You are on page 1of 5

5.

Objektif:

Kejohanan Balapan dan Padang ini berfokus untuk mendedahkan murid-murid


Sekolah Kebangsaan Seri Alam 2 dengan acara-acara sukan olahraga serta
memberikan pengalaman kepada mereka menyertainya sendiri. Selain itu, kejohanan
ini juga untuk mencungkil bakat murid-murid dalam acara sukan olahraga bagi
mengetengahkan mereka ke tahap yang lebih tinggi. Melalui Kejohanan Balapan dan
Padang ini, diharapkan murid dapat:

i. Menyemarakkan semangat persaingan yang sihat dalam kalangan murid.

ii. Melahirkan insan yang sentiasa berdaya saing dan berlumba-lumba.

iii. Memupuk semangat bekerjasama dan berganding bahu di dalam satu

pasukan.

iv. Memupuk semangat setia kawan dalam kalangan murid dan guru.

v. Menggilap bakat istimewa murid di dalam bidang sukan untuk diserlahkan

kepada peringkat yang lebih tinggi.

vi. Memberikan pengalaman yang menyeluruh kepada murid Sekolah

Kebangsaan Seri Alam 2 dalam menyertai acara-acara yang dipertandingkan

dalam sesuatu kejohanan olahraga.

vii. Mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan murid dalam acara-acara

olahraga.

viii. Melahirkan insan yang cergas dan cerdas dari segi mental dan fizikal.

6. Sasaran:

Murid-murid SK Seri Alam 2


Pada jam 9.00 pagi pula, acara 80 meter akhir bermula bagi kategori Lelaki
Khas, Perempuan Khas, Lelaki Pra, Perempuan Pra, Lelaki 7 dan Perempuan 7.
Diikuti dengan acara 4X100 meter bagi Lelaki 9, Perempuan 9. Kemudian, acara
4X100 meter bagi kategori Lelaki 11 dan Perempuan 11. Seterusnya acara
diteruskan dengan 4X200 meter bagi Lelaki 12 dan Perempuan 12.

Acara pegawai iaitu yang terdiri daripada guru-guru SK Seri Alam 2 juga
diadakan bagi memeriahkan suasana. Acara larian terbuka pula disertai oleh dari
kalangan orang awam dan juga ibu bapa murid. Acara kemuncak ini mendapat
tumpuan para penonton dan sorakan daripada murid-murid bagi menyokong
rumah pasukan masing-masing.

Kejohanan Balapan dan Padang kali ke 15 ini meriah dengan kehadiran para
tetamu, ibu bapa, penduduk sekitar sekolah dan murid-murid SK Seri Alam 2.
Hadiah dan pingat disampaikan kepada para pemenang yang berjaya dalam
acara yang dipertandingkan.

Tahniah kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan Seri Alam 2 kerana


mempunyai semangat kesukanan yang tinggi dan semangat ini juga diperlukan
untuk pembelajaran di dalam bilik darjah juga. Kejohanan sukan di sekolah
menjadi wadah kepada murid-murid untuk mencungkil bakat dan potensi mereka
dalam bidang sukan.

8. Penilaian Program

8.1 Kekuatan Program:

i. Melalui program ini, pihak sekolah berpeluang untuk mencungkil bakat murid-

murid SK Seri Alam 2 dalam bidang sukan.

ii. Kerjasama daripada guru-guru, pihak pentadbir, dan juga murid-murid dalam

menjayakan Kejohanan Balapan dan Padang kali ke 15 tahun 2016.


9. Dokumentasi Bergambar:
Keputusan Acara:

Keputusan Rasmi

Kejohanan Balapan dan Padang Kali Ke-16

SK Seri Alam 2, Masai, Johor

KEDUDUKAN RUMAH MATA PINGAT

1 MERAH 369 9 E, 9 P, 13 G

2 BIRU 361 10 E, 11 P, 9 G

3 HIJAU 269 6 E, 4 P, 6 G

4 KUNING 234 9 E, 12 P, 6 G

*E- Emas
**P- Perak
***G - Gangsa

KATEGORI RUMAH

12 BIRU

11 BIRU

9 MERAH

7 KUNING
PERTANDINGAN PERBARISAN

UNIT BERUNIFORM

UNIT BERUNIFORM KEDUDUKAN


PENGAKAP 1
PBSM 2
PUTERI ISLAM 3
TKRS 4

RUMAH SUKAN

RUMAH SUKAN KEDUDUKAN


BIRU 1
HIJAU 2
KUNING 3
MERAH 4

PERTANDINGAN HIASAN KHEMAH RUMAH SUKAN

RUMAH SUKAN KEDUDUKAN


MERAH 1
BIRU 2
HIJAU 3
KUNING 4

You might also like