You are on page 1of 7

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN AWAL TAHUN 2017

SK LKTP BUKIT PERMAI 81850 LAYANG-LAYANG, JOHOR.

Tarikh : 27 DISEMBER 2016 (ISNIN)

Masa : 8.00 pagi

Tempat : Bilik Mesyuarat

Kehadiran :

1. TUAN HAJI MOHD ALI BIN MOHAMAD


2. HASSAN BIN AHMAD
3. SITI HAZLIN BT HAJI YUSOF
4. HANAFI BIN SURADI
5. NORHISAM BIN DAMSAKI
6. MOHD MUADZAM BIN MAHMOOD
7. MOHD KHAIRUL BIN HAMID
8. NIK FAIZAL BIN NEK DAUD
9. MOHD FIRDAUS KHAIRI BIN NORDIN
10. NOR AZLINA BT AHMAD
11. AZLINDA BT ZAINAL
12. NUR SYUHADAH BT CHE AMINULDDIN
13. NURUL ELLINA BT RAMLI
14. SAHIRAH BT SETH
15. NOORHADIJAH BT TAJUDDIN
16. LATIFF BIN DAWOOD
17. FAUZI BIN MARZUKI
18. NOOR SAHILA BT ROHANI

Tidak hadir :

1. MAIZAN BIN MOHAMAD

Sebab : urusan keluarga

1. KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

1.1 Memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab

1.2 Tuan Haji Mohd Ali bin Mohamad mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru dan
kakitangan pada mesyuarat kali ini.

1.3 Ucapan selamat datang kepada Encik Abdul Kadir bin Sarip ke sekolah. Encik Abdul Kadir akan
menggantikan Encik Fauzi yang dipinjamkan ke SMK Bukit Batu.

Tindakan : Semua guru dan kakitangan


2. MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT

2.1 Pencadang : Norhisam bin Damsaki

2.2 Disokong : Mohd Khairul bin Hamid

2.3 Tiada usul yang dibahaskan

Tindakan : Semua Guru

3. TUAN HAJI MOHD ALI BIN MOHAMAD

3.1 Amanat PPD 2017

3.1.1 Sekolah perlu memberi penekanan kepada pembentukan sahsiah dan akhlak murid.

3.1.2 Setiap P&P guru perlu diberi penekanan dalam penyampaian kandungan bukannya
kepada teknik.

3.1.3 Pentaksiran Berasaskan Sekolah perlu ditekankan dalam P&P guru.

3.1.4 Guru mestilah melaksanakan P&P berdasarkan kepada PAK 21.

3.1.5 Sekolah perlu memberi penekanan kepada kemenjadian murid.

3.1.6 P&P guru mestilah berpusatkan murid.

3.1.7 Pegawai SIC+ akan membantu guru dalam P&P.

3.2 Guru besar memberi ucapan tahniah kepada En Latif bin Dawood atas kelancaran audit yang
dijalankan.

3.3 Guru besar mengingatlkan agar guru membaca, menilai dan membuat refleksi atas dasar-
dasar kerajaan.

3.4 Sarana ibu bapa perlu diperkasakan lagi. Guru perlu mendokumentasikan setiap program atau
perkara yang dijalan.

3.5 Ucapan tahniah atas peningkatan peratus kelulusan dalam UPSR 2016. Sasaran GPS bagi UPSR
2017 adalah 2.7 iaitu calon yang mendapat 6A adalah 2 orang.

3.6 Buku teks perlu diberikan kepada semua murid sekurang-kurangnya sebuah.

3.7 Guru besar mengingatkan guru perlu menyelesaikan urusan peribadi selepas waktu sekolah.

3.8 Buku rekod mesti dilengkapkan dan hendaklah dihantar setiap hari.

3.9 Guru perlu memaklumkan kepada GPK 1 sekirannya tidak dapat hadir ke sekolah sebelum
pukul 7.00 pagi.

3.10 Sijil cuti sakit mestilah diserahkan kepada guru besar. CRK diperuntukkan 7 hari setahun.
3.11 Jadual kedatangan murid mestilah dilengkapkan oleh guru kelas pada akhir Januari.
Kedatangan murid mesti dihantar sebelum 9.00 pagi.

3.12 Sekiranya murid tidak hadir ke sekolah 3 hari berturut-turut, guru perlu memberi surat
amaran kepada ibu bapa.

3.14 Nasihat :

3.14.1 Guru perlu menggelak masuk ke kelas lambat.

3.14.2 Guru perlu menggelak datang lambat ke sekolah.

3.14.3 Elakkan mengajar sambil duduk di dalam kelas.

3.14.4 Guru mesti menyemak buku murid.

3.14.5 Guru mesti menggelak menggunakan telefon di dalam kelas.

Tindakan : Semua Guru dan Kakitangan

4. EN HASSAN BIN AHMAD- GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

4.1 Encik Hassan memaklumkan bahawa Encik Nik Faizal telah berpindah. Pihak sekolah ada
membuat pemintaan guru ganti.

4.2 Enrolmen guru, staf dan pekerja swasta :

Guru : 15 orang

Staf : 3 orang

Pekerja swasta : 11 orang

4.3 Bicara Pemimpin :

4.3.1 Visi dan Misi pendidikan di Malaysia

4.3.2 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

4.3.3 PBPPP

4.3.4 MBMMBI

4.3.5 Sekolah penyayang

4.3.6 Dasar-dasar kerajaan

4.4 Pengurusan sekolah

4.4.1 Bilik darjah mestilah melakukan tranformasi iaitu lebih menepati PAK21.

4.4.2 Papan kenyataan mestilah dilengkapi dengan informasi terkini.


4.3.3 PPSAT- diharapkan tiada isu yang berlaku.

4.5 Etika Keguruan

4.5.1 Waktu persekolahan bagi guru adalah 7.20 pagi dan waktu pulang adalah 1.45
petang.

4.5.2 Guru diingatkan agar tidak lewat datang ke sekolah.

4.5.3 Guru perlu mematuhi etika pakaian yang ditetapkan oleh kementerian.

4.5.4 Sekiranya guru ingin bercuti, guru perlu memaklumkan lebih awal kepada GPK
Pentadbiran.

4.5.5 Guru diingatkan agar menghantar buku rekod mengajar harian setiap hari.

4.6 Fail Panitia

4.6.1 Setiap panitia diingatkan agar mengadakan mesyuarat sebanyak 4 kali setahun dan
setiap pertemuan mestilah diminitkan.

4.6.2 Setiap panitia perlu menguruskan belanja ABM dengan baik pada tahun 2017

4.6.3 Setiap panitia perlu menyediakan pelan strategic dan dimasukkan dalam fail.

4.7 Penyeliaan P&P

4.7.1 Setiap guru akan dipantau sekurang-kurangnya 2 kali setahun.

4.7.2 P&P guru mestilah berdasarkan ICT dan Peta I Think.

4.8 Pentaksiran dan Penilaian

4.8.1 Guru perlu menampal headcount pada belakang buku RPH.

4.8.2 Setiap PBS yang dinilai perlu ditampal pada belakang buku RPH guru.

4.9 Latihan Dalam Pembangunan

4.9.1 Setiap guru perlu cukup 7 hari setahun dalam LDP

4.9.2 Kad biru perlu dibawa semasa kursus dilaksanakan.

4.9.3 Guru perlu memasukkan maklumat kursus secara talian dalam e-SPLKPM

4.10 Hal-hal lain

4.10.1 Setiap kelas dibekalkan dengan buku kawalan bilik darjah. Guru yang mengajar perlu
mengisinya setiap kali keluar masuk dalam kelas.

4.10.2 Rekod penggunaan bilik khas juga perlu diisi oleh guru yang menggunakannya.

Tindakan : Semua Guru


5. PN SITI HAZLIN BT HAJI YUSOF - GURU PENOLONG KANAN HEM

5.1 RMT

5.1.1 RMT mesti dimulakan pada hari pertama persekolahan kecuali murid tahun 1.

5.2.2 Murid akan mendapat RMT sekurang-kurangnya 2 kali sehari.

5.1.3 Borang murid dan fail RMT perlu dikemas kini oleh guru RMT.

5.2 KWAPM

5.2.1 KWAPM akan diisi secara talian oleh guru KWAPM.

5.2.2 Guru KWAPM juga perlu mengisi borang sebagai bukti.

5.2.3 Guru kelas akan mengisi lengkap maklumat murid.

5.3 Buku kedatangan

5.3.1 Guru kelas perlu melengkapkan maklumat murid pada buku kedatangan.

5.3.2 Setiap bulan guru kelas perlu menutup kehadiran pada setiap bulan.

5.4 Program Penyayang

5.4.1 Guru perlu berada di pintu pagar sekolah bagi menyambut kedatangan murid ke
sekolah.

5.4.2 Program Transisi Tahun 1 perlu dilaksanakan selama 3 minggu. Laporan transisi akan
dihantar ke PPD.

5.5 Ucapan terima kasih atas pelibatan warga sekolah dalam program sepanjang 2016.

Tindakan : Semua Guru

6. EN. HANAFI BIN SURADI- GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

6.1 Encik Norhisam bin Damsaki dilantik sementara sebagai setiausaha sukan.

6.2 Uniform dan 1M1S

6.2.1 Perjumpaan uniform digalakkan bagi murid tahun 3. 4 dan 5 bagi tahun 2017.

6.2.2 Perjumpaan 1M1S akan diadakan pada hari selasa pada waktu 7.30 8.30 pagi.

Murid yang terlibat adalah tahun 4, 5, dan 6.

6.2.3 Perjumpaan uniform akan diadakan pada hari rabu pada waktu 1.00 2.00 petang.

6.3 Sukan tahunan sekolah akan diadakan pada bulan Februari atau Mac.
6.4 Perkhemahan uniform akan diadakan pada hujung tahun ini.

6.5 Guru diingatkan agar menyimpan semula peralatan sukan yang digunakan ke tempat asal.

Tindakan : Semua Guru

7. HAL-HAL LAIN

7.1 Kerosakkan pada PA sistem akan dibaikpulih dalam masa terdekat.

7.2 Kelas tembahan bagi tahun 6 akan bermula pada bulan Januari.

7.3 Sambutan maulidur Rasul akan diadakan pada 12 Januari 2017.

7.3 Hari penetapan target akan diadakan pada 16 Januari 2017.

7.4 Watikah perlantikan pengawas akan diadakan pada 22 Januari 2017.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.55 petang

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

..

NUR SYUHADAH BT CHE AMINULDDIN HASSAN BIN AHMAD

SETIAUSAHA PENTADBIRAN GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

SK LKTP BUKIT PERMAI SK LKTP BUKIT PERMAI

You might also like