You are on page 1of 2

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) LADANG GRISEK

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN ICT BIL 2 /(TAHUN 2015)

Tarikh : 24-03-2015

Masa : 3:00pm-4:00pm

Tempat : Perpustakaan

Pengerusi : En. Lim Chang Chyuan

Kehadiran(Bilangan) : En. Tan Own Pei , En. Ng Kim Shiang , Pn. Lai Wee Lian , Pn. Ng Yih Ru ,
Cik Chua Bee Chein , En. Ng Cheng Soon , Pn. Goh Suh Mee ,
En. Tan Sing kah , Pn. Choong Gheat Lee, En. Lim Chang Chyuan,
En. Haris Bin Mohd Yunus (11 orang )

Turut Hadir (Jika ada) : -

1 PERUTUSAN PENGERUSI
Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran semua guru pada
mesyuarat kali ini.Beliau berharap AJK yang terpilih akan melaksanakan tugas
mereka dengan baik.Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak
yang akan menjayakan segala maklumat berkaitan ICT sepanjang tahun 2015.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Dicadang untuk disahkan oleh En. Tan Sing Kah.
Disokong untuk pengesahan oleh En. Haris Bin Mohd Yunus.

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
1. Pihak sekolah telah terima sebanyak 10 buah netbook sumbangan Kementerian
Pelajaran Malaysia pada 25-03-2015 dan tidak termasuk charging cart kerana pihak
sekolah hanya terima bilangan netbook yang sedikit.

2. Guru-guru telah menghadiri taklimat yang berkaitan FROG VLE, guru-guru


ditugaskan membimbing murid-murid untuk menggunakan aplikasi VLE yang
berguna. VLE merupakan satu platform yang berguna di mana semua warga sekolah
boleh berkomunikasi, belajar benda baru dan berkongsi maklumat sesama sendiri.

3. Pengerusi berharap setiap guru memberi perhatian kepada FROG VLE ini kerana
Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil berat tentang kegunaannya. Setiap kali
tamat pembelajaran VLE di antara murid dan guru, guru-guru perlu mengisi maklum
balas secara on-line.

Tindakan: Guru-guru menjalankan tugas masing-masing dengan berkongsi ilmu


bersama murid menerusi VLE secara on-line.
Tindakan: Guru besar memantau perkembangan guru dalam penggunaan FROG
VLE dan memberi arahan yang sepatutnya.
4 PEMBENTANGAN KERTAS-KERTAS KERJA (JIKA ADA) / FOKUS MESYUARAT
4.1 -

5 HAL-HAL LAIN
5.1. -
Tindakan: -

PENUTUP
a. Pengerusi Mesyuarat mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang hadir dan tarikh
mesyuarat yang berikutnya adalah 26-05-2015.
b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4:00pm.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

.......................................... ................................
( En. Ng Cheng Soon ) ( En. Lim Chang Chyuan )
Setiausaha Pengerusi Mesyuarat
Tarikh : 24-03-2015 Tarikh : 24-03-2015

You might also like