You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT KURIKULUM

SK SRI TANJUNG PAPAT 1


BIL 1/2017

Tarikh : 7 Januari 2017


Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama SK Sri Tanjung Papat 1

Kehadiran :

1. Hamziah binti Hidayat - Guru Besar 27. Nik Nor Hamidah binti Mohd Noor
2. Amidar bin Basirul - PK Kurikulum 28. Noor Sheidah binti Ismail
3. Hadaria binti Abd Latip - PK HEM 29. Nor Izzati binti Mamat
4. Siah binti Harun - PK Kokum 30. Norsolehah binti Sabirim
5. Salamah binti Hassan - PK Petang 31. Norzila binti Dawang
6. Alfredo Jerry Lee 32. Nur Hamizah binti Azmi
7. Ani binti Mansor 33. Nur Shuhaili binti Mohd Shukri
8. Azizam bin Abdul Aziz 34. Nurhafizah Fatin Mohamad Hamsan
9. Aznie Aniezah binti Ahmad Jais 35. Nurul Atikah binti Mohamed Azmi
10. Bahtil bin Sanibui 36. Priscilla Peter Toyong
11. Bilinica Laapan 37. Rafidah binti Abdul Kadir
12. Chen Tet Tshung@Mohd Azhar Abdullah 38. Rahayu binti Ibrahim
13. Chong Yun Yen 39. Rosnanah binti Segara
14. Farah Hana binti Zamri 40. Salmilah binti Palipe
15. Halizah binti Tusin 41. Salmiwati binti A R Mahmud
16. Hamidah binti Osman 42. Sandra binti Abdullah
17. Haniza binti Kamet 43. Saniah binti Hj. Said
18. Hartini binti Mohamed Nuddin 44. Sanmugam A/L Subramaniam
19. Hassan bin Mahaseng 45. Selinah Aiyong
20. Jamaldi bin Damrah 46. Siti Nurul Syafiqah binti Daungkil
21. Mardiwati binti Hamadon 47. Sitti Zahrah binti Sinove
22. Mastika binti Matahir 48. Suhana binti Sumino
23. Mashitoh binti Rahim 49. Susanti binti Sudirman
24. Mohd Dzulkifli bin Rahuni 50. Syamsinar binti Md Nawi
25. Mohd Nur bin Asmad Latip 51. Thareekul Jannah binti Ali
26. Mohd Zulkifli bin Hj. Martuki 52. Wong Fui Yee

Tidak Hadir :

1. Nor Shuhada binti Baharuddin - cuti bersalin

1
Agenda :

1. Bacaan doa
2. Perutusan pengerusi
3. Pengesahan minit mesyuarat yang lalu
4. Perkara berbangkit
5. Pentaksiran Berasaskan Sekolah
6. Ujian SEGAK
7. Peperiksaan Dalaman
8. Penggunaan Buku Kerja Tambahan 2017
9. Mesyuarat Panitia 2017
10. Program Pembangunan Prestasi Sekolah (SPEED-UP)
11. Pembudayaan KBAT
12. ProTim
13. NILAM
14. Pemulihan, Pemulihan Khas LINUS, LINUS, Prasekolah
15. Hal-hal lain
16. Penutup

1.0 Bacaan Doa


Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang disempurnakan oleh Azizam Abdul Aziz.

2.0 Perutusan Pengerusi


2.1 Guru Besar memaklumkan keputusan UPSR negeri Sabah menduduki
tangga terbawah mengikut negeri walaupun peratus lulus meningkat.
2.2 Sandakan berada di kedudukan 17 daripada 24 buah daerah di Sabah pada
tahun 2016 berbanding di kedudukan ke-20 pada tahun 2015.
2.3 Guru Besar memaklumkan pencapaian UPSR 2016 tidak boleh dibandingkan
dengan keputusan UPSR 2015 kerana format berbeza dan keputusan
keseluruhan ialah 6A.
2.4 Makluman kepada semua guru PAI, Keputusan JQAF bagi tahun 2016 tidak
mencapai KPI yang ditetapkan. KPI bagi tahun 2017 untuk semua sekolah
ialah 91%. Penyelaras JQAF diminta membuat intervensi semasa mesyuarat
panitia PAI. (Tindakan: Guru PAI)

2.5 Program Transisi akan berjalan seperti yang telah dijadualkan di dalam
kertas kerja. Penyelaras Transisi diminta memastikan semua aktiviti yang
dirancang berjalan dengan lancar. Laporan hendaklah dihantar pada minggu
pertama dalam bulan Februari. (Tindakan: Penyelaras Program Transisi)

2.6 Pembelajaran Abad ke-21 akan diperluaskan lagi. Satu pameran akan
diadakan di SMK Sandakan. PPD akan menganjurkan pertandingan Kelas

2
Abad ke-21 dan pihak sekolah akan berusaha untuk mewujudkan Kelas
Abad ke-21.
2.7 Beberapa kelas yang terlibat LINUS tidak mencapai sasaran. Guru LINUS
diminta membuat intervensi supaya murid boleh menguasai konstruk-
konstruk tersebut. (Tindakan: Guru LINUS)

2.8 Semua guru dikehendaki menghantar laporan pentaksiran untuk


memudahkan urusan sekiranya ada pemantau datang ke sekolah.
2.9 Perkongsian CEFR telah dijalankan dan dibentangkan oleh Mastika. Tiga
orang guru yang tidak dapat menghadirkan diri diharapkan dapat gambaran
dan maklumat berkaitan CEFR. Laporan CEFR telah dihantar.
2.10 Program HIP adalah satu program baru di mana pelaksanaannya seperti
Program English Day. Guru Besar akan dipanggil untuk bermesyuarat dan
sekolah kita terlibat dalam program ini.
2.11 Program UPSR akan bermula daripada Tahun 5. Penyelaras setiap tahun
akan diwujudkan untuk mengendalikan program-program yang akan
dijalankan.

3.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu


3.1 Pengesahan minit mesyuarat dicadangkan oleh Mohd Zulkifli dan disokong
oleh Nurhafizah Fatin.

4.0 Perkara Berbangkit


4.1 Merujuk kepada perkara 5.1, Penolong Kanan 1 akan mengemaskini subjek
semua guru dalam eOperasi. Sekali lagi para guru diingatkan tidak lupa kata
laluan masing-masing supaya tidak timbul masalah. Sekiranya guru-guru
terlupa kata laluan untuk ePangkat, masalah terpaksa dirujuk ke JPN untuk
reset semula kata laluan.
4.2 Merujuk kepada perkara 9.19, mentor Salmilah ditukarkan dan akan
dimaklumkan semula oleh Penolong Kanan Petang kerana Norzila telah
bertukar ke sidang pagi. Nur Hamizah akan dibantu oleh ketua panitia
sementara Nor Shuhada cuti bersalin. Semua guru baru dikehendaki
memastikan folio lengkap kerana markah folio akan mempengaruhi proses
perlantikan jawatan. Mentor mestilah masuk ke kelas untuk menyelia.
4.3 Penolong Kanan 1 memaklumkan Aznie Aniezah dilantik sebagai Setiausaha
Kurikulum dan dibantu oleh Farah Hana selaku penolong Setiausaha
Kurikulum. Mohd Azhar dilantik sebagai pembantu penyelaras jadual waktu.
4.4 Penyelaras Program mengikut tahun adalah seperti berikut:
(a) Tahun 6 : Sanmugam
(b) Tahun 5 : Norzila Dawang
(c) Tahun 4 : Mohd Azhar

3
5.0 Pentaksiran
5.1 Semua guru terlibat dalam melaksanakan pentaksiran.
5.2 Pentaksiran dijalankan secara berterusan dan pelaporan dihantar dua kali
setahun kepada ketua panitia masing-masing.
5.3 Satu salinan hendaklah diserahkan kepada PK1 untuk simpanan. Fail telah
disediakan mengikut tahun.

6.0 Ujian SEGAK


6.1 Tarikh bagi ujian SEGAK tahun 4,5 dan 6 untuk Pendidikan Jasmani telah
dimasukkan ke dalam takwim sekolah.
6.2 Penilaian akan dibuat dua kali setahun iaitu pada bulan Mac dan September.
6.3 Pelaporan akan dihantar kepada Penolong Kanan Kokurikulum.
(Tindakan: Guru PJ)

7.0 Peperiksaan Dalaman


7.1 Tarikh peperiksaan dalaman boleh dirujuk dalam takwim sekolah dan selaras
dengan tarikh di peringkat PPD.
7.2 Tarikh menghantar soalan untuk cetakan akan dimaklumkan kemudian
supaya proses percetakan berjalan lancar.
7.3 Semua keputusan peperiksaan hendaklah dimasukkan ke dalam SAPS.

8.0 Penggunaan Buku Kerja Tambahan 2017


8.1 Penggunaan buku kerja tambahan hanya melibatkan kelas Inisiatif dan
Inovatif sahaja.
8.2 Penggunaan buku kerja tambahan tidak melibatkan semua subjek.
8.3 Senarai buku kerja untuk subjek yang terlibat akan ditentukan oleh panitia
pada minggu hadapan.

9.0 Mesyuarat Panitia 2017


9.1 Semua panitia hendaklah mengadakan mesyuarat panitia kali pertama
mengikut ketetapan dalam takwim sekolah.
9.2 Ketua panitia hendaklah memaklumkan dan berbincang dengan Guru Besar
sebelum mengadakan mesyuarat.
9.3 Antara agenda yang perlu dibincangkan dalam mesyuarat panitia kali
pertama ialah:
(a) Rancang program/aktiviti berdasarkan pencapaian dan tahap murid.
(b) Penggunaan Bahan Bantu Belajar.
(c) Pencerapan guru-guru subjek oleh ketua panitia.
(d) Penggunaan peruntukan kewangan panitia.
(e) Kemaskini maklumat pada papan notis panitia.
(f) Jadual semakan buku/hasil kerja murid oleh ketua panitia.

4
10.0 Program Pembangunan Prestasi Sekolah (SPEED-UP)
10.1 Program ini dijalankan untuk mencari punca masalah kemerosotan subjek
teras dalam UPSR.
10.2 SK Sri Tanjung Papat 1 tersenarai dalam program SPEED-UP.
10.3 Guru-guru pelaksana ialah guru empat subjek teras dan akan dipantau
oleh pihak daripada IAB.

11.0 Pembudayaan KBAT


11.1 Pengaplikasian KBAT bukan hanya melibatkan kurikulum sahaja
sebaliknya diaplikasikan juga dalam bidang kokurikulum dan HEM.

12.0 ProTim
12.1 ProTim merupakan program pemulihan untuk murid lemah dalam subjek
Bahasa Malaysia dan Matematik dan dijalankan untuk mengenal pasti murid
yang perlu dibantu.
12.2 Laporan akan dihantar setiap kali selepas ProTim dilaksanakan.

13.0 NILAM
13.1 Jadual penggunaan Pusat Sumber akan disediakan untuk guru-guru
Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
13.2 Buku untuk NILAM akan disediakan di bilik guru supaya boleh dibawa ke
kelas.
13.3 Buku NILAM akan disimpan oleh guru mata pelajaran dan bagi tahun 1,
buku NILAM disimpan oleh guru kelas. Guru-guru hendaklah memastikan
semua murid mempunyai buku NILAM.
13.4 Program NILAM akan bermula selepas Cuti Tahun Baru Cina.

14.0 Pemulihan, Pemulihan Khas LINUS, LINUS/LBI, Prasekolah


14.1 Pelaporan Pemulihan Khas disampaikan oleh Suhana.
14.1.1 Kelas pemulihan berjalan seperti biasa merujuk kepada jadual dan
telah dimaklumkan kepada guru mata pelajaran.
14.1.2 Bilangan murid Pemulihan Khas adalah seperti berikut:
Tahun 2 Pos : BM 3 orang LINUS tegar ; MT 2 orang
Tahun 3 Pos : BM 7 orang ; MT 7 orang
Tahun 4 Pos : BM 7 orang ; MT 4 orang
14.2 Pelaporan Pemulihan Khas LINUS disampaikan oleh Selinah.
14.2.1 Rujuk kepada lampiran yang disediakan.
14.3 Pelaporan LINUS/LBI disampaikan oleh Halizah.
14.3.1 Keputusan BM tahun 1 dan 2 tidak mencapai KPI.
14.3.2 Keputusan BI tahun 1 dan 3 tidak mencapai KPI.
14.3.3 Keputusan MT tahun 1,2 dan 3 menguasai.

5
14.4 Pelaporan Prasekolah disampaikan oleh Nik Nor Hamidah dan Noor
Sheidah.
14.4.1 Murid boleh mengenal nombor dan huruf.
14.4.2 Jumlah murid Prasekolah Cakna bagi tahun 2017 ialah seramai 25
orang.
15.0 Hal-hal lain
15.1 PK 1 mengingatkan semua guru supaya sentiasa memeriksa buku latihan
murid. Buku kerja boleh digunakan semasa PdP di dalam kelas tetapi mesti
sentiasa diperiksa.
15.2 Guru Besar meminta semua guru menghantar buku rekod mengajar
setiap minggu. Para pentadbir diingatkan supaya menandatangani setiap
kandungan dan maklumat yang terdapat di dalam buku rekod mengajar guru.
15.3 Pelaporan pentaksiran sentiasa dikemaskini dan disimpan di dalam buku
rekod mengajar guru.
15.4 Azizam mencadangkan supaya murid-murid pemulihan tegar dirujuk
kepada jabatan kesihatan untuk pemeriksaan. Selain masalah pembelajaran,
murid tersebut mungkin mengalami masalah kesihatan. Ibu bapa juga harus
dimaklumkan tentang situasi anak mereka.
15.5 Chong Yun Yen meminta kepastian tarikh untuk mengadakan mesyuarat
panitia.
15.6 Guru Besar mengingatkan semua panitia mengemaskini fail panitia
masing-masing.

16.0 Penutup
16.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.00 pagi.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

__________________________ _________________________
(FARAH HANA BINTI ZAMRI) (AMIDAR BIN BASIRUL)
Penolong Setiausaha Kurikulum, PK Kurikulum,
SK Sri Tanjung Papat 1 SK Sri Tanjung Papat 1

Dicadang oleh, Disokong oleh,

__________________________ _________________________
( ) ( )
Tarikh : Tarikh :

Disahkan oleh,

_________________________
6

You might also like