You are on page 1of 9

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN SENI

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI DULANG DALAM


2016

Tarikh : 22 . 02 . 2016

Masa : 1. 35 petang

Tempat :Bilik Gerakan SK. Sungai Dulang Dalam

Pengerusi : Pn. Maizatul Muna binti Samsudin

Kehadiran : 5 Orang

1. En. Karim bin Muhammad


2. Pn. Sarida binti Mohamad Hashim

Turut Hadir : En. Ibrahim bin Pardi (GB SK. Sg. Dulang Dalam)

Agenda Mesyuarat :

1. UcapanPengerusi

1.1 Ucapan terimakasih kepadasemua yang hadir , diharapkan semua rakan guru telah pun
mendapat pengalaman dan panduan dalam mengenal kebolehanmurid-murid masing-masing
dalam bidang seni dan visual pada awal penggal persekolahan ini.
1.2 Diharapkan dengan panduan dan pengalaman itu kita akan dapat sama-sama memantapkan lagi
cara dan kaedah untuk menarik lebih minat murid terhadap PSV agar dapat menghasilkan karya
seni yang berkualiti di masa hadapan dan menggalakkan murid untuk berkarya.
1.3 Untuk pengetahuan semua, semua peralatan PSV akan di letakkan di Bilik BBM. Sekiranya
memerlukan sila ambil di sana.
1.4 Pihak panitia PSV sekolah kini membekalkan kertas lukisan yang boleh diambil di bilik BBM

Tindakan :Makluman

2. Ucapan pentadbir En. Ibrahim bin Pardi

2.1 En. Ibrahim mengucapkan terima kasih kerana menjemput beliau untuk hadir bersama dalam
mesyuarat panitia Pendidikan Seni kali pertama 2016.
2.2 Beliau mengucapkan tahniah kepada panitia kerana dapat menjalankan mesyuarat kali
pertama.
2.3 Beliau memesan kepada semua guru supaya tidak menganggap matapelajaran
Pendidikan Seni sebagai matapelajaran sampingan tetapi ia merupakan salah satu
matapelajaran yang penting dalam pembentukan kognitif murid.
2.4 Diharapkan pada mesyuarat kali ini, semua guru dapat berbincang tentang panduan menulis
rancangan pelajaran tahunan dan harian supaya seragam semua guru kbsr dan kssr.
2.5 Beliau juga berpesan supaya panitia dapat berbincang untuk merancang kewangan
panitia dengan baik. Semua guru perlu berbincang untuk mengemukakan pendapat
tentang keperluan barangan Pendidikan Seni yang perlu dibeli pada tahun 2016.
2.6 Seterusnya, beliau meminta panitia merancang pembinaan modul bagi guru ganti supaya
matapelajaran Pendidikan Seni dapat dijalankan walaupun ketiadaan guru.
2.7 Perancangan program panitia 2013 juga perlu dilakukan dan pastikan perancangan
tersebut dapat dilaksanakan.
2.8 Beliau juga berpesan supaya pengurusan panitia pada tahun 2013 ini lebih baik sama seperti
panitia-panitia lain

Tindakan :Makluman

3. Pengesahan Minit Mesyuarat Lepas.

Pencadang : Pn. Sarida binti Mohamad Hashim


Penyokong: Karim bin Muhammad

4. Perancangan Strategik Panitia Pendidikan Seni Visual

- seperti Lampiran

Tindakan :Semua Guru PSV

5. Dasar Panitia Pendidikan Seni Visual

5.1 Sukatan, huraian sukatan dan rancangan pengajaran tahunan matapelajaran Pendidikan Seni

5.1.1 Semua guru perlu memastikan mempunyai huraian, sukatan dan rancangan
pengajaran tahunan yang terkini. Bagi mata pelajaran KSSR, guru perlu
mempunyai dokumen standard kurikulum dan rancangan pengajaran tahunan sebagai
bahan rujukan

5.2 Format Penulisan Rancangan Pengajaran Harian

5.2.1 Rancangan pengajaran harian perlu ditulis selaras bagi semua guru (KBSR dan KSSR). Guru
boleh merujuk edaran bagi cara penulisan rancangan pengajaran harian yang tepat
bagi format KBSR dan KSSR. (Lampiran)

5.3 PBS KSSR PSV


5.3.1 Semua guru perlu memahami pelaksaaan Pentaksiran Sekolah bagi mata pel;ajaran
Pendidikan Seni Visual. Guru perlu melakukan pentaksiran dalam tiga fasa untuk setiap
tahun iaitu perlu mengemaskini pentaksiran murid dalam tiga bulan pertama , tiga bulan
kedua dan seterusnya hingga mendapat pentaksiran sepenuhnya pada tahun 2016.

6. Perancangan Kewangan Panitia 2016

6.1 Setiap guru boleh menyenaraikan barangan keperluan yang perlu dibeli oleh panitia.
6.2 En. Karim mencadangkan panitia membeli buku rujukan atau modul pengajaran
Pendidikan Seni / Dunia Seni Visual sebagai rujukan untuk semua guru.
6.3 Pn. Sarida mencadangkan supaya panitia membeli baldi kecil untuk kegunaan pelajar
mengisi air semasa aktiviti catan dijalankan. Masalah sinki yang jauh daripada bilik darjah
menyukarkan aktiviti catan dijalankan. Oleh itu, panitia boleh menyediakan baldi kecil
untuk kegunaan pelajar bagi mengatasi masalah tersebut
6.4 Pn. Maizatul Muna mencadangkan panitia membeli buku rujukan atau modul pengajaran
Pendidikan Seni / Dunia Seni Visual sebagai rujukan untuk semua guru.

Tindakan :Semua guru PSV

7. Program Panitia 2016

7.1 Mengemas kini dan menceriakan Bilik Seni.

7.2 Anugerah Khas Guru Besar

7.3 Membuat mural di Bilik Seni

.7.4 Program Bulan Kemerdekaan

7.5 Program Anti Dadah

7.6 Program Minggu Bahasa

7.7 Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) KSSR Dunia Seni Visual

Tindakan : Semua Guru

8. Pengurusan Fail Panitia

8.1 Perkara-perkara yang perlu ada :

8.1.1 Fail Am 435

No. fail boleh rujuk di pejabat


Maklumat dalam fail mesti lengkap dan dikemaskini
kertas minit fail direkod dan dikemaskkini dengan sistematik
Surat panggilan mesyuarat perlu ada tarikh, masa, tempat, dipengerusikan oleh dan
senarai agenda mesyuarat.
Salinan minit mesyuarat kurikulum dan panitia yang terkini perlu ada
Masukkan juga salinan pencerapan guru
Dokumen berkaitan panitia

Misi dan visi panitia


Objektif dan matlamat

Struktur dan carta organisasi

Maklumat, biodata atau profil guru

Jadual waktu guru

Salinan surat pekeliling iktisas Bil 4/1986

Sukatan dan rancangan matapelajaran

Senarai ABM / BBM/ buku teks / buku kerja dan buku rujukan

Anggaran belanjawan tahunan

Rancangan jadual pencerapan

Rancangan strategik / aktiviti, kertas cadangan dan laporan

Perkembangan staf rancangan dan laporan

Tindakan : Ketua Panitia / Setiausaha dan makluman guru

9. Hal-Hal Lain

9.1 Semua keputusan pemarkahan peperiksaan pertengahan tahun mestilah di masukkan ke


dalam SAPS.

Mesyuarat di tangguhkan jam 2 .45 petang.

Disediakan oleh, Disemakoleh,

..
(PN.SARIDA BT MOHAMAD HASHIM ) (PN. MAIZATUL MUNA BINTI SAMSUDIN )
Setiausaha Pengerusi
Panitia Pendidikan Seni Visual. PanitiaPendidikanSeni Visual.
MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN SENI
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI DULANG DALAM
BIL 2/ 2016

Tarikh : 28 . 04 . 2016

Masa : 1. 45 petang

Tempat :Bilik Gerakan SK. Sungai Dulang Dalam

Pengerusi : Pn. Maizatul Muna binti Samsudin

Kehadiran : 4 Orang

1. En. Karim bin Muhammad


3. Pn. Sarida binti Mohamad Hashim

Turut Hadir : En. Ibrahim bin Pardi (GB SK. Sg. Dulang Dalam)

Agenda Mesyuarat :

1. Ucapan Pengerusi

2.1 Memulakan mesyuarat dengan mengalu-alukan kehadiran guru dan diikuti dengan bacaan doa.
2.2 Memaklumkan bahawa mesyuarat panitia Bil2/2016 diadakan bagi tujuan pembentangan
keputusan dan analisis peperiksaan Pengesanan Mac dan program PSV untuk Tahun 2016.
2.3 Pengerusi berharap guru PSV dapat memantapkan pedagogi abad ke-21 untuk mata pelajaran
PSV.

Tindakan :Makluman

2. Ucapan pentadbir En. Ibrahim bin Pardi

2.1 En. Ibrahim mengucapkan terima kasih kerana menjemput beliau untuk hadir bersama dalam
mesyuarat panitia Pendidikan Seni Bil2/ 2016.
2.2 Beliau mengucapkan tahniah kepada panitia kerana dapat menjalankan mesyuarat kali
kedua
2.3 Beliau berpesan kepada semua guru supaya beberapa tajuk dalam kegiatan seni yang
kurang difahami , guur perlu bertindak dengan mewujudkan rujukan dan buku panduan yang
berada di pasaran.
2.4 Sebarang keperluan dalam PSV bolehlah menggunakan peruntukan yang disediakan.Ini
bergantung kepada kadar yang telah di tetapkan.
Tindakan : Makluman
3. Pengesahan Minit Mesyuarat Lepas.

Pencadang : Pn. Sarida binti Mohamad Hashim


Penyokong: Karim bin Muhammad

4. Perancangan Strategik Panitia Pendidikan Seni Visual

4.1 Program Anugerah Ketua Panitia akan dilaksanakan untuk perhimpunan rasmi pada bulan
Mei nanti. Diharap semua guru PSV memberikan nama bagi 4 calon yang layak
menerima anugerah ini bagi setiap kelas untuk menggalakkan murid bersaing secara sihat
dan menghasilkan karya yang terbaik dalam setiap aktiviti . Hadiah akan disediakan bagi
penerima anugerah bagi setiap kelas. Sumber hadiah , dari sekolah atau penyumbang. Satu
AJK Khas akan ditubuhkan

Tindakan :Semua Guru PSV


5. Bahan-bahan Pendidikan Seni Visual

5.1 Bahan-bahan seni visual akan disimpan di bilik BBM.


5.2 Sila pastikan bahan tersebut dikawal sebaiknya agar tidak diambil oleh murid (curi).
5.3 Adalah di cadangkan agar guru berada bilik BBM ketika barang-barang tersebut di ambil.

Tindakan : Semua guru PSV


6. Hal-Hal Lain

6.1 Semua keputusan pentaksiran mestilah dinyatakan dalam buku rekod mengajar
6.2 Analisa mata pelajaran PSV pada mesyuarat kali ini tidak dapat di bentangkan kerana ada
kesilapan teknikal dan akan dibincangkan pada mesyuarat akan datang.

Mesyuarat di tangguhkan jam 2 .45 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

..
(PN.SARIDA BT MOHAMAD HASHIM ) (PN. MAIZATUL MUNA BINTI SAMSUDIN )
Setiausaha Pengerusi
Panitia Pendidikan Seni Visual. PanitiaPendidikanSeni Visual.
MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN SENI
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI DULANG DALAM
BIL 3 / 2016

Tarikh : 09 . 08 . 2016

Masa : 1. 45 petang

Tempat :Bilik Gerakan SK. Sungai Dulang Dalam

Pengerusi : Pn. Maizatul Muna binti Samsudin

Kehadiran : 4 Orang

1. Pn. Noor Azmira binti Hassan


2. En. Zairul Anuwar bin Jamriy

Turut Hadir : En. Ibrahim bin Pardi (GB SK. Sg. Dulang Dalam)

1.0 UCAPAN KETUA PANITIA

1.1 Ketua Panitia mengalu-alukan kedatangan semua anggota Panitia Pendidikan Seni Visual
dan mengucapkan terima kasih kerana menghadiri Mesyuarat Panitia Pendidikan Seni Visual
kali ketiga bagi sesi 2016.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT LALU

2.1 Minit disahkan oleh:


Pencadang : Pn. Sarida binti Mohamad Hashim
Penyokong: . En. Zairul Anuwar bin Jamriy

3.0 PERKARA BERBANGKIT


3.1 Tiada sebarang perkara berbangkit.

4.0 Pembentangan Keputiusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2016

BILANGAN DAN PERATUS KELULUSAN MURID BAGI SETIAP KATEGORI


MATAPELAJARAN CEMERLANG POTENSI LULUS POTENSI KRITIKAL
CEMERLANG LULUS
DSV TAHUN 1 40% 60%
DSV TAHUN 2 30% 70%
DSV TAHUN 3 70% 30%
PSV TAHUN 4 40% 60%
PSV TAHUN 5 70% 30%
PSV TAHUN 6 60% 40%
5.0 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

5.1 Pencerapan
Ketua Panitia memaklumkan bahawa pencerapan pdp kali pertama telah dilaksanakan
kepada semua guru PSV dan pencerapan kali kedua akan dilaksanakan pada bulan Ogos
2016
5.2 . Kursus DSKP PSV Semakan Tahun 1/2017
Seorang guru telah dicalonkan untuk Kursus DSKP Semakan Tahun 1/2017

6.0 Prosedur Pembelian dan Pengurusan Stok


6.1 Prosedur pembelian barangan mengikut peruntukan PCG mestilah menggunakan nota
minta yang disahkan oleh guru besar.
6.2 Semua barangan pembelian perlulah direkodkan menggunakan lkad PS4 dan PS5.

7.0 HAL-HAL LAIN

7.1 Harapan Guru-guru PSV dapat mengambil tindakan untuk mempertingkatkan lagi
pencapaian murid.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

..
(PN.NOOR AZMIRA BINTI HASSAN ) (PN. MAIZATUL MUNA BINTI SAMSUDIN )
Setiausaha Pengerusi
Panitia Pendidikan Seni Visual. PanitiaPendidikanSeni Visual.

You might also like