You are on page 1of 2

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) LADANG GRISEK

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN ICT BIL 3 /(TAHUN 2015)

Tarikh : 03-08-2015

Masa : 3:00pm-4:00pm

Tempat : Perpustakaan

Pengerusi : En. Lim Chang Chyuan

Kehadiran(Bilangan) : 11 orang

Turut Hadir (Jika ada) : -

1 PERUTUSAN PENGERUSI
Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran semua guru pada
mesyuarat kali ini.Beliau berharap AJK yang terpilih akan melaksanakan tugas
mereka dengan baik.Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak
yang akan menjayakan segala maklumat berkaitan ICT sepanjang tahun 2015.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Dicadang untuk disahkan oleh En. Haris Bin Mohd Yunus.
Disokong untuk pengesahan oleh En. Tan Sing Kah.

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
1. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia sangat menitik berat penggunaan meluas di
kawasan sekolah, ini termasuklah guru-guru dan terutamanya murid-murid. KPM
telah berbelanja sejumlah dana yang besar kepada projek FROG VLE, maka KPM
berharapan projek ini boleh mencapai matlamat yang ditetapkan. Guru-guru dan
murid-murid disarankan supaya sentiasa menggunakan aplikasi VLE yang sedia ada
untuk mencapai penggunaan yang optimum.

2. Guru-guru yang telah menghadiri taklimat yang berkaitan FROG VLE, dengan
berbekalkan pengetahuan yang diberikan, guru-guru ditugaskan membimbing murid-
murid untuk menggunakan aplikasi VLE yang berguna ini. VLE merupakan satu
platform yang berguna di mana semua warga sekolah boleh berkomunikasi, belajar
benda baru dan berkongsi maklumat sesama sendiri.

3. Pengerusi berharap setiap guru memberi perhatian kepada FROG VLE ini kerana
Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil berat tentang kegunaannya. Setiap kali
tamat pembelajaran VLE di antara murid dan guru, guru-guru perlu mengisi maklum
balas secara on-line.

Tindakan: GM1M(Guru Muda 1 Malaysia)

4 PEMBENTANGAN KERTAS-KERTAS KERJA (JIKA ADA) / FOKUS MESYUARAT


4.1 -
5 HAL-HAL LAIN
5.1. -
Tindakan: -

PENUTUP
a. Pengerusi Mesyuarat mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang hadir dan tarikh
mesyuarat yang berikutnya adalah dijangkakan pada bulan November 2015.
b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4:00pm.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

........................................ .................................. ......................................


( En. Ng Cheng Soon ) ( En. Lim Chang Chyuan ) ( Cik Kok Poh Ing )
Setiausaha Pengerusi Mesyuarat Guru Besar
Tarikh : 04-08-2015 Tarikh : 04-08-2015 Tarikh : 04-08-2015

You might also like