You are on page 1of 5

Tajuk : Kata Bilangan

Tahun :4

Jenis : Objektif

Konstruk : Pengetahuan

Arahan : Pilih kata bilangan yang sesuai untuk mengisi tempat kosong.

1. _________ orang warga asing yang tinggal di rumah itu telah ditahan kerana
memasuki

negara ini tanpa dokumen yang sah.

A Seorang C Seratus

B Beberapa D Sebilangan

Tajuk : Kata Bilangan

Tahun :4

Jenis : Objektif

Konstruk : Kefahaman

Arahan : Pilih kata bilangan yang sesuai untuk mengisi tempat kosong.

1. _________ pelancong yang datang ke negara ini mestilah mempunyai dokumen


perjalanan yang sah.

A Berbagai-bagai C Sebahagian

B Sekalian D Setiap
Tajuk : Kata Bilangan

Tahun :4

Jenis : Objektif

Konstruk : Aplikasi

Arahan : Pilih ayat yang betul.

I Program Motivasi Diri itu diadakan selama berhari-hari.

II Mereka diarahkan supaya duduk di tempat masing-masing dengan senyap.

III Sudah satu jam setengah saya menunggu kedatangan Mira dan Adila.

IV Kedua-dua orang abang Ling Ling masih belajar di luar negara..

A I dan II sahaja

B I, II dan IV sahaja

C I, III dan IV sahaja

D II, III dan IV sahaja

Tajuk : Kata Bilangan

Tahun :4
Jenis : Subjektif

Konstruk : Pengetahuan

Arahan : Tuliskan BETUL atau SALAH bagi pernyataan yang berikut.

1. Semua buku itu sudah saya baca. ( )


2. Saya akan bercuti selama tiga hari. ( )
3. Setia hari saya berbasikal ke sekolah. ( )
4. Kedua kakinya sakit. ( )
5. Seluruh daerah-daerah itu dilanda banjir. ( )
6. Kita harus menjaga kebersihan diri seluruh. ( )
7. Yusuf mendapat tempat kedua-dua dalam acara itu. ( )
8. Mereka tekun membuat kerja semua. ( )
9. Abang membelanjakan separuh daripada gajinya setiap bulan. ( )
10. Berbagai acara diadakan bersempena dengan Pesta Pulau Pinang. ( )

Tajuk : Kata Bilangan

Tahun :4

Jenis : Subjektif

Konstruk : Kefahaman

Arahan : Gariskan jawapan yang betul.


1. ( Semua ; Kesemua ) kemudahah awam telah disediakan oleh pihak kerajaan, namun
sesetengah orang tidak pandai untuk menghargainya.

2. Sikap ( sebahagian ; setengah ) daripada masyarakat kita yang tidak bertanggungjawab


telah menyebabkan berlakunya pencemaran alam di negara ini.

3. ( Setiap ; Sekalian ) pelancong yang datang ke negara ini mestilah mempunyai dokumen
perjalanan yang sah.

4. Kata Guru Besar, Murid-murid ( sekalian ; seluruh ), minggu hadapan akan diadakan
Penilaian Kemajuan Sekolah Rendah.

5. Setiap pagi jalan raya sesak kerana orang ramai menuju ke tempat kerja (sendiri ; masing-
masing ).

Tajuk : Kata Bilangan

Tahun :4

Jenis : Subjektif

Konstruk : Aplikasi

Arahan : Isi tempat kosong dengan kata bilangan yang paling sesuai.

beberapa berminggu-minggu ketiga lima

para ribuan setengah semua


1. Pada hujung tahun ini sekolah akan bercuti selama ___________ hari.
2. Dalam pertandingan itu, Adlin mendapat tempat ____________.
3. ___________ pelajar harus memakai lencana sekolah.
4. Akmal mengeluarkan ____________ daripada wang simpanannya untuk membayar
yuran peperiksaan.
5. _____________ penonton menyaksikan perlawanan bola sepak itu.
6. ____________ peserta ekspedisi itu berkumpul di sekolah.

You might also like