You are on page 1of 13

Jenis-jenis raket pingpong

Raket

Boleh sebarang saiz, bentuk atau berat.


Raket mesti dilapik getah pada permukaan yang digunakan untuk memukul bola.
Permukaan raket yang tidak dilapik getah tidak boleh digunakan untuk memukul bola.
Permukaan raket yang tidak digunakan mestilah berwarna hitam atau merah,
bergantung kepada warna getah di permukaan sebelahnya.
Kedua-dua permukaan raket mestilah berlainan warna; merah pada satu permukaan dan
hitam pada permukaan keduanya.
Terdapat pelbagai jenama raket ini, antaranya Butterfly, Tibhar dan Dunlop.

Kemahiran dalam Permainan Pingpong

Kemahiran yang perlu dipelajari dan dikuasai dalam permainan pingpong ialah grip
atau cara memegang bet, melakukan servis, pukulan dan smesy.

A) Grip (Memegang Bet)

Terdapat 2 jenis grip yang selalu digunakan, iaitu: grip jabat tangan dan grip pegang
pen. Setiap jenis grip mempunyai kelebihan yang tersendiri dan terpulang kepada keselesaan
pemain untuk menggunakannya.

I. Teknik Grip Jabat Tangan

Kelima-lima jari menggenggam pemegang seperti berjabat tangan


Ibu jari dan telunjuk berada di bahagian permukaan bet yang berlainan
Jari tengah, jari manis dan jari kelengkeng menggenggam sepenuhnya pemegang bet
Jari telunjuk lurus dan ibu jari dibengkokkan sedikit
Pegang bet dalam keadaan yang selesa.
Teknik Grip Jabat Tangan

II. Teknik Grip Pegang Pen

Jari telunjuk dan ibu jari menggenggam pemegang seperti memegang pen
Jari-jari lain dibengkokkan di bahagian belakang bet
Pegang bet dalam keadaan selesa.

Teknik Grip Pegang Pen

B) Servis

Permainan pingpong dimulakan dengan melakukan servis. Servis boleh dilakukan


dengan pukulan hadapan atau pukulan kilas.

I. Teknik melakukan servis pukulan hadapan

Kedudukan bersedia.
Letakkan bola di atas tapak tangan dengan jari-jari diluruskan.
Kilaskan badan dan ayunkan tangan ke belakang.
Pindahkan berat badan ke kaki kanan (jika bola di tangan kiri)
Lambung bola.
Kilaskan badan serentak dengan ayunan tangan.
Pukul bola sebaik sahaja bola jatuh.
Pindahkan berat badan ke kaki kiri.

II. Teknik melakukan servis pukulan kilas

Kedudukan bersedia.
Letakkan bola di atas tapak tangan dengan jari-jari diluruskan.
Bawa bet menyilang badan.
Kilaskan badan.
Pindahkan berat badan ke kaki kiri.
Lambung bola.
Kilaskan badan serentak dengan ayunan tangan ke hadapan.
Pukul bola sebaik sahaja bola jatuh.
Pindahkan berat badan ke kaki hadapan.

C) Pukulan

Terdapat dua jenis pukulan asas dalam permainan pingpong, iaitu pukulan hadapan dan
pukulan kilas. Kekuatan pukulan bergantung pada kilasan badan, ayunan lengan dan
pergerakan pergelangan tangan.

I. Teknik melakukan pukulan hadapan

Kilaskan badan dan ayunkan tangan ke belakang.


Pindahkan berat badan ke kaki belakang.
Pandang bola dan bawa bet rapat ke badan.
Kilaskan badan bersama ayunan tangan ke hadapan.
Pada kedudukan bola yang sesuai, pukul bola yang melantun dari meja.
Pindahkan semula berat badan pada kaki hadapan.

II. Teknik melakukan pukulan kilas

Bawa bet menyilang ke sisi badan


Kilaskan badan dan pindahkan berat ke kaki belakang.
Mata memandang bola.
Balas kilas badan serentak dengan ayunan tangan ke hadapan.
Pada kedudukan bola yang sesuai, pukul bola yang telah melantun dari meja.
Pindahkan semula berat badan ke kaki hadapan.

CARA BERMAIN

Permainan pingpong boleh dimainkan secara perseorangan atau berpasangan atau


beregu dan sama ada dalam kalangan lelaki sahaja, wanita sahaja atau campuran (lelaki dan
wanita)

Untuk memulakan servis, bola mesti dipukul oleh bet permainan yang membuat servis
supaya bola melantun pada kawasan sebelah jaring pembuat servis dan kemudian pada
kawasan sebelah penerima sebelum penerima dibenarkan memukulnya. Kebanyakan
permainan mempunyai 3 permainan (game) walaupun dalam pertandingan antarabangsa
biasanya dipanjangkan sehingga 5 permainan terutamanya dalam pertandingan perseorangan.
Sesuatu permainan dimenangi oleh pemain pertama atau beregu pertama yang berjaya
memungut 11 mata, atau sekiranya pungutan mata terikat 10 sama, pemain pertama yang
berjaya mengutip dua mata berturut-turut dikira sebagai pemenang.

Memulakan Permainan

Undian secara lambungan duit syiling akan memberi hak kepada pemain untuk
membuat beberapa pillihan. Pilihan-pilihan ini termasuklah hak memilih salah satu daripada
berikut:

1. Membuat servis terlebih dahulu


2. Menerima servis terlebih dahulu
3. Memilih sebelah mana meja untuk bermain (gelanggang permainan)
4. Memilih pemain lawan membuat pemilihan terlebih dahulu
Sekiranya anda telah memilih salah satu cara di atas, misalnya pilihan hendak menerima
servis permulaan terlebih dahulu, pemain lawan berhak memilih sebelah mana meja untuk
bermain dan juga membuat servis (kerana anda memilih menerima).
Jika anda menang dalam undian dengan cara melambung duit syiling dan memilih
untuk memulakan servis dalam permainan pertama, anda akan menjadi penerima pada
permulaan permainan kedua dan dalam permainan ketiga pula anda sekali lagi berpeluang
untuk memulakan servis.

Selepas setiap dua set, servis akan berpindah tangan ke pihak lawan sehingga dua servis
dan proses ini berterusan sehingga permainan tamat. Walaubagaimanapun, sekiranya pungutan
mata terikat pada 10 sama, servis akan bertukar tangan secara bergilir-gilir sehinggalah berjaya
memungut dua mata berturut-turut. Dalam permainan pingpong, mata boleh dipungut oleh
mana-mana pemain pada sesuatu servis, tidak kira siapa yang membuat servis.

Beberapa peraturan yang ditetapkan khusus untuk melakukan servis, jika tidak dikaji
dengan berhati-hati boleh menyebabkan anda didenda dengan pemberian mata percuma kepada
pihak lawan. Berikut adalah peraturan-peraturan tersebut:

1. Servis bermula dengan bola diletakkan dalam tapak tangan bebas yang pegun, terbuka
dengan jari tertutup dan ibu jari bebas
2. Tangan bekas yang membawa bola mesti sentiasa berada di atas permukaan meja dan di
belakang garisan belakang meja
3. Semasa membuat servis, bet mestilah berada di atas permukaan meja dan memukul bola
di belakang garisan belakang meja
4. Bola mestilah dilempar tegak sekurang-kurangnya 16 cm ke atas oleh tapak tangan tanpa
menjanakan sebarang putaran
5. Bola mestilah dipukul semasa ia menurun kecuali :

Dalam permainan perseorangan, ia melantun di kawasan penerima servis (pemukul)


dan kemudian di kawasan penerima
Dalam beregu ia melantun di kawasan kanan pembuat servis (pemukul) dan
kemudian di kawasan kanan penerima

6. Pemain yang membuat servis perlu memastikan bahawa tindakannya dapat dilihat
sepenuhnya ooleh pengadil
7. Servis tidak boleh terlalu jauh dari bahagian badan kecuali lengan, kepala atau kaki
apabila diukur dari jaring
8. Jika bola menyentuh net maka servis terpaksa dilakukan semula.
4.1 Gerakan membuat dan menerima servis dalam
perseorangan

Pertukaran Tempat

Selepas tamat setiap permainan, sama ada perseorangan atau beregu, pemain-pemain
akan membuat pertukaran tempat bermain. Jika perlawanan itu berlarutan hingga ke permainan
penentu, pertukaran tempat permainan akan dilakukan apabila salah seorang pemain atau salah
satu pasangan memungut mata ke-10.

Rali (Rally)

Rali boleh berterusan sehingga salah seorang pemain membuat kesilapan. Terdapat
beberapa cara bagaimana pemain boleh melakukan kesilapan ini dan cara yang paling lazim
ialah seperti berikut:

1. Terlepas bola sama sekali


2. Kegagalan memukulnya mencecah jaring
3. Bola tidak mencecah kawasan meja sebelah penerima akibat pukulan terlalu kuat

Kiraan dan Pungutan Mata

Dalam permainan pingpong, pemain boleh mendapatkan mata sama ada atas usahanya
ataupun disebabkan kesilapan lawan. Walaupun mata penamatnya ditentukan, setiap pemain
berpeluang membuat servis, iaitu dua kali berturut-turut dengan diselang-seli antara pasangan
tersebut.

Mata yang dipungut oleh pemain yang memulakan servis, disebut dahulu. Selepas
servis berpindah tangan setiap dua servis, sebutan mata bertukar daripada pemain pertama
kepada pemain kedua. Mata tamat ialah 11. Jika kedudukan terikat 10-10, permainan
diteruskan dan pemenang ditentukan oleh mana-mana pemain yang berjaya mendahului dua
mata dari lawannya.

Beregu

4.2 Gerakan Pemain dalam Beregu

Beregu bermaksud berpasangan sama ada lelaki dengan lelaki, perempuan dengan
perempuan ataupun lelaki dengan perempuan. Terdapat beberapa peraturan yang dikhaskan
kepada pemain-pemain beregu seperti berikut:

1. Anda mesti memulakan servis dari sebelah kanan permukaan meja (kawasan permainan
anda) dan servis anda mestilah melantun di sebelah kanan permukaan meja lawan
2. Anda dan pasangan anda mesti memukul bola secara bergilir-gilir mengikut urutan
(sequence) yakni berselang-seli antara satu sama lain sehingga tamat rali. Jika anda gagal
memukul dengan giliran yang betul, pasukan anda akan kehilangan mata secara
automatik
3. Selepas anda membuat dua servis, anda dikehendaki bertukar tempat dengan pasangan
anda supaya dia menjadi penerima kepada dua servis lawan sebelum dia sendiri
memulakan dua servis
4. Pada permulan permainan kedua, anda mestilah memastikan bahawa anda tidak
menghantar servis atau menerima servis daripada pemain yang sama dalam permainan
pertama. Jika perlawanan ini berlarutan hingga permainan penentu dan anda bertukar
tempat pada mata ke-10, penerima mesti menukar tempat dengan pasangannya.
Sistem Pertandingan

i) Pertandingan Kalah Mati

Pertandingan cara ini paling mudah dan ringkas dikelolakan. Pemenang akan terus
bertanding manakala yang kalah akan tersingkir. Sistem ini sangat sesuai dalam mengelolakan
pertandingan yang terdapat banyak penyertaan tetapi kekurangan masa, sumber kewangan,
tempat, kemudahan, peralatan dan sumber manusia. Sistem ini bukan cara yang terbaik untuk
mengukur keupayaan sesuatu pasukan atau peserta.

a. Kelebihan

Boleh dijalankan dalam masa yang singkat;


Cepat memilih pemenang;
Boleh dijalankan dengan peralatan yang terhad;
Seronok untuk ditonton; dan
Penyertaan ramai.

b. Kelemahan

Pasukan yang menjadi johan, boleh jadi bukan yang benar-benar terbaik;
Separuh daripada pasukan akan terkeluar selepas pusingan pertama; dan
Kemungkinan ada di antara pemain dari pasukan yang kalah langsung
tiada peluang bermain.

Cara mengira bilangan pasukan atau peserta menunggu (bye). Bilangan menunggu
(bye) dalam sistem pertandingan ini boleh dikira dengan menggunakan angka ganda dua iaitu
angka 2, 4, 8, 16, 32 dan seterusnya. Contoh 7 pasukan yang bertanding. Angka yang lebih dari
7 ialah 8. Maka 8 tolak 7 ialah 1. Keadaan ini bermakna ada 1 pasukan menunggu (bye). Carta
untuk sistem kalah mati ialah seperti berikut:

Pusingan kalah mati dengan bye


Pusingan kalah mati tanpa bye

ii. Pertandingan Liga

a) Merupakan satu-satunya pertandingan yang sesuai dijalankan sekiranya pertandingan


itu bertujuan memilih pasukan yang terbaik. Perkara-pekara yang perlu diambil
perhatian:
Masa yang mencukupi
Kewangan yang ada
Bilangan pengadil
Kemudahan dan peralatan yang ada

b) Pertandingan boleh dijalankan dalam


Liga satu pusingan
Liga berkumpulan
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN PING PONG

I. SATU PERMAINAN (A GAME)

Satu permainan ping pong dipertandingkan dengan menggunakan sistem 11 mata.


Setelah 2 mata, pemain atau pasangan pemain yang menerima servis akan bertukar
menjadi pemain atau pasangan pemain yang melakukan servis dan seterusnya
sehingga tamat permainan.
Setiap permainan akan dimenangi oleh pemain atau pasangan pemain yang mula-mula
mendapat 11 mata; atau
Jika kedua-dua pemain atau pasangan pemain mendapat 10 mata (disebut deuce) di
mana permainan akan dimenangi oleh pemenang yang mula-mula mendapat 2 mata
yang mendahului pihak lawannya, contoh: 12-10, 15-13, 20-18. (dimana susunan
melakukan servis dan menerima servis hendaklah sama tetapi setiap pemain
hendaklah melakukan servis untuk 1 mata bergilir-gilir).
Pertukaran tempat dilakukan selepas tamat satu permainan. Pemain yang mula
menerima servis dalam permainan pertama akan memulakan servis dalam permainan
kedua.

II. SATU PERLAWANAN (A MATCH)

Sesuatu perlawanan hendaklah ditentukan dengan kemenangan daripada sebarang


nombor ganjil permainan yang biasanya 3, 5 atau 7 permainan.
Dalam pertandingan yang terakhir, apabila sampai pada mata yang ke 5, pemain perlu
bertukar tempat.

III. PERMULAAN SATU PERMAINAN (START A GAME)

Sebelum mula bertanding dalam sesuatu permainan, pengadil dikehendaki melakukan


undian (toss coin) untuk menentukan pemain yang mana satu akan memulakan servis.
Terdapat tiga pilihan bagi pemenang undian:
hak memilih untuk memulakan servis; atau
membenarkan pihak lawannya memulakankan servis; atau
melakukan pemilihan tempat.
Jika pemenang undian melakukan pemilihan tempat, pihak lawannya ada pilihan sama
ada hendak memulakan servis atau memilih pihak lawannya memulakan servis
dahulu.
Jika pemenang undian memilih untuk memulakan servis, pihak lawannya hanya boleh
melakukan pemilihan tempat untuk memulakan permainan.

IV. SERVIS ASAS SUKAN PING PONG

Pemain yang melakukan servis wajib berdiri di belakang hujung meja ping pong.
Bola diletakkan di atas tapak tangan yang terbuka di atas permukaan permainan meja
dan melambungkan bola itu menegak ke atas dan pastikan lambungan itu adalah di
atas permukaan meja dan di belakang hujung meja.
Semasa bola itu menurun, pemain perlu memukul bola itu dengan raket dan pastikan
bola melantun di atas bahagian meja sendiri sebelum melepasi ke bahagian atas meja
lawan.
Jika bola servis itu menyentuh jaring dan masih dilantun di atas meja lawan, let akan
dipanggil dan servis perlu diulangkan semula.
Jika bola servis itu menyentuh jaring dan bola itu tidak dilantun di atas meja lawan,
maka pemain yang melakukan servis akan hilang satu mata.

V. SATU MATA

Seseorang pemain akan kehilangan satu mata kecuali apabila rally itu adalah satu
Jika gagal melakukan servis yang baik.
Jika gagal melakukan hantaran balik yang baik.
Jika memukul bola itu dua kali berturut-turut.
Jika pemain atau apa-apa yang dipakai atau dibawanya tersentuh bola.
Jika menggerakkan permukaan meja semasa bola itu dalam permainan.
Jika tangan bebasnya menyentuh permukaan permainan semasa bola itu dalam
permainan.
Jika berkelakuan buruk walaupun selepas diberi amaran oleh pengadil.
VI. LET

Rally itu dikatakan Let jika:


Apabila bola servis menyentuh jaring semasa melepasinya.
Apabila pemain yang menerima servis belum bersedia ataupun pasangannya dalam
acara bergu.

VII. WAKTU REHAT

Waktu rehat di antara setiap game adalah 1 minit.


Semasa berehat, pemain perlu meletakkan raket di atas meja pertandingan, kecuali
dibenarkan oleh pengadil.

VIII. TIME OUT

Setiap pemain atau pasangan boleh meminta SATU kali time out yang diperuntukan
1 minit semasa permainan dijalankan.
Pemain yang ingin meminta time out cuma menunjukkan satu tanda T dengan
tangannya.
Permainan akan disambung semula apabila pemain yang meminta time out sudah
bersedia atau pun masa 1 minit sudah tamat.

IX. PENGGUNAAN TUALA

Pemain hanya dibenarkan menggunakan tuala mengelap peluh setelah 6 mata dalam
sesuatu permainan.
Pemain juga dibenarkan menggunakan tuala semasa pertukaran tempat.

X. WAKTU MEMANASKAN BADAN

Pemain dibenarkan melakukan latihan di atas meja pertandingan sebelum


pertandingan dimulakan. Waktu memanaskan badan cuma DUA minit.
Rujukan

http://tkt201040564ela01.blogspot.my/2011/11/undang-undang-pingpong.html

http://wherebaik.blogspot.my/2013/11/peraturan-dan-undang-undang-permainan.html

http://pengajian-ipg.blogspot.my/2011/02/peraturan-undang-undang-am-ping-pong.html

http://pjkkumpulan5pingpong.blogspot.my/

You might also like