You are on page 1of 8

TEKS UCAPAN

KETUA SEKTOR
SEKTOR PENDIDIKAN SWASTA DAN
PENDIDIKAN KHAS

MAJLIS PENUTUP KEM SMART 3M LINUS2.0


PEMULIHAN KHAS NEGERI TERENGGANU

27 SEPTEMBER 2017 (RABU)

BARI BEACH RESORT, SETIU


11.00 PAGI

0
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera dan Salam Negaraku.

Salutasi:
Semua pegawai Sektor Pendidikan
Swasta dan Pendidikan Khas
16 Jurulatih Utama Pemulihan Khas
sebagai urusetia.
Guru-guru pengiring dan murid- murid yg
dikasihi.

1
PENDAHULUAN

1. Tahniah kepada Sektor Pendidikan


Swasta dan Pendidikan Khas kerana
berjaya menguruskan satu program
yang pertama kali dilaksanakan di
seluruh negara iaitu Program SMART
3M yang menggantikan program Kem
Serlah Minda.
2. Tahniah kepada PPD Setiu kerana
sanggup menggalas tugas sebagai
tuan rumah bagi menjayakan program
ini. Saya yakin PPD setiu telah
memberi komitmen yang paling tinggi
dan kita berjaya melaksanakan dengan
jayanya.

2
PROGRAM KEM SMART 3M (KS3M)
SEBAGAI GALAKAN / DORONGAN
KEPADA GURU DAN MURID
3. Objektif program ini adalah bertujuan
membantu murid pemulihan khas
terutamanya tahun 3 dalam
mempelajari dan menguasai kemahiran
3M.
4. Konsep yang diterapkan di dalam
program ini adalah berbentuk didik
hibur . Didik hibur adalah satu kaedah
PdPc yang menyeronokkan bertujuan
memberi galakan dan memupuk minat
murid pemulihan untuk belajar dan
meminati pembelajaran.
5. Program KS3M juga bertujuan untuk
memberi pendedahan dan
percambahan idea dan kreativiti guru
pemulihan dalam menghasilkan Bahan

3
Bantu Belajar (BBB) yang akan
digunakan dalam PdPc mereka.
6. Selaras dengan kehendak Tuan
Pengarah Pendidikan Terengganu,
saya berharap agar guru-guru
pemulihan akan bersikap idealistik dan
kreatif dalam menghasilkan bahan
bantu belajar yang berinovasi.
7. Tuan Pengarah mengharapkan akan
ada dikalangan guru pemulihan khas
negeri Terengganu akan membentang
Bahan Amalan Terbaik Guru di
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan
Pemulihan Khas Kebangsaan pada
tahun hadapan.

MTP DAN HARAPAN

4
8. Selaras dengan 5 Fokus Utama MTP
iaitu fokus 1 ialah Memperkasakan
PdP di sekolah, setiap guru perlu sedar
betapa pentingnya tanggungjawab
mereka dalam melaksanakan PdP yang
menyeronokkan dan berkesan.
9. Impak PdP yang cemerlang akan
menghasilkan murid yang mampu
menguasai 3M seawal tahun 1 dan 2.
Sasaran kita adalah mengurangkan
bilangan murid pemulihan di tahap 2.
10. Jika dirujuk kepada data
pemulihan berakhir Jun 2017, masih
terdapat murid pemulihan di tahun 6
yang tidak menguasai literasi dan
numerasi. Data ini perlu diberi perhatian
oleh semua pegawai dan guru-guru
pemulihan khas.
11. Saya berharap agar tindakan
segera diambil bagi memastikan
5
program pemulihan di tahap 1 betul-
betul mantap supaya kita dapat
kurangkan bilangan murid pemulihan di
tahap 2.

BILANGAN MURID
BIL DAERAH
PEMULIHAN TAHUN 6

1 BESUT 35 38
2 SETIU 7 4
KUALA 10
3 18
TERENGGANU
4 MARANG 6 2
HULU 9
5 7
TERENGGANU
6 DUNGUN 12 11
7 KEMAMAN 28 10
8 KUALA NERUS 8 7
JUMLAH 121 91

12. Kita akan adakan lebih banyak


program terutamanya di peringkat PPD
mahupun JPN. Oleh sebab itu program
seperti ini diharap mampu memberi
6
impak yang positif dalam program
pemulihan negeri Terengganu.
13. Akhir kata, saya ingin
mengucapkan terima kasih dan syabas
kepada semua
14. Sekian, terima kasih.

You might also like