You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS

KALI KEDUA SESI 2017


SMK BAKUN
Tarikh : 8 Mac 2017
Hari : Rabu
Masa : 1.00 petang
Tempat : Bilik Disiplin SMK Bakun
Kehadiran :
1. En. Ku Ahmad Fatakhsya Bin Ku Talib (Ketua Panitia)
2. Pn. Nur Nadiah Binti Abdul Rahim
3. Pn. Hamidah Binti Jamaludin
4. Pn. Normila Binti Zainuddin
5. Cik Nurulhaida Binti Mohd Rosdi
6. Cik Norfazrina Binti Kamarudin
7. Cik Norhasyimah Binti Ismail
8. En. Mohd Afiq Bin Roshide
9. En. Zulfadli Bin Shahaini
10. En. Jan Tusau

Agenda :
1. Ucapan Alu-aluan daripada Ketua Panitia Sains
2. Pengesahan Minit Mesyuarat Kali Pertama
3. Dapatan Nazir
4. Perancangan Bulan Sains dan Matematik
5. Soalan Peperiksaan
6. Penutup

Bil Perkara Tindakan


1. Ucapan Alu-aluan Ketua Panitia Sains

1.1 En. Ku Ahmad selaku Ketua Panitia Sains mengalukan kehadiran


semua guru panitia Sains ke mesyuarat panitia sains kali kedua bagi
tahun 2017.

2. Pengesahan Minit Mesyuarat Kali Pertama

2.1 Minit Mesyuarat Kali Pertama telah disokong dan dicadangkan oleh:
Pencadang : Cik Norfazrina Binti Kamarudin
Penyokong : Puan Hamidah Binti Jamaludin

3. Dapatan Nazir

3.1 Menurut Ketua Panitia, berdasarkan lawatan nazir pada tahun lepas,
beliau menekankan beberapa aspek penting bagi penambahbaikan
Panitia Sains iaitu:
Penyemakan Kerja Murid
Penerapan Elemen KBAT
Bahan dan Radas
Perekodan Data dari Pentaksiran Prestasi Murid
Pencerapan
PCG

3.2 Penyemakan kerja murid dilaksankan setiap bulan, iaitu 10 sampel hasil
kerja murid setiap kelas yang diajar oleh guru panitia akan dihantar
secara rawak bagi tujuan penilaian Ketua Panitia atau Ketua Bidang Semua guru
Sains dan Matematik. Ketua Panitia menyatakan bahawa setelah panitia
menyemak hasil kerja murid bagi setiap tingkatan bagi bulan Februari,
beliau mendapati hasilnya tidak begitu memuaskan. Ketua Panitia mahu
kesemua guru panitia memastikan hasil kerja murid lengkap dan
menyuruh murid untuk menyiapkan kerja atau membuat pembetulan
tersebut secepat mungkin.

3.3 Di dalam dapatan nazir juga ada menyentuh berkaitan Penerapan


Elemen KBAT dalam pembelajaran dan pengajaran. Ketua Panitia
menyarankan kesemua guru panitia supaya menyelitkan elemen tersebut
dalam PdP. Elemen KBAT boleh diwujudkan dalam soalan. Ketua Semua guru
Panitia menyatakan bahawa nazir mencadangkan supaya kesemua guru panitia
panitia membuat perancangan dan memperbanyak soalan-soalan yang
berbentuk KBAT bagi merangsang murid untuk berfikir dengan lebih
mendalam.

3.4 Ketua Panitia juga menyatakan bahawa melalui dapatan nazir, beliau
menyarankan kesemua guru panitia sains supaya memaksimumkan
penggunaan bahan dan radas di makmal dalam PdP. Walaupun makmal
sains mempunyai bahan dan radas yang terhad dan tidak mencukupi
namun nazir menyarankan supaya guru panitia menggunakan bahan dan Semua guru
radas tersebut seadanya semasa menjalankan eksperimen. Ketua Panita panitia
juga mencadangkan supaya guru panitia sains menggunakan bahan dari
luar supaya PdP berjalan dengan lebih kreatif dan menarik.

3.5 Ketua Panitia juga menyentuh isu mengenai perekodan data daripada
Pentaksiran Prestasi Murid. Ketua Panitia menegaskan bahawa TOV
dan ETR harus ada bagi setiap ujian sumatif yang dijalankan. Ketua
Panita menyatakan bahawa, contoh templat rekod prestasi murid boleh
didapati daripada beliau.

3.6 Ketua Panitia memberitahu bahawa beliau akan mengadakan


pencerapan terhadap kesemua guru sains bagi menganalisis kekuatan Semua guru
dan kelemahan proses Pdp yang dijalankan oleh guru tersebut. Selain panitia
itu, Ketua Panitia menggalakkan kesemua guru panitia supaya
melaksanakan PLC antara rakan-rakan guru panitia supaya dapat
menambahkan ilmu pengetahuan dan boleh diterapkan dalam
pembelajaran dan pengajaran masing-masing.

3.7 Ketua Panitia menyatakan beliau belum menerima berita mengenai


kemasukan wang PCG. Ketua Panitia akan sentiasa mengikuti
perkembangan melalui unit pentadbiran sekolah mengenai hal ini
supaya segala aktiviti dan perancangan akan berjalan seperti yang
dirancang. Ketua Panitia menyatakan sekali lagi bahawa 60% daripada
PCG akan dibelanjakan bagi bahan dan radas. Beliau juga menyatakan
bahawa Sarawak Hidro akan memberi sumbangan kepada sekolah bagi
menyediakan bahan dan radas di makmal.

Semua guru
panitia
dimasukkan dalm RPH. Ketua Panitia mengatakan bahawa RPH yang baru
akan disediakan ruangan kemahiran berfikir dan meminta semua guru sains
menggunakan RPH yang selaras.
4 Penggunaan alat radas

4.1 Ketua panitia telah memberitahu bahawa guru panitia sains perlu kreatif
dalam menggunakan alatan radas dan abahan eksperimen. Tidak semestinya
mengharapkan alatan makmal semata-mata. Guru juga boleh menggunakan
bahan luar untuk membantu dalam proses PDP dan melakukan eksperimen.
Walaubagaimanapun, panitia akan memperuntukan duit PCG tahun
hadapan untuk menambahkan lagi bilangan alatan makmal.
Rekod prestasi murid
5
5.1 Ketua panitia memberitahu supaya ujian foramatif harus dilakukan
setiap kali habis bab. Tempoh ujian formatif adalah dalam linkungan 30
minit.

5.2 Ketua Panitia menyuruh setiap guru panitia supaya menyiapkan soalan
Ujian Sumatif lebih awal dari tarikh yang ditetapkan bagi mengelakkan Semua guru
sebarang kelewatan.

5.3 Kertas soalan ujian Sumatif juga haruslah mengikut Jadual Spesifikasi
Ujian.

5.4 Guru perlu memproses data yang diperolehi daripada pentaksiran


kepada maklumat prestasi murid secara terperinci untuk dijadikan asas
penjanaan strategi yang berkesan bagi meningkatkan pencapaian murid
dalam akademik. Analisi item mesti dibuat dan daripada hasil dapatan guru
perlu berbincang untuk wujudkan program / aktiviti yang dapat
meningkatkan prestasi akademik murid.
6 Pencerapan dan PLC guru panitia Ketua Panitia &
6.1 Daripada dapatan Nazir, Ketua panitia perlu membuat nalaisis guru panitia
kekuatan dan kelemahan setiap guru dan perlu dicerap secara
sistematik supaya prestasi guru meningkat. Oleh yang demikian,
KP sains akan membuat pencarapan secara PLC bagi menganalisis
kekuatan dan kelemahan setiap guru berdasarkan pencerapan tahun
semasa. Mulai tahun hadapan, PLC akan dijalankan secara berkala.
6.2 Puan Normila meminta supaya guru yag berpengalaman untuk
selalu berkongsi pandangan dan ilmu kepada guru baru supaya
dapat membantu guru dalam menigkatkan kemahiran pdp mereka.
7 PCG Ketua Panitia
7.1 Ketua panitia menyatakan bahawa duit PCG telah 100% digunakan pada
26 September 2016. Dimana sebahagian besar duit tersebut dibelanjakan
untuk pembelian bahan radas makmal sekolah yang kurang.
8 Hal hal lain Ketua Panitia
8.1 Encik Jan Tusau memohon supaya setiap guru diberikan kelas yang
sama tingkatan bagi mengajar subjek Sains pada tahun hadapan bagi
memudahkan persiapan dan meningkatkan kemahiran guru.
KP mengatakan bahawa dia akan berusaha untuk memudahkan kerja
guru sebaik yang mungkin.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.40 petang.


Disediakan oleh, Disahkan oleh,

. ..
(NUR NADIAH BINTI ABDUL RAHIM) (KU AHMAD FATAKHSYA BIN KU
Setiausaha Panitia Sains TALIB)
SMK Bakun Ketua Panitia Sains
SMK Bakun

You might also like