You are on page 1of 14

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT GADING

KM 26 SG PLONG, 47000 SUNGAI BULOH

SELANGOR DARUL EHSAN

BEA 8605 (03-60383258)

KAJIAN TINDAKAN

TEKNIK TAK SERUPA TAPI SAMA


MENJANA KEMAHIRAN MENULIS
KARANGAN BERPANDU
DALAM KALANGAN PELAJAR
TINGKATAN 5 DELIMA

OLEH: PUAN TRICIA LIM CHUK PIN


NO KP: 730121-08-5114
NO TELEFON: 012-6915413
TAHUN KAJIAN: 2016
ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN 1

1. PENDAHULUAN 2

2. ABSTRAK 2

3. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PENGAJARAN LALU 2

4. FOKUS KAJIAN 3

5. OBJEKTIF KAJIAN 3

OBJEKTIF UMUM

OBJEKTIF KHUSUS

6. KUMPULAN SASARAN 3

7. JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN 4

8. KOS KAJIAN 4

9. PELAKSANAAN TINDAKAN 5

9.1 Tinjauan Awal 5

9.2 Instrument Kajian 5

9.3 Tindakan yang dijalankan 5

9.4 Penilaian 6

9.5 Refleksi Kajian 9

10. CADANGAN KAJIAN BAGI TINDAKAN SUSULAN 9

11. BIBLIOGRAFI 10

LAMPIRAN 11
PENGHARGAAN

Saya ingin merakamkan setinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada:

a) Puan Sarina Shaari (Pengetua)

b) Puan Nor Aziah Darus (Penolong Kanan)

c) Puan Parameswari a/p R. Murugesu (Ketua Panitia Bahasa Inggeris)

d) Puan Vikneshwary a/p Muniyandi (Setiausaha J/K Kajian Tindakan)

e) Puan Jamilah Hassan (Guru Cemerlang)

yang sudi memberi khidmat nasihat dan tunjuk ajar dalam menyiapkan kajian tindakan ini.

Sekian, terima kasih.


1

1. PENDAHULUAN

Kajian ini dilaksanakan dengan tujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran menulis karangan berpandu dalam
kalangan pelajar tingkatan 5 Delima. Soalan Bahagian A: Directed Writing, dalam kertas 1 Bahasa Inggeris SPM
memerlukan calon menulis sebuah karangan berpandu yang berformat. Ada enam format yang pelajar perlu kuasai
iaitu menulis: laporan, petikan, ucapan, ceramah, surat tidak rasmi dan surat rasmi. Pelajar sering kali mengalami
masalah menulis karangan berpandu. Hasil penulisan pelajar biasanya adalah terlalu pendek, tidak menggunakan
format yang betul dan mengandungi banyak kesalahan tatabahasa. Memandangkan pelajar mengalami masalah dan
tidak yakin menjawab soalan karangan berpandu, kajian ini telah dibuat untuk memantapkan hasil penulisan pelajar
bagi karangan berpandu jenis ucapan, surat tidak rasmi dan petikan.

2. ABSTRAK

PENGGGUNAAN DAN PENDEDAHAN BAHASA INGGERIS DALAM KALANGAN PELAJAR DARI LUAR
BANDAR YANG TERHAD MENYEBABKAN PELAJAR ADA MASALAH MENULIS KARANGAN
BERPANDU BAGI MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN A, KERTAS 1 BAHASA INGGERIS SPM. PELAJAR
TIDAK TAHU DAN TIDAK YAKIN UNTUK MENULIS KARANGAN BERPANDU YANG HANYA DIBERI
ARAHAN DAN ISI-ISI. KAJIAN INI BERTUJUAN UNTUK MENINJAU KEMAHIRAN PELAJAR MENULIS
KARANGAN BERPANDU SELEPAS DIDEDAHKAN TEKNIK TAK SERUPA TAPI SAMA. PELAJAR
MENULIS SATU PETIKAN BERDASARKAN ARAHAN DAN ISI-ISI YANG DIBERI SELEPAS DIBERI
LATIHAN MENULIS UCAPAN DAN SURAT TIDAK RASMI. KAJIAN INI MENGAMBIL MASA SELAMA
LAPAN MINGGU.

3. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan, pelajar kelas 5 Delima telah didedahkan dengan cara
menulis karangan berpandu. Pelajar diajar menulis karangan berpandu. Hasil penulisan pelajar adalah terlalu
pendek, kurang berkualiti dan tidak menggunakan format yang betul. Ayat yang dibina mempunyai banyak
kesalahan bahasa. Keadaan ini amat membimbangkan kerana pelajar dikehendaki menulis sebuah karangan
berpandu dalam kertas 1, Bahasa Inggeris, SPM.
Saya berpendapat, masalah ini mungkin berpunca daripada penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah dan tidak yakin
pada diri sendiri.

4. FOKUS KAJIAN

Fokus kajian ini adalah untuk mengatasi masalah kelemahan pelajar dalam menulis karangan berpandu jenis ucapan,
surat tidak rasmi dan petikan. Pelajar tidak yakin semasa menulis karangan berpandu. Karangan berpandu yang
ditulis oleh pelajar tidak menepati format yang dikehendaki soalan dan isi-isi yang diberi tidak dihuraikan. Ini
menyebabkan karangan mereka pendek dan tidak mengikut format. Karangan mereka juga ada banyak kesalahan
bahasa. Pelajar perlu diberi keyakinan untuk menulis karangan berpandu ucapan, surat tidak rasmi dan petikan.

5. OBJEKTIF KAJIAN

OBJEKTIF UMUM

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan keyakinan dan kemahiran menulis karangan berpandu jenis petikan dalam

kalangan pelajar tingkatan 5 Delima.

OBJEKTIF KHUSUS

i. Membantu pelajar mengenalpasti format menulis ucapan berdasarkan arahan yang diberi dalam soalan.

ii. Membantu pelajar menghuraikan isi-isi yang telah diberi.

iii. Membantu pelajar mengenalpasti format menulis surat tidak rasmi berdasarkan arahan yang diberi dalam soalan

iv. Membantu pelajar menulis karangan berpandu jenis petikan mengikut arahan dan isi-isi yang diberi.

6. KUMPULAN SASARAN

30 pelajar dalam kelas 5 Delima


3

7. JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN

Bil Aktiviti Tarikh Pelaksanaan

1 Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal. 14 Jun 2016

2 Menulis kertas cadangan kajian tindakan. 21 Jun 2016

3 Melaksanakan ujian pengesahan awal. 28 Jun 2016

4 Membimbing pelajar mengenalpasti format ucapan dan surat tidak 12 Julai 2016
rasmi dengan berpandukan arahan yang diberi dalam soalan.
Membimbing pelajar menghuraikan isi-isi yang diberi dan seterusnya
melengkapkan sebuah ucapan dan sepucuk surat tidak rasmi dengan
isi-isi yang diberi. Arahan untuk menulis ucapan dan menulis surat
tidak rasmi adalah tidak serupa. Isi-isi yang diberi adalah sama

5 Menyemak, berbincang untuk menambah idea yang lebih menarik 19 Julai 2016
dalam ucapan dan surat tidak rasmi .

6 Melaksanakan latihan menulis karangan berpandu jenis petikan 26 Julai 2016


dengan arahan dan isi-isi yang diberi. Isi-isi yang diberi adalah sama
dengan isi-isi yang dalam latihan menulis ucapan dan surat tidak
rasmi. Arahan adalah berbeza.

7 Menjalankan ujian akhir. 2 Ogos 2016

8 Refleksi kajian 9 Ogos 2016

9 Menulis laporan kajian 16 Ogos 2016

8. KOS KAJIAN

Bil Jenis Bahan Kuantiti x Harga Seunit Jumlah Kos

1 Kertas Kajang 1 x RM10.00 RM10.00

2 Dakwat Pencetak 1 x RM20.00 RM20.00

3 Pencetakan bahan dan laporan kajian 1 x RM30.00 RM30.00

Jumlah RM60.00
4

9. PELAKSANAAN KAJIAN

9.1 TINJAUAN AWAL

1. Pelajar tidak yakin menulis karangan berpandu dan tidak memahami arahan yang diberi.

2. Penguasaan Bahasa Inggeris yang tidak baik maka berputus asa untuk cuba menulis karangan berpandu.

3. Penulisan karangan berpandu yang pendek dan kurang berkualiti.

9.2 INSTRUMENT KAJIAN

1. Pelajar diberi soalan menulis karangan berpandu jenis ucapan.

2. Guru dan pelajar berbincang dan mengenalpasti format karangan berpandu jenis ucapan serta isi-isi yang diberi.

3. Pelajar melengkapkan sebuah ucapan dengan isi-isi yang diberi.

4. Pelajar diberi satu soalan karangan berpandu jenis surat tidak rasmi dengan arahan yang tidak serupa tetapi isi-isi

yang sama seperti dalam soalan ucapan.

5. Guru dan pelajar berbincang dan mengenalpasti format karangan berpandu jenis surat tidak rasmi serta isi-isi

yang diberi.

6. Pelajar melengkapkan sepucuk surat tidak rasmi dengan isi-isi yang diberi.

7. Pelajar diberi satu soalan karangan berpandu jenis petikan denngan arahan berbeza tetapi isi-isi yang sama

seperti dalam soalan ucapan.

9.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

AKTIVITI

1. Pelajar diberi satu soalan menulis karangan berpandu jenis ucapan.


2. Guru dan pelajar berbincang tentang arahan yang diberi dan mengenalpasti format karangan berpandu.

3. Guru dan pelajar berbincang tentang isi-isi yang diberi.

4. Pelajar melengkapkan ucapan dengan isi-isi yang diberi. Guru memberi komen tentang hasil kerja pelajar.

5. Pelajar diberi satu lagi soalan berpandu jenis surat tidak rasmi dengan arahan yang berbeza tetapi isi-isi yang

sama seperti dalam ucapan.

6. Guru dan pelajar berbincang tentang arahan yang diberi dan mengenalpasti format karangan berpandu jenis

surat tidak rasmi.

7. Pelajar membaca isi-isi yang diberi. Isi-isi karangan berpandu ini adalah sama dengan isi-isi yang diberi dalam

karangan berpandu soalan ucapan.

8. Pelajar melengkapkan surat tidak rasmi dengan isi-isi yang diberi. Guru memberi komen tentang hasil kerja

pelajar.

9. Pelajar diberi satu lagi soalan karangan berpandu. Arahan yang diberi adalah tidak serupa dengan soalan

karangan ucapan dan surat tidak rasmi tetapi isi-isi yang diberi adalah sama dengan isi-isi ucapan dan surat tidak

rasmi. Pelajar menjawab soalan karangan berpandu jenis petikan.

9.4 PENILAIAN

UJIAN : PRA DAN POST

Berdasarkan pemerhatian dan penilaian awal terhadap pelajar, didapati sebelum teknik Tak Serupa Tapi Sama, 64%
daripada pelajar mengalami masalah dan langsung tidak yakin menulis karangan berpandu jenis petikan.

Band Diskriptor Bilangan Pelajar (%)


A Format yang tepat. Bahasa tepat dan betul. Hasil penulisan yang 0 (0%)
menarik dan teratur.
B Format yang agak tepat. Bahasa yang kebanyakannya betul. Hasil 1 (3%)
penulisan yang agak menarik dan agak teratur.
C Format yang kurang tepat. Bahasa yang kurang jelas. Hasil 10 (33%)
penulisan kurang menarik dan kurang teratur.
D Format yang tidak tepat. Bahasa sukar difahami. 22 (64%)
Jadual 1: Penilaian awal terhadap pelajar sebelum menggunakan teknik Tak Serupa Tapi Sama.

Keadaan ini terbukti apabila ujian pra dijalankan kepada pelajar untuk menulis karangan berpandu. Hanya 3%
daripada pelajar yang dapat menulis karangan berpandu dengan agak baik. (Jadual 1)

Bilangan pelajar yang dapat menulis karangan berpandu sebelum latihan Tak Serupa Tapi Sama mengikut band.

ANALISIS KEPUTUSAN

Selepas dua minggu latihan Tak Serupa Tapi Sama, ujian post dijalankan. Kebolehan pelajar menulis karangan
berpandu agak memberangsangkan. Pelajar begitu yakin dan dapat menulis karangan berpandu dangan baik.
(Jadual 2)

Band Diskriptor Bilangan Pelajar (%)


A Format yang tepat. Bahasa tepat dan betul. Hasil penulisan yang 1 (3%)
menarik dan teratur.
B Format yang agak tepat. Bahasa yang kebanyakannya betul. Hasil 14 (47%)
penulisan yang agak menarik dan agak teratur.
C Format yang kurang tepat. Bahasa yang kurang jelas. Hasil 8 (27%)
penulisan kurang menarik dan kurang teratur.
D Format yang tidak tepat. Bahasa sukar difahami. 7 (23%)
Jadual 2 : Penilaian selepas latihan Tak Serupa Tapi Sama.
7

Berdasarkan ujian post, kebolehan pelajar menulis karangan berpandu meningkat dengan banyaknya. Keadaan ini
jelas menunjukkan teknik Tak Serupa Tapi Sama dapat meningkatkan keyakinan pelajar menulis karangan berpandu
jenis petikan.

Bilangan pelajar yang dapat menulis karangan berpandu selepas aktiviti Tak Serupa Tapi Sama mengikut band.

Perbandingan bilangan pelajar yang dapat menulis karangan berpandu sebelum dan selepas aktiviti Tak Serupa Tap
Sama.
8

9.5 REFLEKSI KAJIAN

Daripada kajian ini, didapati pelajar boleh menulis karangan berpandu jenis petikan dengan baik apabila diberi
latihan menulis karangan dengan format berbeza arahan tetapi isi yang sama. Menulis semula karangan berpandu
yang pernah ditulis oleh pelajar walaupun arahan berbeza memberi keyakinanan untuk menulis. Pelajar juga perlu
diberi ganjaran supaya ada semangat untuk membuat latihan Tak Serupa Tapi Sama.

10. CADANGAN KAJIAN BAGI TINDAKAN SUSULAN

Program ini dicadangkan untuk diteruskan untuk jenis karangan berpandu yang lain. Ganjaran seperti hadiah perlu
diberi kepada pelajar yang rajin melaksanakan latihan ini. Ganjaran positif akan memberi semangat kepada pelajar
yang malas untuk terus berusaha.
9

11. BIBLIOGRAFI

Elliot, J .1991. Action Research For Educational Change. Open University Press.

McNiff. J. 1993. Teaching As Learning : An Action Research Approach. London. Routledge.

Hornby, A.S .2000. Oxford Advanced Learners Dictionary of Current English. 6th ed. Oxford: Oxford University

Press.
10

LAMPIRAN

(a) Soalan karangan berpandu jenis ucapan.

(b) Soalan karangan berpandu jenis surat tidak rasmi

(c) Soalan karangan berpandu jenis petikan


11

You might also like