You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN TITI TO BANDAR

JALAN KAMPUNG TITI TO BANDAR


01000 KANGAR Tel : 04-9768582
PERLIS Fax : 04-9777892
e-mail : RBA0036@moe.edu.my
Portal : http://sktititokbandar.edu.my

Minit Mesyuarat Unit Kantin Kali ke-3 sesi 2016


Tempat : Bilik Mesyuarat
Masa : 1.30 petang
Tarikh : 15.09.2016 (selasa)
Kehadiran :
1. Samshia Azhar Shahidan (Guru Besar)
2. Ahmad Hassan (Pen. Kanan HEM)
3. Jamilah Mat Jahak
4. Saridah Harun
5. Che Noriana Bakar

1.0 UCAPAN PENGERUSI


1.1 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan ahli mesyuarat unit kantin bagi kali ketiga.

Makluman

2.0 UCAPAN GURU BESAR


2.1 Guru besar merakamkan ucapan terima kasih atas komitmen guru-guru kerana dapat hadir
dalam mesyuarat pada kali ini.
2.2 Guru besar berharap guru-guru dapat melaksanakan tugas mengikut etika dan sebagai
pegawai perkhidmatan pendidikan.

Tindakan Semua Guru

3.0 PEMBENTANGAN MINIT MESYUARAT KALI KEDUA


3.1 Minit ini telah dicadangkan untuk pengesahan oleh Puan Jamilah Mat Jahak dan disokong oleh
Puan Saridah Harun.

Makluman

4.0 PERKARA BERBANGKIT


4.1 PK HEM memaklumkan hal-hal berkaitan pengurusan kantin 2016
4.2 Pengusaha masih belum menyediakan menu dan senarai harga makanan seperti yang dikehendaki
4.3 Makanan yang sedia terhidang hendaklah ditutup atau ada orang yang mengawasi untuk mengelakkan
daripada dihinggapi lalat dan burung
4.4 PK HEM memaklumkan bantuan dan sumbangan oleh kementerian/NGO bagi tahun 2016
4.4.1 BKAP seramai 120 orang menerima RM100 seorang
4.4.2 EKASIH seramai 17 orang (EKASIH) menerima RM450 seorang
4.4.3 KWAMP seramai 33 orang menerima RM200 seorang
4.4.4 YAYASAN KOUK seramai 62 orang menerima beg dan baucar rm90 seorang
4.4.5 BAITULMAL seramai 39 orang menerima RM200 seorang
4.4.6 ECOWORLD seramai 10 orang menerima pakaian seragam sekolah dan wang
Perbelanjaan
4.4.7 YAYASAN TUNKU SYED PUTRA seramai 4 orang elaun bulanan RM600 setahun
4.4.8 YAYASAN TAQWA seramai 15 orang menerima pakaian seragam sekolah

Tindakan Guru
5.0 SEBUT HARGA KANTIN
5.1 Jawantankuasa kantin memaklumkan tiada pembida baru untuk sebut harga kantin 2016-2018.
Dengan itu, Pengusaha yang sedia ada iaitu Pn. Zamilah Che Kassim (640428-09-5064 beralamat
Kampung Titi To Bandar, 01000 Kangar, Perlis) akan meneruskan kontrak bermula 01 Disember 2016
hingga 31 November 2018
Makluman
6.0 HAL-HAL LAIN
6.1 Pengusaha perlu memperbaharui Lesen Perniagaan dan Premis Perniagaan setiap tahun.
6.2 Pengusaha perlu menceriakan kantin bersama dengan AJK Kantin
6.3 Pengusaha diminta menggunakan sarung tangan atau penyepit semasa menghidangkan makanan
Tindakan Guru Unit Kantin

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang

Disediakan oleh : Disemak oleh :


(Saridah Harun) (Ahmad Hassan)
Setiausaha Unit Kantin Penolong Kanan HEM
Sek. Keb. Titi To Bandar Sek. Keb. Titi To Bandar

You might also like