You are on page 1of 4

SJK(T) LADANG SIN WAH,

34600, KAMUNTING

MESYUARAT
KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG 2017

MINIT MESYUARAT PERTAMA

Tarikh : 23 Ogos 2017 (Rabu)

Masa : 1.30 -3.30 Petang

Tempat : Makmal Komputer

Pengerusi : En. Andrew Jacob Dyriam AMP.PPT.PJK

Kehadiran(Bilangan) : 15 Orang

Nama Yang Hadir :

Bil Nama Guru Jawatan


1 En. J.Andrew Guru Besar
2 Pn.I.Santhanamary Penolong Kanan Kurikulum
3 Pn. P.Kalaivani Penolong Kanan HEM
4 Pn. S. Saraswathy Penolong Kanan Koku
5 Pn. M. Aberami Guru Akademik
6 Pn. M. Kamala Guru Akademik
7 Pn. A. Gunavathi Guru Akademik
8 Cik.N.Letchumi Guru Akademik
9 Pn. R. Shobanaa Guru Akademik
10 Pn. Halimatun Saadiah Guru Akademik
11 Pn. G. Senppavalli Guru Akademik
12 Pn. R. Poonkodi Guru Akademik
13 En. P. Sivabalan Guru Akademik / SU Sukan
14 Pn.G.Kavitha Guru Akademik
15 Cik.U.Parameswary Guru Akademik

1
Agenda Mesyuarat
1. Ucapan Pengerusi
2. Ucapan Penolong Kanan Kokurikulum
3. Taklimat Sukan Penolong Kanan Kokurikulum
4. Taklimat Setiausaha Sukan
5. Hal-Hal lain
6. Ucapan Penangguhan

1 Ucapan Pengerusi
Guru besar mangalu-alukan kedatangan semua guru. Tindakan :
Beliau berharap semua guru akan memberi kerjasama untuk menjayakan Makluman
Majlis Kejohanan Balapan dan Padang ke-51 dengan lebih meriah.

2 Ucapan PK Kokurikulum
PK Kokurikulum Pn.S.Saraswathy telah mengalu-alukan kedatangan Tindakan :
semua guru. Makluman
Beliau juga telah memohon kerjasama para guru untuk menjayakan
mesyuarat ini.

3 Taklimat Sukan Penolong Kanan Kokurikulum Tindakan :


Tarikh untuk Kejohanan Balapan dan Padang ditentukan pada 3.10.2017 Semua Guru
Hari Selasa.
PK Kokurikulum telah mengedarkan kertas kerja Kejohanan Balapan dan
Padang kepada semua guru dan menerangkan tentangnya.
Guru-guru telah memilih rumah sukan masing-masing melalui cabutan.
Pembentangan Penyata Kewangan Kejohanan Balapan dan Padang. Duit
Bantuan Sukan Tahunan RM1282.50 akan digunakan untuk membeli
Medal dan baki perbelanjaan akan diambil daripada PIBG.
Surat sumbangan akan diedarkan kepada AJK PIBG, LPS dan ibubapa
murid.
Mesyuarat Kejohanan Balapan dan Padang Bersama PIBG akan diadakan
minggu hadapan.

2
4 Taklimat Setiausaha Sukan Tindakan :
Setiausaha sukan menyatakan bahawa Kejohanan Balapan dan Padang Semua Guru
sebelum ini dicadangkan untuk diadakan pada bulan April tetapi tidak
dapat dilaksanakan seperti yang dicadangkan.
Beliau memberitahu bahawa penyertaan Sukan Tara diwajibkan bagi murid
tahap 1 iaitu Tahun 3 sahaja dan semua tahun pada tahap 2 kecuali yang
bersebab dan masalah kesihatan.
Latihan sukan akan diadakan selama dua minggu selepas Peperiksaan
UPSR.
Merentas Desa akan diadakan pada hari Sukan Negara.
Cadangan latihan sukan dilaksanakan pada sesi pagi telah disokong sebulat
suara. Latihan akan dilaksanakan pada minggu pertama dan kedua selepas
peperiksaan UPSR mulai pukul 7.30 pagi hingga 9.30 pagi.
Pengagihan jawatankuasa sukan telah dibuat dan guru-guru
membincangkan tugasan masing-masing.
Acara saringan akan dijalankan bagi acara Larian 100m, 200m, Lompat
tinggi, Lompat jauh dan lontar peluru.
Acara Lontar Peluru, Lompat Tinggi, Lompat Jauh dan Acara Larian 200m
Tahun 2 hingga 6 akan dijalankan terus ke peringkat akhir.
Senarai peserta harus diisi dan diberikan sebelum acara akhir kepada
setiausaha sukan.
Setiap peserta tidak boleh melebihi 2 acara individu dan 1 acara
kumpulan.
Setiausaha Sukan memaklumkan bahawa beliau telah pun menghubungi
Persatuan Bulan Sabit Merah SMK Bukit Jana untuk membantu semasa
acara berlangsung.

3
5 Hal-Hal Lain
Pn.Senppa menyatakan bahawa beliau diberi tugasan sebagai Guru Rumah Tindakan :
Sukan dan AJK Hadiah. Oleh itu, beliau tidak dapat menjalankan tugasan Semua Guru
sebagai Guru Rumah Sukan pada Hari Kejohanan Balapan dan Padang.
PK Kokurikulum memberikan penerangan bahawa Guru daripada ketiga-
tiga rumah dipilih untuk AJK Hadiah dan mereka hanya membantu dalam
segala urusan sebelum Hari Sukan. Pn.Kalaivani sebagai Ketua
Jawatankuasa Hadiah akan melaksanakan tugasan tersebut pada Hari
Kejohanan Balapan dan Padang dengan bantuan bekas murid.
Pn. Gunavathi menyatakan bahawa beliau akan memilih murid dan
membeli peralatan persembahan.
Semua guru bersetuju supaya tidak mengadakan pertandingan hiasan
rumah dan perbarisan.
Setiap rumah akan diberi RM 40 untuk perhiasan khemah dan perbarisan.

6 Ucapan Penangguhan Tindakan:


Setiausa telah mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang Makluman
memberi kerjasama sepanjang mesyuarat diadakan. Mesyuarat telah
ditangguhkan pada jam 3.30 petang

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

.............................. ......................
(En.P.Sivabalan) (Pn. S. Saraswathy)
Setiausaha Sukan 2017 ( Penolong Kanan Kokurikulum)
SJK(T) Ldg. Sin Wah, Kamunting SJK(T) Ldg. Sin Wah, Kamunting

You might also like