You are on page 1of 6

SK TITI TERAS

MINIT MESYUARAT KALI PERTAMA Bil 1/2017


UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
TAHUN 2017

Tarikh : 28/12/2017
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Makmal Komputer
Pengerusi : Pn.Mahani bt Abu Hassan ( Penolong Kanan Hal Ehwal Murid )
Kehadiran :

1. Pn.Norhasniza bt Abdul Hamid (Guru Bimbingan & Kaunseling)


2. Pn.Azian bt Sabli
3. Pn.Syafawati bt Kasim

1.0. UCAPAN ALUAN PENGERUSI

1.1. Ucapan Pengerusi yang menyarankan agar Tahun 2017 Unit Bimbingan
dan Kaunseling perlu mengemas kini Pengurusan Fail.

1.2 Mesyuarat sebagai garis panduan atau hala tuju ke arah keberkesanan Unit
Bimbingan dan Kaunseling dan beberapa perkara yang perlu dilaksanakan:
1.2.1: Senarai nama murid yang diberi perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling.
1.2.2: Mematuhi etika Unit Bimbingan dan Kaunseling.

Tindakan : Ketua Unit.

2.0. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Mengesah Minit Mesyuarat lepas.

Pencadang : Pn.Syafawati bt Kasim


Penyokong : Pn.Azian bt Sabli

Tiada perkara berbangkit.

3.0 PERLANTIKAN & PENYUSUNAN STRUKTUR JAWATANKUASA

3.1 Guru Bimbingan memaklumkan senarai jawatankuasa induk dalam unit


Bimbingan dan Kaunseling serta jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling.
Tindakan: AJK terlibat

4.0 RANCANGAN TAHUNAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

4.1 Guru Bimbingan juga menerangkan secara ringkas program yang


dijalankan sepanjang tahun 2017

Tindakan: Untuk Makluman

5.0 PENUBUHAN JAWATANKUASA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

5.1 Guru Bimbingan telah menjelaskan tentang tujuan Penubuhan


Jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk membantu murid-
murid yang mempunyai masalah disiplin di sekolah.

Tindakan: Untuk Makluman

6.0 KOLABORASI DENGAN GURU PEMULIHAN

6.1 Guru kelas boleh meminta bantuan Guru Pemulihan bagi masalah P&P.

Tindakan: Guru Bimbingan dan Guru Pemulihan

7.0 HAL-HAL LAIN.

7.1 Pengerusi memaklumkan bahawa semua program yang telah dijalankan


perlu didokumentasikan sebagai bukti perlaksanaan program.

Tindakan: Untuk Makluman

7.2 Guru bimbingan boleh menggunakan masa Pendidikan Islam


sebagai masa untuk bimbingan dalam kelas dengan syarat, perlu
berbincang dengan guru mata pelajaran yang berkaitan.

Tindakan: Untuk Makluman

8.0. UCAPAN PENANGGUHAN

8.1 Ucapan Penangguhan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

8.2 Mengharapkan minit mesyuarat dapat disiapkan selepas 3 hari


bermesyuarat.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.00 pagi


Disediakan oleh:

.....
(PN NORHASNIZA BT ABDUL HAMID)
Setiausaha Unit Bimbingan dan Kaunseling.

Disemak oleh :

(Pn.MAHANI BT ABU HASSAN)


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SK TITI TERAS
MINIT MESYUARAT KALI KEDUA Bil 2/2017
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
TAHUN 2017

Tarikh : 23 Mei 2017


Masa : 1.40 petang
Tempat : Makmal Komputer
Pengerusi : En.Othman b. Mat ( Penolong Kanan Hal Ehwal Murid )
Kehadiran :

1. Pn.Norhasniza bt Abdul Hamid (Guru Bimbingan & Kaunseling)


2. Pn.Azian bt Sabli
3. Pn.Syafawati bt Kasim

1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI

1.1. Ucapan Pengerusi yang mengingatkan agar Unit Bimbingan dan


Kaunseling perlu mengemas kini Pengurusan Fail dari masa ke semasa.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Mengesah Minit Mesyuarat lepas.


Pencadang : Pn.Azian bt Sabli
Penyokong : Pn.Syawati bt Kasim

3.0 MASALAH DISIPLIN

3.1 En.Asadi bin Bahari memaklumkan beliau mendapati seorang murid


tahun 6 Gemilang terlibat dengan aktiviti merokok di luar kawasan
sekolah.Beliau berharap unit B&K boleh melakukan kaunseling
individu terhadap murid berkenaan serta mengadakan satu program
anti merokok selepas peperiksaan UPSR bagi mengelakkan budaya
ini berlarutan.
Guru B&K memaklumkan beliau juga mendapat aduan daripada
murid-murid lain tentang perkara ini. Beliau memaklumkan telah
merancang satu program ceramah anti dadah dan rokok selepas
selesai peperiksaan UPSR dijalankan
Tindakan: Guru Bimbingan dan Kaunseling

4.0 PROGRAM MENTOR DAN MENTEE CALON UPSR

4.1 Tuan Guru Besar, Puan Hajah Nor Aini bt Arshad telah meminta agar
guru Bimbingan dan Kaunseling untuk melaksanakan satu program
khas iaitu Program Mentor dan Mentee untuk murid-murid tahun 6
yang bakal menduduki peperiksaan UPSR. Program ini bertujuan
untuk membantu murid-murid untuk mendapatkan khidmat bimbingan
dalam pelajaran serta khidmat motivasi dan galakkan daripada
mentor masing-masing.

Tindakan: Guru Bimbingan dan Kaunseling

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 Guru B&K memaklumkan papan kenyataan B&K telah di pamerkan


beberapa maklumat berkaitan kaunseling individu dan kaunseling
kelompok carta-carta maklumat kerjaya dan universiti tempatan. Guru
Bimbingan dan Kaunseling juga memaklumkan bahawa maklumat
pada papan kenyataan tersebut akan perbaharui setiap bulan.
Tindakan: Guru Bimbingan dan Kaunseling
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang.
Disediakan oleh:

.....
(PN NORHASNIZA BT ABDUL HAMID)
Setiausaha Unit Bimbingan dan Kaunseling.

Disemak oleh :

( EN.OTHMAN B. MAT )
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

You might also like