You are on page 1of 5

Asal Usul Nama Melaka

Sejarah Melayu

Pokok Melaka

Semasa berburu Parameswara melihat seekor pelanduk yang kecil menendang

anjing perburuan semasa beliau sedang berehat di bawah sepohon pokok

Keberanian pelanduk yang kecil tersebut menjadi ilham kepada beliau lalu

menamankan tempat tersebut Melaka dan berpendapat tempat tersebut

sesuai untuk dijadikan negeri.

Istilah ArabMulaqah, Malakat

Melaka menjadi tumpuan pedagang-pedagang Arab

Mereka menganggap Melaka sebagai Mulaqah iaitu yang bermaksud

pertemuan

Mereka juga menyebut Melaka Malakat yang bermaksud perhimpunan segala

dagang

Mitos Hindu Karya Skanda Purana (Bahagian berjudul Vaishnara Khanda)

Pokok Amalaka
Nama ini diambil daripada pokok iaitu sepohon pokok iaitu pokok Amalaka

yang pertama tumbuh di alam semesta

Pokok ini dianggap mempunyai kuasa ajaib yang berkaitan dengan kekayaan,

kesihatan kekuatan

Menurut mitos Hindu dalam karya Skanda Purana pokok ini dikaitkan dengan

kediaman agama Hinduu iaiatu Brahma Vishu. Buahnya juga dianggap buah

ajaib

Oleh sebab pelabuhan Melaka berkembang pesat, pedagang-pedagang

Hindu mengaitkan Melaka dengan pokok tersebut

Melaka ialah sebuah negeri yang terkenal dengan sejarahnya. Melaka terletak di

pantai barat Semenanjung Malaysia serta bersempadan dengan Negeri Johor dan

Negeri Sembilan.

Negeri ini ialah negeri yang kedua terkecil selepas Perlis. Keluasannya cuma

1,657 kilometer persegi. Panjangnya dari utara ke selatan ialah 40 kilometer dan

lebarnya dari barat ke timur ialah 69 kilometer.

Menurut catatan sejarah, nama Melaka telah lama wujud iaitu daripada nama

kesultanan yang diasaskan oleh Parameswara atau Sultan Iskandar Syah .


Daripada catatan pedagang Cina yang datang ke Melaka, sudah ada tempat

dagangan bernama Melaka. Nama Melaka juga ada disebut dalam Syair Jawa

bertarikh 1324. Melaka disebut sebagai negeri yang bernaung di bawah Siam

dalam tahun 1360.

Nama Melaka pertama kali dikesan penggunaannya adalah pada abad ke-14.

Terdapat pelbagai cerita tentang bagaimana Melaka mendapat

namanya.Walaubagaimanapun, cerita yang diterima umum ialah cerita yang

mengaitkan nama itu dengan sebatang pokok yang disebut pokok Melaka.

Menurut cerita sewaktu Parameswara sedang memburu, tiba-tiba seekor

pelanduk putih dengan gagahnya menendang anjing baginda hingga jatuh ke laut.

Baginda terpegun dengan peristiwa ganjil itu lantas berpendapat bahawa tempat

itu sangat sesuai untuk dijadikan tapak negeri. Mengikut kepercayaan orang

Melayu pada zaman itu, kejadian ganjil seumpama itu melambangkan permulaan

suatu pekerjaan yang akan menghasilkan kejayaan.

Baginda memerintahkan supaya sebuah negeri dibuka dan negeri itu dinamakan

Melaka, mengambil sempena nama pokok tempat baginda sedang berteduh ketika

berlakunya peristiwa ganjil itu. Selain itu, ada pendapat yang mengatakan bahawa

Melaka berasal dari perkataan Malagas. Menurut Gasper Correa, penulis sejarah

pada tahun 1551 mengatakan bahawa Parameswara melarikan diri ke Melaka,

didapati sudah ada penempatan orang Melayu asli dan orang Laut.

Baginda mendapati di muara sungai itu ada sebuah perkampungan nelayan di mana

penduduknya melakukan kerja membuat ikan masin untuk dijual kepada pedagang-

pedagang yang datang dari luar. Tempat itu dikenali sebagai Malagas atau

Mulagas, sempena namanya sebagai pusat menjual ikan masin.

Dalam buku Suma Oriental, nama Melaka dikatakan berasal daripada perkataan

Malaya yang bermaksud tempat perlindungan. Menurut cerita, semasa

Parameswara sampai ke Muar, sekumpulan Orang Selat telah bertemu dangan

baginda dan memohon supaya baginda merajai mereka di suatu tempat yang lebih
sesuai iaitu di Bertam lalu Parameswara bertitah kepada mereka, kamu semua

tahu dalam bahasa kita,seseorang yang melarikan diri itu dipanggil Melayo, oleh

itu baiklah tempat ini dipanggil Malaya kerana tempat ini tempat perlindungan

kita.

Pendapat lain pula mengatakan bahawa nama Melaka berasal daripada

mirabolanos iaitu sejenis buah yang dikeringkan. Nama Melaka juga dikaitkan

dengan Malayakolam atau Malayaka yang bererti negeri orang Melayu. Nama

itu juga mempunyai persamaan dengan nama satu suku yang terdapat di India

yang pernah disebut dalam cerita Mahabhrata.

Kedudukan geografinya yang strategik iaitu di Selat Melaka menyebabkannya

menjadi pusat tumpuan pedagang dari luar yang singgah di Melaka. Oleh itu,

pedagang Arab memanggil bandar pelabuhan itu Mulagah yang bererti tempat

berjumpa. Kadang-kadang tempat itu dipanggil Multaqam (tempat berkumpul)

kerana semua pedagang dari timur dan barat berkumpul dan berjual beli di situ.

Ada juga yang menyebut Melaka sebagaimalakat atau malaqqa yang bererti

pasar atau tempat berniaga.

Pengasas negeri Melaka ialah Parameswara di mana baginda ialah anak raja

Srivijaya yang berasal dari Palembang. Baginda terbabit dalam satu

pemberontakan di Sumatera menentang kerajaan Majapahit. Setelah gagal dalam

pemberontakan itu baginda lari untuk menyelamatkan diri daripada dibunuh oleh

angkatan Majapahit. Akhirnya baginda sampai di Temasik (nama lama bagi

Singapura). Ketibaan baginda disambut oleh pemerintah Temasik iaitu Temagi.

Temagi adalah wakil pemerintah kerajaan Siam yang memerintah di situ.

Malangnya, Parameswara berniat jahat terhadap Temagi. Temagi mati dibunuh

oleh Parameswara dan kematian Temagi itu dituntut bela oleh Siam.

Parameswara dan pengikut-pengikutnya terpaksa melarikan diri sehingga sampai

ke suatu tempat yang akhirnya dinamakan Melaka. Tarikh pembukaan Melaka

adalah sekitar tahun 1402.

You might also like