You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT HAL EHWAL MURID (HEM) BIL 2/2017

Tarikh : 11.07.2017
Hari : Selasa
Masa : 1.00petang
Tempat : Makmal Komputer, SK. Tetagas Nabawan.

Kehadiran:

Bil. Nama
1. En. Bungkias Angkapok
2. En. Alix Kunjin
3. En. Mohd Toha @Talakos Ansokol
4. En. Hafizan Suin
5. Pn. Edna Vianney Jenis
6. En. Ismardey Ismail
7. En. Muhd Muhaimin Md Junos
8. En. Yandar Riam
9. Ust.Noor Sham Ramli
10. Ust. Mohd Khairi Osman
11. En. Anthony Rimeh
12. En. Mohd Riduan Ahmad
13. En. Suhaili Sahimin
14. Pn. Camelia Sharina Stanis
15. Cik Dayang Norfadzilah Ag Damit
16. Ustzh. Hanani Hassan
17. Pn. Lenny Anasius
18. Pn. Nadiah Abd Kadir
19. Pn. Noorita Mohamed
20. Pn. Joana Sabin
21. Pn. Marimay Cabalce
22. Cik Addelia V
23. Cik Esther
24. Pn. Fauziah Zainal
25. En. Muhd Subri Mohamad
26. Pn. Asmah Togor
27. Cik Nurul Mazni Mazlan
28. Cik Ribecca Ribut

Tidak Hadir:

1. Cik Ernnywantie Joseph ( Seminar Jom Tangani 3M)


2. Pn. Joanna R. Lumbor (CRK)
3. En. Alyosius Mansang (CTR)
4. En. Zain Yangin
5. Pn. Masdiya Anih
6. Pn. Normah Anduhut
7. Pn. Rohana Amat
1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Guru besar memulakan ucapan dan mengalu-alukan kedatangan guru-guru


baharu iaitu CIkgu Asmah Togor, Cikgu Ribecaa Ribut, Cikgu Nurul Mazni
Mazlan dan Cikgu Muhd Subri Mohamad.

1.2 Guru baharu diminta untuk memperkenalkan diri dan memberi ucapan singkat.

2.0 Hal-hal Berbangkit

2.1 Guru besar bertanya mengenai Laporan Prestasi Kontrak Swasta yang perlu
dihantar pada setiap bulan.
Tindakan: Cikgu Yandar Riam

2.2 Guru besar juga mengingatkan kepada Guru PK1 agar mengemas kini dan
mengisi Lapor Diri keluar masuk guru secara atas talian.
Tindakan: Cikgu Alix Kunjin

2.3 Guru besar telah melantik Cikgu Joana R. Lumbur sebagai Penyelaras Program
YAPIEM dan mengingatkan agar Laporan Pencapaian Tahunan YAPIEM bagi
bulan Mac dan Jun perlu dihantar.
Tindakan: Puan Joana R. Lumbur

2.4 Pelantikan Mentor bagi guru baharu Cikgu Rebicca. Guru besar telah melantik
CIkgu Nadia sebagai mentor guru baharu selama 1 tahun.
Tindakan: Cikgu Nadia Abd Kadir

2.5 Karnival PAK 21 diumumkan akan diadakan pada 24 Julai 2017 dan SK Tetagas
telah dipilih sebagai tuan rumah bagi karnival tersebut. Kelas-kelas yang
terpilih adalah kelas 1B, 3A, 4A dan 5A. Walau bagaimanapun, kelas-kelas
yang lain juga diminta bersedia dan guru-guru diharapkan dapat memberi
sokongan dan kerjasama dalam karnival ini.
Tindakan: Semua guru

2.6 Guru besar mengingatkan guru asset agar membentuk AJK Myspata dan
menyediakan laporan asset tak alih kerajaan. Cikgu Ismardey memberi respon
bahawa kata laluan (password) bagi sistem tersebut belum diperoleh daripada
PPD (Encik John).
Tindakan: Cikgu Ismardey Ismail

2.7 Guru besar menyatakan bahawa Audit Kewangan di sekolah akan berlangsung
pada 26 Julai 2017 dan menyatakan duit SUWA akan digunakan untuk
menampung kos makan dan penginapan pihak audit.

2.8 Guru besar mengingkatkan kepada semua guru agar menyediakan bukti jika
tidak hadir ke sekolah seperti surat cuti sakit atau surat-surat yang berkaitan.
Tindakan & perhatian: Semua guru dan AKS
2.9 Kelas berfokus (Kelas Tambahan) murid Tahun 6 perlu dikemas kini dan
memasukkan nama-nama guru baharu dalam jadual kelas tambahan tersebut.
Tindakan: Cikgu Joana R. Lumbur

2.10 Guru besar melantik Cikgu Subri sebagai guru yang bertanggungjawab
mengendalikan Tabung Kecemerlangan Murid dan berharap agar sumbangan
dana dari warga sekolah dan pihak PIBG dapat dipertingkat lagi.
Tindakan: Cikgu Subri

2.11 Guru besar mengumumkan bahawa Program Paguguyuan dibawah anjuran IPG
Keningau dan kerjasama dari Pihak SK Tetagas akan diadakan pada
26.07.2017-27.07.2017 di SK. Tetagas. Semua guru dan warga sekolah diminta
untuk bersedia dan memberikan sokongan dalam program tersebut. Murid-murid
Tahun 6 juga akan tinggal di asrama sekolah sepanjang program tersebut
berlangsung.
Tindakan: Semua guru dan murid Tahun 6

2.12 Penyerahan KWAPM, RM100 dan bantuan zakat akan diadakan pada
27.06.2017. Majlis dirancang untuk diadakan serentak dengan Program
Paguguyuan yang bertempat di Dewan Terbuka Sekolah, SK Tetagas.

2.13 Guru kelas diingatkan agar mengenal pasti dan memandang berat mengenai
ketidak hadiran murid ke sekolah dan perlu memberi surat amaran mengikut
bilangan tidak hadir ke sekolah.
Tindakan: Semua guru kelas

2.14 Guru besar mengingatkan semua guru agar wajib menghadirkan diri ke
perhimpunan rasmi pada setiap hari Isnin.

3.0 Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)

3.1 PK HEM mengingatkan kepada semua guru kelas untuk mengisi maklumat murid
dalam APDM bagi menggelakkan maklumat tidak lengkap dan ditegur di
peringkat PPD. Maklumat seperti nama ibu bapa, no kad pengenalan, maklumt
gaji dan lain-lain perlu diisi dan tidak dibiarkan kosong.
Tindakan: Semua guru kelas

3.2 PK HEM juga mengingatkan semua guru kelas agar sentiasa mengemas kini
kehadiran murid di Buku Rekod Kedatangan Murid dan memaklumkan
ketidak hadiran murid kepada PK HEM. Buku Rekod Kedatangan Murid juga
perlu dihantar kepada PK HEM pada setiap hari Jumaat setiap minggu.
Tindakan: Semua guru kelas
4.0 BAKP &KWAPM

4.1 BAKP tambahan akan diagihkan kepada 66 orang murid yang layak iaitu
sebanyak RM100 setiap seorang. Pemberian BAKP ini akan diagihkan pada 27
Julai 2017.

4.2 Bantuan KWAPM pula akan diagihkan kepada 199 orang murid yang layak iaitu
sebanyak RM100 setiap seorang dan senarai nama murid yang layak akan
diberikan kepada guru kelas.
Tindakan:Semua guru kelas

5.0 Pendaftaran Pra-Sekolah sesi 2018

5.1 Laporan e-prasekolah pendaftaran sesi 2018: Cikgu Suhaili memaklumkan


pendaftaran murid pra-sekolah adalah seramai 39 orang iaitu 29 orang murid
berusia 6 tahun dan 10 orang murid berusia 5 tahun.

5.2 Mesyuarat dan perbincangan bagi pemilihan murid pra-sekolah bagi sesi 2018
akan diadakan esok (12.07.2017) pada jam 7.20am-8.20am bertempat di pejabat
am sekolah. Perbincangan tersebut akan dihadiri oleh guru besar sekolah, PK 1,
PK HEM dan PK Kokum.

6.0 Rancangan Makanan Tambahan (RMT)

6.1 Cikgu Riduan memaklumkan bilangan murid RMT adalah seramai 253 orang.
Seramai 33 orang murid adalah Muslim dan pembayaran RMT kepada pihak
kantin pada bulan Jun ditolak bagi 33 orang murid tersebut sempena dengan
bulan puasa.

6.2 Guru besar menegur mengenai bilangan kerusi dan meja yang tidak mencukupi
dan perlu dimaklumkan kepada pihak kantin agar membuat penambbaikan
dengan segera.

7.0 Asrama

7.1 Berikut merupakan bilangan murid asrama yang telah dilaporkan:

Lelaki : 32 orang
Perempuan : 29 orang
Jumlah : 61 orang

Agama: Islam - 9 orang


Kristian - 50 orang
Buddha - 2 orang
Jumlah - 61 orang

7.2 Kapasiti asrama adalah sebanyak 80 orang murid iaitu kuota maksimum bagi asrama
SK Tetagas.
7.3 Guru besar mengingatkan kepada warden asrama agar mencari jalan dalam menarik
minat murid yang lain untuk tinggal di dalam asrama terutamanya bagi murid Tahun 6
bagi menambah kekosongan kuota asrama yang sepatutnya.

7.4 Bersempena dengan Program Paguguyuan pada 26-27 Julai 2017, guru besar
mewajibkan semua murid tahun 6 untuk tinggal di asrama sepanjang program tersebut
berlangsung.

8.0 Unit Disiplin

8.1 Masalah ketidakhadiran murid ke sekolah akan dipantau oleh PK HEM dan ketua unit
disiplin. Murid yang tidak hadir berturut-turut mengikut jumlah hari akan diberikan surat
amaran.
8.2 Laporan tidak hadir berturut : 1 orang murid tahun 6B telah dibuang sekolah.
Laporan tidak hadir tidak berturut : Surat amaran 1 70 orang
Surat amaran 2 23 orang
Surat amaran 3 1 orang

8.3 Guru besar menasihati guru-guru agar memastikan disiplin murid dalam keadaan baik
dan menegur murid yang melanggar disiplin.

9.0 Hal-hal Lain

9.1 PK Kokum diminta untuk menyediakan surat makluman kepada ibu bapa mengenai
harga bagi baju PJ dan baju unit beruniform (Pengakap, PBSM, TKRS).
Tindakan: PK Kokum

9.2 PK 1 diminta untuk merombak semula jadual guru bertugas dengan memasukkan nama-
nama guru-guru baharu.
Tindakan: PK 1

9.3 PK 1 memaklumkan Program Sumingkot UPSR telah ditunda ke bulan Ogos iaitu pada
9-10 Ogos 2017 bagi Zon 2 dan SK Tetagas telah dipilih sebagai tuan rumah. AJK bagi
program tersebut akan dibentuk dan guru-guru diminta bersedia.
Tindakan: Semua guru dan murid Tahun 6

9.4 Murid tahun 6 yang bermasalah iaitu Shirley Tan (6A) telah dicadangkan oleh PK 1
untuk pindah ke kelas 6B bagi mengelakkan masalah disiplin dan menggangu rakan
yang lain.

10.0 Penutup

Mesyuarat ditangguhkan tepat jam 3.10 petang.

Laporan disediakan oleh, Disemak dan disahkan oleh,

____________________ _____________
(EDNA VIANNEY JENIS) (HAFIZAN SUIN)
Setiausaha HEM, Penolong Kanan HEM,
Sk. Tetagas Sk. Tetagas
Nabawan. Nabawan.

You might also like