You are on page 1of 3

LAPORAN AKTIVITI KESELAMATAN ( 3 K )

Nama Program : Keselamatan Sekolah.


Aktiviti : Membuat garisan kuning dan Melekat Papan tanda pada dinding.
Hari : Sabtu
Tarikh : 15 Ogos 2017
Masa : 7.30 pagi 12.30 tengahari.
Sasaran : Semua Guru.
Penganjur : Jawatankuasa Keselamatan Unit 3K SKTPR.

Pada 14 Oktober 2009 yang lalu, Jawatankuasa Keselamatan di bawah kelolaan Unit 3K
sekolah telah mengadakan satu gotong royong membuat garisan kuning dan menampal papan
tanda keselamatan. Kegiatan ini dihadiri oleh semua guru dan kakitangan dan dimulakan pada jam
7.30 pagi hingga 12.30 tengahari.

Gotong-royong ini bertujuan memberitahu murid tentang wujudnya tanda amaran kawasan
merbahaya di sekolah. Ini sebagai persiapan sekolah mesra murid dan menjadi jawasan yang selamat
bagi muird-murid. Tambahan pula ini adalah program keselamatan di bawah projek 3K.Murid
diingatkan supaya berhati-hati atau menjauhi kawasan ini.

Gotong royong ini juga telah memberi pendedahan kepada guru dalam mendalami ilmu
keselamatan. Selain itu, ini juga adalah merupakan salah satu program developmental Jawatankuasa
Keselamatan 3K. Semua guru nampak teruja dan telah menimbulkan berbagai spekulasi positif dan
negetif tentang gotong-royong ini. Gotong royong ini telah menuntut pengorbanan cikgu.
Tambahan pula gotong royong ini mendapat restu pentadbir yang diketuai oleh Puan Noresah, GPK
HEM. Ini terbukti dengan kesungguhan pentadbir dalam pengurusan belanjawan dan pembelian
barang- barang keperluan untuk bergotong-royong.

Gotong - royong ini dimulakan dengan pembahagian kumpulan mengikut 3 kumpulan iaitu
kumpulan guru perempuan A mengecat pembahagian tangga A, guru perempuan B mengecat
pembahagian Tangga B manakala kumpulan guru lelaki membuat kerja yang agak berat sedikit iaitu
menebuk dinding dengan menggunakan gerudi ( drill ) dan menampal papan tanda.
Para guru diberi taklimat ringkas sebelum memulakan aktiviti gotong royong oleh Encik
Rahman. Selepas itu, guru bergerak mengikut kumpulan yang diberi dan membawa peralatan
masing0masing. Guru ditunjukkan secara ringkas tatacara membuat garisan pembahagian pada
tangga. Para guru mula membuat kerja masing-masing sehingga semuanya siap pada pukul 12.00
tengahari. Sila lihat lampiran yang disediakan.

Akhir sekali, sasaran kerja yang ditetapkan telah siap.Gotong royong fasa 1 telah
berlangsung dengan jayanya dan mungkin ada gotong-royong fasa 2 jika keadaan mengizinkan.
Kesimpulannya, gotong-royong yang diadakan ini sekurang-kurang dapat meringan kerja yang berat,
mengikut peratuaran kementerian pelajaran dan mengeratkan hubungan silaturrahmi antara guru. Ia
juga sebagai permulaan menjadikan sekolah selamat dan mesra murid. Pihak Jawatankuasa
Keselamatan juga telah merancang beberapa siri program yang dapat membantu sekolah
meningkatkan ciri-ciri keselamatan di sekolah. Sekian, Wassalam.

Disediakan oleh : 22 OKTOBER 2009

( RAHMAN BIN AMBAK )


S/U Keselamatan
Unit 3K, SK Tg. Puteri Resort, Pasir Gudang.

Lampiran Gambar semasa kursus.


Taklimat ringkas oleh En.Rahman Sebelum memulakan kursus. Peserta bertanya En.Rauf tentang pembinaan Blog.

Panitia Matematik berbincang mengenai isi kandungan. Panitia Agama Islam khusyuk mentelaah ilmu baru.

You might also like