You are on page 1of 8

Dalam eksperimen di atas, konsep peneguhan amat jelas sekali.

Skinner
juga menjelaskan bahawa sesuatu peneguhan boleh bersifat negatif atau
positif. Contoh peneguhan positif adalah pujian, ganjaran, hadiah dan
sebagainya. Pujian adalah penting kerana ia akan mendorong seseorang
pelajar itu mengeluarkan hasil yang baik pada masa hadapan. Manakala
peneguhan negatif pula tidak boleh disamakan dengan hukuman atau denda.
Menurut beliau, dalam teori pelaziman operan, gerak balas boleh diulangi
atau dihapuskan jika diberikan peneguhan sejurus selepas gerak balas
ditunjukkan.

PRINSIP-PRINSIP ASAS PELAZIMAN OPERAN


Menurut Skinner, pelaziman operan terdiri daripada empat konsep utama :
1. Peneguhan (reinforcement) yang terbahagi kepada peneguhan positif dan
peneguhan
negatif.
2. Denda (punishment)
3. Prinsip Premack
4. Pelupusan

PENEGUHAN POSITIF contoh


Pengukuhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan
itu ditunjukkan, yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau
diperkuatkan lagi. Menurut Rahil Mahyuddin (2002), peneguhan positif
meningkatkan berlakunya sesuatu bentuk tingkah laku dengan adanya
rangsangan tertentu. Perlu diingat bahawa sesuatu peneguhan boleh
merupakan benda, sosial (seperti pujian) atau token (seperti markah
ujian).

PENEGUHAN NEGATIF (NEGATIVE REINFORCEMENT) contoh


Peneguhan negatif adalah meningkatkan tingkah laku melalui penarikan
keluar sesuatu rangsangan terutama yang tidak menyenangkan. Apa jua
rangsangan yang menyakiti atau yang mewujudkan keadaan tidak selesa
boleh menambahkan kebarangkalian sesuatu tingkahlaku itu akan berlaku.

DENDA (PUNISHMENT)
Dendaan adalah satu proses atau tatacara untuk melemahkan atau
mengurangkan
berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. Tegasnya, dendaan adalah
kesan negatif
yang membawa kepada pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah laku
tersebut.
Ia juga bertujuan untuk menghentikan sesuatu tingkah laku yang tidak
diingini. Skinner berpendapat bahawa denda hanya boleh membawa kesan
dalam tempoh yang singkat sahaja. Selepas itu, tingkah laku yang tidak
diingini akan berulang lagi. Apa jua rangsangan yang menyebabkan
kebarangkalian sesuatu gerak balas atau tingkah laku yang terhasil
berkurangan atau langsung dihapuskan. Contohnya seperti di bawah :

Untuk menjadikan dendaan lebih efektif, beberapa peringkatan perlu


diambil kira antaranya ialah :
1. Dendaan dilakukan segera, sebaik sahaja perlakuan tidak diingini
dipamerkan.
2. Orang yang menerima dendaan mesti tahu mengapa dia dihukum.
3. Dendaan hendaklah diberi atas dasar untuk mengubah kelakuan dan bukan
sebagai balasan perlakuannya.
4. Dendaan dikenakan hendaklah tekal. Kalau si A dikenakan 3 rotan untuk
kesalahan yang dilakukan, maka si B juga mesti dikenakan 3 rotan untuk
kesalahan yang sama.

Ada pendapat yang mengatakan bahawa dendaan boleh menghasilkan gangguan


emosi yang berpanjangan dan ia juga boleh membawa kepada persoalan etika.
Dendaan yang keterlaluan boleh dianggap sebagai suatu deraan dan dendaan
yang dikenakan secara berterusan boleh membentuk tingkah laku yang
negatif, seperti pengasingan diri, rasa rendah diri dan menggangu
perkembangan emosi dalam jangka masa yang panjang.

PRINSIP PREMACK
Konsep utama prinsip Premack ialah mengaitkan aktiviti yang kurang
diminati dengan aktiviti yang lebih diminati untuk mengukuhkan tingkah
laku terhadap aktiviti yang kurang diminati. Prinsip Premack juga
dikenali sebagai Grandmas Rule yang berasaskan kenyataan kamu boleh
keluar bermain selepas kamu habis memakan sayur-sayuran ini. Sebagai
guru, kita boleh menyelang-selikan aktiviti yang menarik dengan
aktiviti yang kurang menarik dalam bilik darjah untuk meningkatkan kadar
pembelajaran murid. Contohnya, selepas mengakhiri mata pelajaran
matematik, satu aktiviti bermain computer akan diadakan.

PELUPUSAN
Pelupusan bermaksud perlakuan yang tidak diberi peneguhan akan lupus
dengan sendirinya. Keadaan ini dapat di atasi jika :
1. Peneguhan untuk sesuatu perlakuan itu dapat dikenal pasti.
2. Peneguhan itu tidak lagi digunakan.
3. Guru sanggup bersabar dalam menghadapi proses pelupusan, kerana
hasilnya tidak datang dengan serta merta.

APLIKASI TEORI SKINNER DALAM BILIK DARJAH


Teori pembelajaran Skinner boleh diaplikasikan dalam proses
pengajaranpembelajaran
dalam bilik darjah berasaskan kepada prinsip-prinsip berikut :
1. Pemberian peneguhan positif apabila pelajar melakukan sesuatu tingkah
laku yang diingini hendaklah secara bersistematik.
2. Ganjaran yang diberi haruslah bersesuaian dengan umur pelajar.
Wujudkan ganjaran mengikut kadar kepayahan tingkah laku yang diingini.
3. Guru perlu herhati-hati apabila memberi peneguhan negatif kepada
pelajar kerana dia mungkin akan dianggap sebagai hukuman.
4. Gerak balas yang diperoleh hasil dari rangsangan haruslah dikukuhkan
untuk membentuk pelaziman.
5. Guru perlu memberikan keutamaan kepada latihan dan gerak balas yang
berulang-ulang.
6. Peneguhan berterusan untuk ilmu/kemahiran baru dipelajari.
7. Peneguhan positif lebih baik daripada peneguhan negatif kerana
keberkesanannya.
8. Pembetulan tingkah laku pelajar adalah lebih berkesan dilakukan
melalui penghapusan.
9. Diskriminasi bertujuan untuk pelajar menguasai ilmu pengetahuan.
10. Gaya pengajaran guru dilakukan dengan beberapa kaedah dan dikawal
oleh guru melalui pengulangan dan latihan-latihan.
11. Guru memberikan peneguhan berupa reward/ganjaran pada pelajar yang
memberikan gerak balas stimulus sesuai dengan tidak balas aktif pelajar.

PENEGUHAN

Peneguhan ialah perkara yang dilakukan untuk mengalakkan sesuatu perlakuan itu
diulangi. Menurut Rachlin (1991), pengukuhan diberikan, pertamanya untuk
memuaskan kehendak individu; keduanya, untuk mengurangkan tekanan dan
merangsang otak. Skinner membahagikanpengukuhan kepada dua jenis,
iaitu peneguhan positif dan peneguhannegatif.
Terdapat lima jenis proses dalam teori pelaziman operan Skinner, iaitu:
pengukuhan positif, pengukuhan negatif, dendaan, prinsip Premack dan pelupusan.

i. Pengukuhan Positif

Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu


ditunjukkan, yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi.
Dalam bilik darjah, peneguhan positif ini diberikan sebagai salah satu bentuk
motivasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contoh-contoh peneguhan
positif yang boleh diberikan dalam bilik darjah ialah seperti memberikan kata-kata
pujian selepas pelajar melakukan sesuatu kerja atau menjawab soalan,
memberikan senyuman, menepuk bahu pelajar, memberi hadiah dan sebagainya.
Jadual dibawah menunjukkan satu lagi contoh peneguhan positif.

Peneguhan Positif

Peneguhan positif yang diberikan oleh guru dapat mendorong pelajar


menghasilkan kerja yang bermutu tinggi. Peneguhan yang diberi juga mestilah jelas
dan bersistematik. Hanya tingkah laku yang spesifik sahaja yang perlu diberi
peneguhan. Guru juga mestilah ikhlas ketika memberi peneguhan.

Menurut Brophy (1981), ciri-ciri pujian (peneguhan positif) yang memberi kesan
ialah:

(a) memuji secara ikhlas,


(b) memuji dengan cepat,
(c) memuji tanpa pilih kasih,
(d) memuji usaha dan cuba jaya,
(e) memuji tingkah laku yang spesifik
(f) memuji jawapan atau respons yang spontan.

i. Peneguhan Negatif

Peneguhan negatif ialah rangsangan serta merta yang tidak selesa atau
menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan. Contohnya,
seorang bapa memarahi anaknya kerana tidak membuat kerja rumah yang
diberikan oleh guru. Oleh kerana jemu dengan leteran bapanya, maka si anak tadi
pun menyiapkan kerjasekolahnya. Tindakan anak (membuat kerja rumah) dapat
mengelak daripada rangsangan yang tidak diingini (leteran bapa).
Peneguhan Negatif

Peneguhan boleh dilaksanakan secara berterusan atau berkala. Jadual


menunjukkan jadual peneguhan yang boleh digunakan untuk membentuk tingkah
laku yang diingini. Jadual peneguhan ini meliputi peneguhan berterusan,
peneguhan berkala tetap, peneguhan berkala berubah,peneguhan berkala nisbah
tetap dan peneguhan berkala nisbah berubah.

DENDAAN

Dendaan adalah satu proses atau tatacara untuk melemahkan atau mengurangkan
berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. Tegasnya, dendaan adalah kesan
negatif yang membawa kepada pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah
laku tersebut.

Dendaan boleh dibahagikan kepada dua bentuk, iaitu dendaan persembahan dan
dendaan penyingkiran.
Dendaan

PRINSIP PREMACK

Konsep utama prinsip Premack ialah mengaitkan aktiviti yang kurang diminati
dengan aktiviti yang lebih diminati untuk mengukuhkan tingkah laku terhadap
aktiviti yang kurang diminati. Prinsip Premack juga dikenali sebagai Grandmas
Rule yang berasaskan kenyataan kamu boleh keluar bermain selepas kamu habis
memakan sayur-sayuran ini.

Sebagai guru, kita boleh menyelang selikan aktiviti yang menarik dengan
aktiviti yang kurang menarik dalam bilik darjah untuk meningkatkan kadar
pembelajaran murid. Contohnya, selepas mengakhiri mata pelajaran matematik,
satu aktiviti bermain komputerakan diadakan.

PELUPUSAN

Pelupusan bermaksud perlakuan yang tidak diberi peneguhan akan lupus


dengan sendirinya. Keadaan ini dapat di atasi jika:
Peneguhan untuk sesuatu perlakuan itu dapat dikenal pasti.
Peneguhan itu tidak lagi digunakan.
Guru sanggup bersabar dalam menghadapi proses pelupusan, kerana hasilnya
tidak datang dengan serta merta.

IMPLIKASI TEORI PELAZIMAN OPERAN SKINNER DALAM P&P

Kemahiran atau teknik yang baru dipelajari diberi peneguhan secara


berterusan dan diikuti dengan secara berkala supaya dapat dikukuh dan
dikekalkan
Peneguhan yang positif membawa keseronokan adalah lebih berkesan
daripada peneguhan negatif yang membawa kesakitan
Prinsip penghapusan sesuai untuk memodifikasikan tingkah laku pelajar
yang tidak diingini.
Membantu pelajar menguasai konsep diskriminasi melalu proses pelaziman
operan supaya mereka memperoleh ilmu dan kemahiran dengan tepat.
Menggunakan prinsip Jadual Peneguhan Skinner untuk merancang dan
melaksanakan peneguhan berterusan dan berkala yang berpatutan bagi
menjamin tingkah laku operan itu dapat dikukuh dan dikekalkan.
Kadangkala, peneguhan negatif sesuai untuk mendapatkan tingkah laku
yang diingini. Misalnya, menarik balik pemberian waktu rehat jika pelajar
tidak mematuhi peraturan atau displin bilik darjah.

Hasil kajian oleh Hui Ju Liu (2010) juga mendapati bahawa konsep kendiri akademik dan
motivasi mempunyai hubungan yang positif dan signifikan. Konsep kendiri akademik juga
dikatakan sebagai faktor pendorong yang kuat untuk motivasi.
Antaranya ialah kajian oleh Azizi dan Kamaliah (2006), yang mendapati terdapat hubungan
antara konsep kendiri bukan akademik dengan motivasi dalam kalangan pelajar yang telah
menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR). Selain itu, kajian oleh Riffat, Ghazala
dan Anjum (2011) juga mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara motivasi dan
konsep kendiri dengan pencapaian akademik pelajar.Walau bagaimanapun, kajian Noor
Hayati, Bani, Jamil dan AB Halim (2014), dan kajian oleh Mohamad A.M.A dan Mohd A.Y
(2009) pulamendapati faktor motivasi tidak mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.

http://ddms.usim.edu.my/bitstream/123456789/14843/1/6-
%20ulum%20islamiyyah%2018.pdf

Motivasi merujuk kepada keinginan yang keras atau semangat yang kuat pada diri
seseorang yang mendorongnya untuk berusaha atau melakukan sesuatu dengan tujuan
demi mencapai kejayaan. Motivasi ialah penggerak yang melibatkan proses membangkit,
mengekal dan mengawal minat (Kamaruddin Hussin, 1993). Motivasi amat diutamakan
dalam pembelajaran sebagai satu penentu hala tuju dan pencetus keberhasilan. Murid
yang bermotivasi tinggi biasanya mempunyai dorongan yang kuat untuk terus berminat
dalam suatu bidang apabila dirangsang oleh motif. Motif timbul daripada dorongan
semula jadi atau minat yang diperolehi daripada kuasa dinamis yang mempengaruhi
pemikiran, emosi dan tingkah laku (Nurul, 2012).

http://www.ukm.my/iman/wp-content/uploads/makalah/IMAN-2016-0402-08.pdf

You might also like