You are on page 1of 10

TAJUK 1: AKTIVITI FIZIKAL

1) AKTIVITI FIZIKAL

Islam menggalakkan umatnya mengamalkan aktiviti latihan jasmani yang


bersesuaian mengikut kemampuan diri masing masing. Ada kisah tentang
Saidina Umar RA yang menggalakkan bersukan dan latihan jasmani.
Katanya: Ajarlah anak kamu berenang, memanah dan menunggang
kuda. Seruan ini jelas membuktikan Islam meletakkan kepentingan
beriadah dalam melatih umatnya dan menjadikan badan mereka sihat dan
cergas. Pepatah Melayu juga ada menyebut bahawa, Minda yang cerdas
bermula dari badan yang sihat.

BERSENAM
Maksud bersenam ialah menggerakkan tubuh badan dan otot-otot
untuk mengekalkan tahap kecergasan dan stamina individu tersebut
supaya terus sihat dan cerdas. Purata senaman yang efektif adalah
sekurang kurangnya 30 minit sehari dan 2-3 kali seminggu.

Contoh senaman mudah:

MENAIKI -Mempraktikan amalan mengunakan tangga dari menaiki lif


TANGGA -Dapat meningkatkan daya tahan kardiovaskular
JOGGING -Lakukan pada waktu pagi/petang
-Jogging sekurang kurangnya 1km satu larian
-Perlu memakai kasut yang bersesuaian
BERJALAN - - Amalkan berjalan kaki dengan 15 000 langkah sehari

Hal ini dapat dibuktikan melalui perwatakan Rasulullah seperti berjalan kaki ke
masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki,
peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.

1
TAJUK 2: SOLAT

Solat ialah perkara yang dituntut dalam rukun islam yang ke-2 dan solat
wajib dilaksanakan oleh seluruh umat Islam. Solat bukan sahaja
diketegorikan sebagai ibadah wajib tetapi ia merupakan salah satu bentuk
senaman kepada tubuh badan. Solat dapat mengurangkan lemak dalam
badan.

Hal ini demikian kerana, tabiat rukuk yang sempurna dapat


melambatkan proses penuaan dan melancarkan fungsi buah
pinggang. Tabiat membengkokkan jari kaki ketika sujud, duduk di antara
dua sujud dan tahiyat akhir meningkatkan kadar pembakaran lemak
dalam badan dan merendahkan risiko penyakit jantung.

Secara amnya ibadat solat dapat menghasilkan keadaan yang


tenang pada otak manusia dan dapat meningkatkan penumpuan pada
daya ingatan. Solat yang khusyuk adalah solat yang sempurna yang
melibatkan tumpuan penuh fizikal dan hati kepada Allah SWT.

Manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana


otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan. Hasil kajian mendapati
solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan
bongkok menyamai senaman ringan.

Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam


beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti
senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal
tubuh. Malah, solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara
berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.

2
TAJUK 3: PUASA

Maksud puasa ialah menahan diri daripada lapar dan dahaga. Terdapat
banyak faedah dan kebaikan berpuasa. Para penyelidik ilmu perubatan
telah membuktikan bahawa puasa dapat membuang toksik / racun dari
badan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sistem imunisasi
tubuh dalam melawan penyakit.

Selain itu, puasa dapat manambahkan kesegaran dan kesihatan


pada tubuh, kerana perut yang sentiasa bekerja memproses makanan
juga perlu berhenti bekerja buat sementara waktu. Dan ketika berpuasa
itu lah perut kita berehat dan mendapat kesegaran semula untuk bekerja
kemudiannya.

Para penyelidik ilmu perubatan telah membuktikan bahawa puasa


dapat membuang toksik / racun-racun dari badan dan secara tidak
langsung dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam melawan
penyakit. Menurut Dr. Mac Fadon, seorang doktor dari Amerika, Puasa
adalah seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang
membabitkan perut. Banyak kejayaan beliau mengubati pesakit-
pesakitnya dengan menganjurkan mereka agar berpuasa sebagai
alternatif kepada ubat-ubatan moden. Dan puasa bukan sahaja dapat
menjaga kesihatan dan melawan penyakit bahkan dapat juga
menajamkan minda kita.

Dalam ilmu biologi, ketika perut dan usus melakukan proses


pencernaan, otak tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini kerana tenaga
dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman
makanan. Sebab itulah apabila kita makan sampai terlalu kenyang, otak
kita akan menjadi lemah untuk berfikir dan tubuh pun akan rasa
mengantuk dan malas. Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah
tertumpu kepada otak. Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar.

3
TAJUK 4: KEPENTINGAN MAKAN
SECARA SIHAT

4
TAJUK 5: KUMPULAN MAKANAN
DAN FUNGSINYA

5
TAJUK 6: KUMPULAN MAKANAN
DAN FUNGSINYA

6
TAJUK 7: KESAN PENGAMBILAN
GULA BERLEBIHAN

7
TAJUK 8: KESAN
PENGAMBILAN GARAM
BERLEBIHAN

8
TAJUK 9: PENYEDIAAN
HIDANGAN SIHAT

9
TAJUK 10: PANDUAN MEMILIH
MAKANAN BERSIH & SELAMAT

10

You might also like