You are on page 1of 1

SJK (C) CHUNG SHAN

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KANTIN SEKOLAH DAN


RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN BIL.2/2017
Tarikh : 22 APRIL 2017 (SABTU)
Masa : 12.20 TENGAH HARI
Tempat : Bilik Siber, SJK(C) Chung Shan
Pengerusi : Cik Leaw Chui Fen

Kehadiran:
Bil Nama Jawatan Tandatangan
1 Puan Voon Bee Leong PK Pentadbir
2 Cik Leaw Chui Fen PK Hal Ehwal Murid
3 Encik Lee Chian Jau PK Kokurikulum
4 Puan Tan Siew Kim Guru Disiplin
5 Puan Tan Chooi Hong Guru Kebajikan Murid
6 Cik Ong Sue Theng Setiausaha

1.0 Perutusan Pengerusi


1.1 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua guru.
1.2 Pengerusi mengharapkan semua ahli jawatankuasa sudi berkongsi pendapat untuk membuat
penambahbaikan.

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat


Minit Mesyuarat RMT Bil.1/2017 telah disahkan oleh Puan Tan Siew Kim dan disokong oleh Encik Lee
Chian Jau.

3.0 Perkara Berbangkit


3.1 Pelaksanaan RMT di Sekolah Rendah Tahun 2017
3.1.1 Mulai tahun 2017 tempoh maksimum untuk RMT adalah 190 hari sahaja.
3.1.2 Kadar untuk seorang murid adalah RM2.50 seorang murid.
3.1.3 Pendapatan penjaga dibawah RM140 per kapita barulah berkelayakan.
3.1.4 Penyediaan menu makanan hendaklah mematuhi senarai menu yang telah diluluskan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia.
3.1.5 Murid yang bertukar sekolah perlu menyalurkan peruntukan RMT murid tersebut ke sekolah baru.
3.1.6 Semua baki peruntukkan tahun semasa hendaklah dibawa ke tahun hadapan untuk kegunaan
pelaksanaan RMT.

3.2 Rancangan Makanan Tambahan


3.2.1 Penerima Bantuan RMT di sekolah kami berjumlah 15 orang murid.

4.0 Hal-hal lain


Tiada
5.0 Ucapan Penangguhan
Saudari pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir. Mesyuarat ditangguhkan
pada jam 1.20 petang.

Disediakan oleh,

( ONG SUE THENG )


Setiausaha,
JAWATANKUASA KANTIN SEKOLAH DAN
RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN ,
SJK(C) Chung Shan.

You might also like