You are on page 1of 5

SMK MENGKUANG,14000 BUKIT MERTAJAM

KERTAS KERJA
PROGRAM BENGKEL MENGGENGGAM A
PRINSIP PERAKAUNAN 2017

KELOLAAN :
PANITIA PRINSIP PERAKAUNAN
SMK MENGKUANG
KERTAS KERJA
BENGKEL TEKNIK MENJAWAB PANITIA PRINSIP PERAKAUNAN
KELOLAAN PANITIA PRINSIP PERAKAUNAN
SMK MENGKUANG

1.0 LATAR BELAKANG


Panitia matapelajaran Prinsip Perakaunan sentiasa berusaha menjadi platform
terbaik untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar. Program ini diadakan
bertujuan untuk meningkatkan pencapaian akademik mata pelajaran Prinsip
Perakaunan. Program ini merupakan kesinambungan daripada program panitia
Prinsip Perakaunan seperti tahun-tahun sebelum ini.

2.0 RASIONAL
2.1 Pendedahan kepada murid mengenai teknik menjawab Prinsip Perakaunan
yang cemerlang.
2.2 Membantu murid-murid Prinsip Perakaunan membuat ulangkaji secara bijak .
2.3 Membantu guru-guru berkongsi ilmu bagi menjalankan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dengan lebih mantap dan berkesan dengan cara perkongsian
pintar untuk meningkatkan prestasi mata pelajaran Prinsip Perakaunan.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Membantu murid-murid menjawab soalan Prinsip Perakaunan dengan
cemerlang dalam peperiksaan SPM 2017 nanti.
3.2 Membantu murid-murid mengulangkaji mata pelajaran Prinsip Perakaunan.
3.3 Membantu guru-guru Prinsip Perakaunan menjalankan pengajaran dan
pembelajaran menggunakan input-input terkini daripada guru cemerlang serta
memberi peluang kepada mereka bertukar-tukar fikiran bagi memantapkan
Pdp Prinsip Perakaunan dengan cara perkongsian pintar .
4.0 PROGRAM:
4.1 Ceramah & Bengkel Teknik Menjawab Soalan Prinsip Akaun (Program
Murid)
4.2 Perkongsian ilmu bersama Guru Cemerlang Prinsip Akaun (Program Guru).

5.0 SASARAN
Murid-murid Tingkatan 5 Al Farabi dan guru Prinsip Akaun. .

6.0 BILANGAN PESERTA / GURU


Melibatkan bilangan peserta pelajar ( 34 orang) dan 1 orang guru Prinsip Akaun)

7.0 CADANGAN PROGRAM


Tarikh : 10 November 2017
Masa : 9.00 pagi hingga 12.00 pm
Tempat : Bilik Kurikulum, SMK Mengkuang

8.0 JAWATAN KUASA PANITIA


Penasihat : En. Wan Aziz b in Megat Zainon
( Pengetua SMK. Mengkuang)
Pengerusi : Pn Nor Azimah Bt Hassan
( Guru Kanan Teknik dan Vokasional)
Setiausaha : Pn. Suraya Bt Sulaiman
Bendahari : Pn. Suraua Bt Sulaiman
Jawatan kuasa : Pn Norhaliza Bt Arifin
Pn Norhanani Bt Ahmad
9.0 TENTATIF PROGRAM
Masa Program 1: Ceramah dan Bengkel Teknik Menjawab
Prinsip Akaun

9.00 am-.10.00 pm - Bengkel Teknik Menjawab soalan Prinsip Akaun

- Kertas 2

- (Penceramah : En Hisham Bin Ismail- Guru


Cemerlang SMK Kota Kuala Muda

10.00 am 12.00 pm - Bengkel Teknik Menjawab soalan Prinsip Akaun

- Kertas 2

- (Penceramah : En Hisham Bin Ismail- Guru


Cemerlang SMK Kota Kuala Muda
-
10.0 PENDAPATAN / PERBELANJAAN

PENDAPATAN RM
PCG Panitia Prinsip Akaun 00.00

Jumlah 00.00

PERBELANJAAN
Bayaran penceramah 300.00
Bahan bengkel 100.00
( fail, kertas A4, Jurnal, Lejar )

Jumlah 400.00

10.0 PENUTUP
Diharap dengan menyertai program ini, dapat membantu murid-murid menjawab
soalan Prinsip Akaun dengan cemerlang semasa peperiksaan SPM nanti. Murid juga
diharap dapat mengulangkaji dengan lebih berkesan dan fokus kepada konsep dan
fakta-fakta penting. Guru pula diharap dapat memanfaatkan program demi
kecemerlangan mata pelajaran Prinsip Akaun.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

. ..
PN. SURAYA BT SULAIMAN EN WAN AZIZ BIN MEGAT ZAINON
Setiausaha Pengetua
SMK Mengkuang .

You might also like