You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH RENDAH (PASR) BAGI

TAHUN 2017

Bil. : 1/2017

Tarikh : 7 Julai 2017

Masa : 9.00-10.00 pagi

Tempat : Kelas 4 Berlian

Pengerusi : Cik Suhada binti Puteh

Kehadiran :

1. Pn. Aduwiyah binti Yaakob GPK 1


2. Cik Suhada binti Puteh Penyelaras PPKI
3. Cik Syazwani binti Aziz Guru PPKI
4. Pn. Rosnamiza binti Shaari Guru PPKI
5. En. Mohd Nasarudin Guru PPKI
6. Ibu bapa/ Penjaga murid yang menduduki PASR

- Mohamad Ruslan bin Jayos

- Darus bin Puteh

- Nor Asikin binti Mohd Sarif

- Rozana binti Ahmad

PERKARA

1. Ucapan dari Pengerusi Mesyuarat

Mesyuarat dimulakan dengan kata-kata aluan. Pengerusi mesyuarat iaitu Cik Suhada
binti Puteh mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli kerana menghadiri
mesyuarat untuk penilaian PASR. Maklumat mengenai mesyuarat telah diterangkan
secara ringkas.
Makluman
2. Ucapan dari GPK 1

Pn. Aduwiyah mengucapkan ribuan terima kasih atas usaha yang telah ditunjukkan
oleh guru-guru PPKI dalam melaksanakan PASR dan meminta kerjasama ibu bapa
untuk memantau anak-anak mereka.
Makluman

3. Penerangan tentang Pro Khas 1

Cik Suhada binti Puteh telah menerangkan mengenai soalan Pro Khas 1 kepada
guru-guru dan ibu bapa. Murid dikehendaki menyediakan minuman petang. Ibu bapa
juga diminta untuk memberikan kerjasama untuk memastikan murid sentiasa hadir
ke sekolah agar dapat melaksanakan PASR dengan lancar.
Makluman

4. Mengedarkan borang persetujuan

Borang persetujuan diedarkan kepada ibu bapa bagi mendapatkan kebenaran untuk
anak-anak mereka menduduki PASR.
Tindakan

5. Cadangan penambahbaikan

Antara cadangan penambahbaikan ialah susun atur meja yang sesuai dengan
bilangan ahli mesyuarat. Ibu bapa juga perlu datang dengan lebih awal supaya tidak
ketinggalan sebahagian maklumat dalam mesyuarat.
Tindakan

6. Hal-hal lain

Antara hal-hal lain yang dibincangkan ialah mengenai sikap calon PASR di rumah dan
di sekolah. Selain itu, pencapaian murid di sekolah turut dibincangkan bersama ibu
bapa.
Makluman
Disediakan oleh, Disemak oleh,
.. ..
(CIK SYAZWANI BINTI AZIZ) (CIK SUHADA BINTI PUTEH)
Setiausaha Program Pendidikan Khas Penyelaras Program Pendidikan Khas
Integrasi, Integrasi,
SK (F) Jenderak Utara, SK (F) Jenderak Utara,
28050 Temerloh, Pahang. 28050 Temerloh, Pahang.
Tarikh: Tarikh:

Disahkan oleh,
..
(EN. MOHD SANIY TAI BIN ABDULLAH)
Guru Besar,
SK (F) Jenderak Utara,
28050 Temerloh, Pahang.
Tarikh:

You might also like