 6 : Hal-hal lain

6.1 Borang murid pindah akan disediakan bagi memudahkan guru memasukkan data/prestasi
murid.
6.2 Pamplet berkaitan PBS yang diedarkan haruslah dibaca dan disimpan dalam Fail Pentaksir.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 petang

Disediakan oleh: Disemak oleh:

-------------------------------- -------------------------------------
(ANIS SUHAILY BT MD NOORDIN) (EN MAZLAN BIN MANSOR)
S/Usaha PBS Penolong Kanan Pentadbiran

Disahkan oleh:

----------------------------------
( PN IZAFTAH BT IDRIS)
Guru Besar
SK ST MARK BUTTERWORTH
SEKOLAH KEBANGSAAN ST MARK (M) BUTTERWORTH
12000 BUTTERWORTH
PULAU PINANG
KOD SEKOLAH : PBB 2032
Tel / Fax : 043311881
Tuan / Puan,

NOTIS MESYUARAT JAWATANKUASA PBS BIL. 1 2016

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketentuan berikut;

Tarikh : 23 DISEMBER 2015


Hari : Rabu
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat
Pengerusi : En Mazlan Bin Mansor

3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut;

3.1. Ucapan Pengerusi


3.2. Ucapan Ketua Pentaksir Sekolah
3.3. Isu-isu Pelaksanaan dan Kes-kes Khas
3.4. Laporan Jawatankuasa
3.4.1 Program Pembudayaan PBS
3.4.2 Latihan/Penataran
3.4.3 Pementoran
3.4.4 Pemantauan
3.5. Pelaporan Prestasi Murid
3.6. Hal-hal lain

Kehadiran dan kerjasama tuan/puan diucapkan terima kasih.


Sekian.
Saya yang menurut perintah,

PN. ANIS SUHAILY MD nOORDIN


Setiausaha PBS

You might also like