Professional Documents
Culture Documents
[1]
Yang Berbahagia,
Tn. Hj. Raja Kamarudin Bin Raja Ismail,
Guru Besar SK Sering
Kaunselor sekolah, rakan-rakan guru, staf-staf sokongan dan para pelajar yang
dikasihi sekalian.
[2]
Sambutan Hari Guru merupakan satu pengiktirafan buat kita yang bergelar cikgu.
Semoga dengan pengiktirafan ini dapat menyemarakkan lagi iltizam dan tekad serta
ikhtiar dalam usaha kita menjana dan mengangkat martabat profesion keguruan
sebagai profesion yang dipandang tinggi semurni tugas seorang guru.
[3]
Sebagai pembuka tirai majlis kita pada hari ini, dijemput para guru dan pelajar berdiri dan
bersama-sama menyanyikan 3 buah lagu, iaitu Lagu Negaraku, Lagu Selamat Sultan dan
Lagu Sekolah.
[4]
Bagi menambah keberkatan majlis pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-
sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin dan
dilafazkan oleh al-Fadhil Ustaz Shamsudin bin Deraman.
[5]
[6]
Para guru dan pelajar sekalian, seterusnya majlis menjemput wakil murid selaku ketua
murid SK Sering, mewakili para pelajar.
[7]
Hadirin sekalian.
bagi menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan perayaan hari guru peringkat
SK Sering. Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan.
[8]
Beralih kita ke acara seterusnya dengan menjemput semua guru ke pentas untuk bacaan
ikrar.
Yang akan diketuai oleh ............................ Mohon para guru naik ke pentas.
Dan selepas itu, kita akan diperdengarkan dengan kelunakan suara oleh para guru
dengan nyanyian lagu Kami Guru Malaysia.
Demikianlah tadi nyanyian beberapa buah lagu daripada guru-guru yang kita sayangi.
[9]
Sekarang kita telah sampai ke acara memotong kek oleh Tuan Guru Besar dan
Penolong-Penolong Kanan, mohon para guru bersama-sama bagi mengiringi Guru
Besar untuk acara pemotongan kek.
[10]
PERSEMBAHAN GURU
Majlis tidak akan meriah jikalau tidak diserikan dengan persembahan oleh guru. Dijemput
cikgu ................................. untuk menyampaikan sebuah lagu yang bertajuk
...............................................
[11]
PERSEMBAHAN MURID
Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada pagi ini, kita tampilkan satu persembahan
daripada .................................. khusus untuk guru-guru yang diraikan pada hari ini. Sama-
samalah kita saksikan persembahan ini.
Persembahan 2 :
Persembahan 3 :
Persembahan 4 :
Persembahan 5 :
[12]
PENYAMPAIAN HADIAH
Dipersilakan.
LAMPIRAN
Tetamu jemputan, Semua guru dan staf sokongan dijemput ke kantin untuk
menikmati juadah jamuan yang telah disediakan.