You are on page 1of 4

saya nak baca ..

Search

Berita
Terkini
Utama
Nasional
Wilayah
Luar Negara
Politik
Parlimen
Jenayah
Mahkamah
Komuniti
Video
Terkini
Isu Semasa
Bisnes
Pemotoran
Gaya Hidup
Hiburan
Agama
Politik
Rencana
Utama
Bisik-bisik
Cuit
Selak
Kolumnis
Forum
Agama
Blog Editor
Sukan
Hiburan
Berita
Selebriti
Muzik
Filem & Drama
Rancangan TV
Seni & Budaya
Bisnes
Ekonomi
Korporat
Usahawan
Automotif
Hartanah
Teknologi
Saham & Wang
Pendidikan
Umum
Sekolah
Kampus
Sastera
Agama
Sains & Teknologi
Sains
Teknologi
Inovasi
Gajet
Pertanian
Alam Sekitar
Gaya Hidup
Rekreasi
Permotoran
Pelancongan
Keluarga
Kesihatan
Fesyen
Sukan
Bola Sepak
Badminton
Kereta
Motorsikal
Basikal
Golf
Hoki
lain-lain
Rencana Sukan
Lain-lain
Galeri Foto
Versi Mobile
Arkib
Iklan
Langgan ePaper
SMS Alert
Facebook Close
Sign in

rencana Waktu Solat Kuala Lumpur


Subuh 5:40
Zuhur 1:00
Asar 4:20
Maghrib 6:58
ARKIB : 21/02/2012
Isyak 8:09

Menarik minat pelajar ke aliran Sains Klik untuk waktu solat kawasan lain

Oleh Tan Sri Alimuddin Mohd Dom

AKIBAT merosotnya bilangan pelajar aliran sains Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin mengarahkan penubuhan jawatankuasa khas bagi mengkaji punca
serta penyelesaian kepada isu tersebut.

Kementerian Pelajaran dilaporkan memandang serius isu kemerosotan minat pelajar
dalam bidang sains dan matematik iaitu hanya 37 peratus dan 29 peratus sahaja bagi
sains tulen. Jumlah ini tidak mencapai sasaran yang sepatutnya iaitu 60 peratus dalam
bidang sains dan 40 peratus aliran sastera atau kemanusiaan.
Kewujudan aliran sains bermula apabila pelajar memasuki Tingkatan Empat di sekolah
menengah. Mereka boleh memilih salah satu aliran yang ditawarkan iaitu aliran sains,
kemanusiaan atau vokasional. Bagi pelajar aliran sains tulen mereka dikehendaki


mengambil mata pelajaran Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi di
samping mata pelajaran teras iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sejarah dan
Pendidikan Agama Islam atau Pendidikan Moral. Kebiasaannya pelajar yang mengikuti
aliran sains ini adalah terdiri daripada mereka yang mendapat keputusan cemerlang
dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Kemerosotan bilangan pelajar sekolah menengah yang mengikuti aliran sains ini boleh Dengar SuriaFM
menjejaskan usaha untuk meramaikan siswa mengikuti subjek kritikal di peringkat Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
universiti. Para siswa perlu mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil
Riuh Rio Brazil 2014
Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau Matrikulasi
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
untuk membolehkan mereka mengikuti bidang perubatan,
Username farmasi, kejuruteraan,
or Email
Tragedi Pesawat MH370
akauntansi dan lain-lain.
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
Sebagai sebuah negara sedang memasuki fasa negara maju bilangan tenaga kerja yang KE7B Greenland 2014
ramai berkelulusan dalam bidang tersebut sangat diperlukan. Mereka akan berperanan Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014
Password
menjadi penyelidik, saintis, teknologis, jurutera, perekacipta dan tenaga Forgot
pengajar di
password?
universiti.
Itulah sebabnya Kementerian Pelajaran memperkenalkan dasar 60 : 40. Dasar ini
mempunyai kaitan rapat dengan usaha menjadikan Malaysia sebagai negara maju
melalui slogan Wawasan 2020 yang diperkenalkan lewat 980an.
Log in
Tidak dapat dinafikan bukanlah mudah untuk pelajar mendapat kelulusan cemerlang
dalam bidang sains kerana ia dikatakan lebih sukar jika dibandingkan dengan mata
Don't have an account? Sign up
pelajaran sastera atau kemanusiaan. Ada pelajar yang ingin mendapat keputusan
cemerlang dalam peperiksaan SPM atau STPM akan memilih bidang kemanusiaan atau
vokasional walaupun mereka layak mengikuti bidang sains. Dengan keputusan
cemerlang dalam peperiksaan itu membolehkan mereka diterima dengan mudah ke
institusi pengajian tinggi dan memilih subjek yang mereka minati.
Kemerosotan bilangan pelajar aliran sains ini perlu dilihat secara holistik. Ini bermakna
untuk mengatasi isu tersebut perlu dilihat dari semua aspek dan melibatkan semua
pihak. Dengan ini tidaklah dibebankan kepada sekolah atau guru semata-mata.
Isu kekurangan pelajar mengikut aliran sains khususnya di kalangan pelajar bumiputera
disedari sejak negara belum mencapai kemerdekaan lagi. Bagi mengatasinya dalam
Laporan Razak 1956 mencadangkan penubuhan sekolah berasrama penuh bagi memberi
kemudahan kepada pelajar khususnya daripada luar bandar untuk mendapat
pendidikan yang terbaik.
Justeru wujud, Sekolah Tunku Abdul Rahman, Ipoh; Sekolah Dato Abdul Razak, Tanjung
Malim (sekolah asal); Sekolah Sultan Abdul Hamid, Jitra; Sekolah Seri Puteri, Kuala
Lumpur dan Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru. Cadangan yang sama dinyatakan dalam
Laporan Rahman Talib 1961 berikutannya wujud Sekolah-Sekolah Sains di seluruh
negara dan bilangannya kini mencecah hampir 60 buah.
Namun demikian sekolah berasrama penuh sahaja tidak dapat menampung keperluan
yang ramai bilangan pelajar aliran sains tanpa mendapat sokongan daripada sekolah
menengah harian dan sekolah swasta.
Dari segi kerjaya nampaknya bidang profesional seperti doktor, jurutera, ahli farmasi
atau akauntan kurang menarik minat sebahagian pelajar kerana dalam masa yang sama
terdapat ratusan jenis pekerjaan lain yang boleh dipilih oleh mereka.
Melalui kajian-kajian didapati ramai pelajar yang lebih berminat menjadi ahli
perniagaan, usahawan, petani, kontraktor, bidang perkhidmatan, bidang hospitaliti MENARIK
seperti masakan, perhotelan, pengendalian restoran dan lain-lain. Bidang kerjaya ini Ruang iklan percuma hartanah, produk
bukan sahaja memberi cabaran baru menarik tetapi turut menjanjikan pendapatan Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
lumayan yang boleh mengatasi pendapatan mereka di bidang profesional itu. Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Dari segi perjawatan pula terutama untuk menjadi ketua atau pegawai kanan dalam
sesebuah jabatan atau organisasi sama ada di sektor awam atau swasta termasuk bidang Aduan sukar dapat naskhah akhbar
korporat dan badan politik sebahagian besarnya dimonopoli oleh mereka yang Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.

berkelulusan sains sosial atau kemanusiaan. Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Ini disebabkan mereka mempunyai kelebihan kerana telah mendapat pendedahan awal
bidang pengurusan, pentadbiran dan kewangan semasa belajar di universiti. Berbeza Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
dengan mereka yang mengikuti bidang kritikal atau sains tulen di mana lebih fokus
dengan kandungan subjek pengajian mereka sahaja. Oleh itu ada pelajar memikirkan SMS News Alert Utusan Malaysia
lebih baik memilih bidang yang mempunyai masa depan lebih baik dalam kerjaya nanti. Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.

Walau bagaimanapun untuk memenuhi dasar 60 : 40 yang ditetapkan oleh Kementerian


Pelajaran maka kerjasama dan sokongan dari ibu bapa, pengetua dan guru-guru sangat
diperlukan supaya lebih ramai pelajar berminat untuk memilih aliran sains. Ibu bapa
perlu merangsang dan menggalakkan anak meminati mata pelajaran matematik dan
sains sejak di sekolah rendah.
Sementara itu pengetua sekolah seharusnya memperbanyakkan aktiviti pendedahan
yang boleh menarik minat pelajar dan memberi keyakinan bahawa mata pelajaran
aliran sains adalah mudah dipelajari serta mempunyai masa depan yang cerah. Peranan
guru tidak kurang pentingnya di mana kaedah pengajaran yang menarik minat pelajar
hendaklah sentiasa digunakan dan menjadikan subjek itu tidak membebankan.
Untuk menarik minat pelajar mengikuti aliran sains mereka seharusnya diberi beberapa
keistimewaan di antaranya adalah mendapat bantuan kewangan dan laluan mudah
untuk melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi. Selain kerajaan maka badan-
badan korporat boleh memainkan peranan dan turut membantu bagi merealisasikan
hasrat tersebut. Dengan dorongan ini diharapkan lebih ramai pelajar akan berusaha
keras untuk membolehkan mereka ditempatkan dalam aliran sains.
Semoga jawatankuasa khas yang ditubuhkan kelak dapat menyiapkan laporan khusus
untuk mengatasi masalah itu.
PENULIS ialah Pengerusi Yayasan Guru Malaysia Berhad
Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Tugasan besar menanti Malaysia di UNSC


Mana ada kelas pakai nama Melayu...
Bersihkan agensi penguatkuasaan daripada pengkhianat
BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
Mistik belantara
Jelmaan bigfoot, pontianak usik pendaki
Khemah digoncang lembaga
Diekori pocong puncak Nuang
Terserempak kumpulan pembawa obor
'Disapa' jin tanah di Kem Lolo
Gangguan boleh mendatangkan mudarat
Jutawan bekas pengemis
Kamera rakam perbuatan keji jururawat lelaki
Bukan mudah bergelar haji dan hajah
Citra negara perlu dalam pelaksanaan dasar bahasa
Lebih baik miskin material daripada miskin jiwa
BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
Pluralisme produk liberalisme
Projek sturgeon dan Taman Negara
Tokoh pentadbir terbilang
Utusan Online
Like Page 1.8M likes

Utusan Online
25 minutes ago

Bukti parti itu kuat dalam kerajaan.


http://bit.ly/2yw5dtq

MCA perlu menang lebih kerusi Parlimen PRU-14


KUALA LUMPUR 5 Nov. - MCA perlu memenangi lebih banyak kerusi pad
UTUSAN.COM.MY

1 Comment Share

Utusan Online
42 minutes ago

Nasional Artikel Wilayah Hiburan Sukan Bisnes Pendidikan Rekreasi Xtive


Dalam Negeri Rencana Kota Tempatan Dalam Negeri Ekonomi Sekolah Rekreasi Video
Politik Forum Selatan Rancangan TV Luar Negara Korporat Kampus Pemotoran Blog Editor
Parlimen Kolumnis Johor Rencana Sukan Produk/Servis Sastera Pancing Suara Rakyat
Terkini Jenayah Cuit Utara Gaya Hidup Golf Agro Agama Pelancongan Salam Aidilfitri
Berita Utama Mahkamah Selak Timur Feminin EURO 2012 Saham Impak Alam
Arkib Berita Laporan Khas Blog Pahang Keluarga ePlayer Matawang Sains Catatan Kembara
Kami Prihatin Sabah & Sarawak Kesihatan Sains & Teknologi
English Edition Luar Negara Suara Rakyat Polis & Tentera Megabait
Kesihatan

Hubungi Kami | Jom Iklan | Facebook | Twitter | Rencana RSS Feed |Polisi Privasi | Privacy Policy |

Kumpulan Utusan | Kosmo! | Tutor | ADaP | e-Lab | Mangga Online | Saji Online | disini.my | MyBooks | Job House | Utusan Karya

Mengenai Kami | Terma & Syarat


WWW.UTUSAN.COM.MY 1997-2017 UTUSAN MELAYU (M) BERHAD, 46M, Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur.

You might also like