You are on page 1of 7

PK 07/3

SEKOLAH KEBANGSAAN PENGKALAN BESAR

MINIT MESYUARAT AKHIR TAHUN SESI 2016

Tarikh : 24 NOVEMBER 2016

Masa : 12.40 TENGAHARI

Tempat : BILIK KOMPUTER S.K.P.B

Pengerusi : ENCIK HAMIDI BIN MOHD JADI (GURU BESAR SKPB)

Kehadiran(Bilangan) : 12/13 ORANG

Turut Hadir (Jika ada) : -

1 PERUTUSAN PENGERUSI
Encik Hamidi Bin Mohd Jadi (Guru Besar SKPB)

Alu-aluan : Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru SKPB


ke mesyuarat akhir tahun sesi 2016.

1.1 Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir
ke mesyuarat akhir tahun pada tengah hari ini. Beliau memaklumkan
beberapa perkara penting yang perlu diberi perhatian.

Tindakan : Makluman

1.2 Pengerusi memohon kepada semua guru panitia agar mengemas kini
fail-fail panitia bagi tahun 2016.

Tindakan : Makluman

1.3 Beliau memaklumkan bahawa dokumen rasmi perlu dilengkapkan


sebelum guru-guru bercuti. Buku rekod ringkasan mengajar perlu
pulang ke pejabat setelah dilengkapkan. Ini bagi memudahkan untuk di
audit.

Tindakan : Semua Guru

1.4 Beliau memaklumkan akan penetapan TOV bagi semua mata pelajaran
yang akan dijadikan rujukan pada tahun 2017. Selain itu, gunakan TOV
bagi benchmark untuk setiap tahun.

Tindakan : Makluman
1.5 Pengerusi memberi peringatan agar semua guru mewujudkan hubungan
baik dan sentiasa bekerjasama dengan ibu bapa.

Tindakan : Makluman

1.6 Pengerusi memaklumkan bahawa bermula tahun 2017, setiap guru akan
meletakkan satu bahan ilmu di bahagian Info Pendidikan. Bahan ini
akan diubah 3 bulan sekali dan boleh mengadakan sesi soal jawab
semasa perhimpunan
Tindakan : Makluman

1.7 Pengerusi mohon kepada semua guru agar rujuk dan berjumpa dengan
beliau jika ada sebarang masalah.
Tindakan : Makluman

2.0 MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT

Tiada

3.0 PERKARA BERBANGKIT DAN MAKLUM BALAS

3.1 Dapatan daripada guru-guru mata pelajaran teras Tahun 5.

3.1.1 Pn. Shariah (Bahasa Melayu)

- Pencapaian keseluruhan bagi kertas Pemahaman:

Gred A 4 orang
Gred B 4 orang
Gred C 3 orang

- Pencapaian bagi kertas Penulisan pula :

Gred A 3 orang
Gred B 3 orang
Gred C 5 orang

- Secara keseluruhan, pencapaian ini adalah lebih baik daripada


Peperiksaan Pertengahan Tahun.

- Murid-murid Tahun 5 lemah dalam menjawab soalan objektif yang


berkaitan dengan Tatabahasa.

- Bagi Penulisan pula, murid-murid kurang idea dan isi. Ini adalah
kerana sikap murid sendiri yang kurang membaca. Selain itu, murid
lemah dalam membina ayat yang dramatis.
- Formula bagi karangan berformat telah diberi. Walau
bagaimanapun murid masih tidak mahu mengikut formula yang
telah dipelajari.

Tindakan: Makluman

3.1.2 En. Abdullah Ihsan (Bahasa Inggeris)

- Pencapaian keseluruhan bagi Bahasa Inggeris Pemahaman:

Gred A 0 orang
Gred B 1 orang
Gred C 5 orang
Gred D 4 orang
Gred E 1 orang

- Pencapaian keseluruhan bagi Bahasa Inggeris Penulisan:

Gred A 2 orang
Gred B 4 orang
Gred C 3 orang
Gred D 2 orang

- Murid lemah dari segi kosa kata dan pemahaman ayat Bahasa
Inggeris. Kesalahan yang sama sering berulang adalah dari segi
Tatabahasa.

- Muhammad Zul Asyaraf sangat lemah dalam Bahasa Inggeris.


Pendekatan yang digunakan ialah guru memberi bahan bacaan
yang mudah terlebih dahulu kemudian ke peringkat yang lebih
tinggi.

- Murid-murid amat keliru dengan soalan KBAT yang berformat


baharu.

- Harapan En. Abdullah Ihsan, agar setiap murid memiliki satu


kamus.

Tindakan: Makluman

3.1.3 En. Baharudin (Sains)

- Pencapaian keseluruhan bagi mata pelajaran Sains:

Gred A 0 orang
Gred B 7 orang
Gred C 2 orang
Gred D 0 orang
Gred E 2 orang
- Kebanyakan murid lemah pada bahagian A kerana soalan meliputi
sub topik-sub topik dari Tahun 3 hingga Tahun 6. Murid kurang
membuat ulangkaji pada sub topik tersebut.

- Guru sains akan memperbanyakkan latih tubi bagi membantu


murid-murid yang lemah dalam menjawab soalan untuk lulus
sekurang-kurangnya.
Tindakan : Makluman

3.1.4 En. Khairul Azmi (Matematik)

- Pencapaian keseluruhan bagi mata pelajaran Matematik :

Gred A 0 orang
Gred B 1 orang
Gred C 2 orang
Gred D 6 orang
Gred E 2 orang

- Ramai murid tidak mendapat gred yang baik adalah kerana mereka
tidak membuat jalan kerja pada Kertas 2.
- Oleh itu, pada tahun 2017, tumpuan akan diberi lebih pada Kertas 2
yang meliputi 60 markah.

- Bagi mengatasi masalah ini, kelas tambahan masih terus dijalankan


dan dibantu oleh latih tubi.

Tindakan: Makluman

3.2 Program Kecemerlangan Tahun 2017

3.2.1 Bahasa Melayu

- Untuk meningkatkan prestasi bagi matapelajaran Bahasa Melayu


Penulisan, setiap murid akan digalakkan menggunakan teknik
menyoal dalam setiap pembinaan ayat seperti Apakah,
Bagaimanakah, Bilakah, mengapakah dan seterusnya.

- Hal ini adalah kerana murid yang kurang membaca dan tidak
boleh mengeluarkan idea untuk mengolah isi dalam penulisan.

Tindakan: Guru Bahasa Melayu

3.2.2 Bahasa Inggeris

- Guru Bahasa Inggeris akan membuat kelas tambahan bermula


pada minggu hadapan selama 2 jam bagi setiap sesi.

- Selain itu, aktiviti Set Words yang melibatkan perkataan harian


akan dijalankan. Begitu juga dengan Bring Me Home iaitu murid
dikehendaki membawa pulang 1 buku selama seminggu dan beri
sinopsis atau isi-isi penting yang berkaitan pada guru atau rakan
kelas.
Tindakan: Guru Bahasa Inggeris

3.2.3 Matematik

- Guru Matematik akan membuat kelas tambahan bagi semua


murid Tahun 6 selepas waktu persekolahan.

Tindakan: Guru Matematik

3.2.4 Sains

- Guru Sains akan sentiasa membuat latih tubi, mendedahkan


teknik-teknik menjawab soalan dan mengadakan program
motivasi. Selain itu, guru akan akan menggalakkan murid merujuk
buku teks semasa membuat latihan.
Tindakan: Guru Sains

3.2.5 Pendidikan Islam

- Guru Pendidikan Islam akan mengadakan Bacaan Yassin dan


Solat Hajat sekurang-kurangnya 4 kali setahun. Program ini akan
bermula pada bulan Januari.
Tindakan: Guru Pendidikan Islam

4.0 PEMBENTANGAN KERTAS-KERTAS KERJA

Tiada.

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1. LINUS
- Program Linus hanya terlibat dengan murid Tahun 2 seramai 2
orang. Walau bagaimanapun, mereka telah melepasi Kemahiran
Asas dengan baik.

- Bagi Tahun 2017, keputusan yang diperolehi dari saringan Linus,


hanya melibatkan 1 orang murid sahaja.
Tindakan: Makluman
5.2 KBS/KCJ
- KBS dan KCJ bagi tahun 2017 akan dilaksanakan selepas
Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun.
Hal ini adalah untuk mengelakkan proses pengajaran dan
pembelajaran terganggu jika dilaksanakan sebelum peperiksaan.

Tindakan : Makluman

5.3 KOKURIKULUM
- Encik Abdullah Ihsan memaklumkan bagi tahun 2017, semua
program di bawah kokurikulum akan dilaksanakan seperti tahun
2016 melainkan perkhemahan bagi Unit Beruniform tidak
dilaksanakan.

Tindakan : Makluman

5.4 HAL EHWAL MURID


- Puan Maswati memaklumkan pada tahun 2016, latihan kebakaran
telah dilaksanakan sebanyak 2 kali.

- RMT tahun 2017 akan bermula pada awal sesi persekolahan


bermula.

- KWAMP diberi sekali setahun. Bagi tahun 2017, maklumat


permohonan telah mula dilengkapkan.

- 2017 akan dikuatkuasakan setiap murid mesti memiliki buku


disiplin. Oleh itu, semasa Program Transisi Penyayang, peraturan
dan disiplin sekolah akan diterangkan kepada ibu bapa.

- Pn. Maswati mohon kepada semua guru kelas agar menyimpan


semua buku kesihatan dan fail peribadi murid diletakkan dalam
almari kelas Tahun 1.

- Selain itu, semasa Program Transisi Penyayang mohon kepada


ibubapa agar melengkapkan surat kebenaran borang ibu bapa
dan menyerahkan salinan surat beranak pada hari pertama
persekolahan.
Tindakan : Makluman
PENUTUP

Pengerusi mengucapkan terima kasih atas keprihatinan semua guru dalam


mesyuarat pada kali ini.
Tindakan : Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

.......................................... ................................
(NOR ATIKAH ZAKARIA ) (ENCIK HAMIDI BIN MOHD JADI)
Setiausaha Kurikulum Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Pengkalan Besar Sekolah Kebangsaan Pengkalan Besar
Tarikh : 30 NOVEMBER 2016 Tarikh :

You might also like