You are on page 1of 7

Setiap soalan peperiksaan biasanya dimulakan dengan kata tugas yang

mengharapkan respons yang tertentu daripada pelajar. Samada PT3, SPM atau
STPM, calon perlu mengemukakan jawapan yang menepati kehendak soalan.

Sebagai contohnya, kata tugas 'Di Manakah' memerlukan pelajar untuk memberi
respon yang mampu menyataan kedudukan atau tempat dengan betul.

Jom saya kongsikan contoh kata tugas soalan peperiksaan, yang telah dibahagikan
mengikut Bloom Taxonomy, serta respons yang diharapakan dalam jawapan pelajar.
Semoga membantu!

BLOOM KATA TUGAS RESPONS YANG


TAXONOMY DIHARAPKAN
Pengetahuan Apakah Memberikan maklumat yang
khusus atau spesifik
Bilakah Menyatakan masa / waktu /
urutan prosedur
Catatkan Merakamkan atau merekodkan
sesuatu maklumat
Definisikan Memberi keterangan yang
singkat tetapi jelas tentang
makna suatu perkataan khusus /
istilah / terminology
Di manakah Menyatakan kedudukan /
tempat
Isikan Memenuhkan maklumat yang
spesifik di ruang
Kenal pasti Memberi petunjuk atau
makluman terhadap sesuatu
perkara / benda / pernyataan
yang dikenali atau dicam dengan
jelas
Labelkan Menandakan dan / atau
memberikan panggilan yang
spesifik terhadap suatu rujukan
pada rajah / graf / carta /
ilustrasi
Lengkapkan Mengisikan maklumat / nilai
yang spesifik pada ruang kosong
pada jadual / rajah / ayat yang
diberikan
Namakan Memberi panggilan yang
spesifik terhadap suatu benda /
istilah / terminology / proses
Nyatakan Memberi jawapan yang spesifik
tanpa memerlukan penerangan
lanjut / huraian / sokongan
Padankan Membuat penyesuaian yang
setara berdasarkan rajah /
symbol / maklumat tentang
pernyataan berhubung
spesifikasi / fungsi / aplikasi
atau sebaliknya
Siapakah Mengenal pasti individu dalam
konteks
Takrifkan Memberi keterangan yang
singkat tetapi jelas tentang
makna suatu perkataan khusus /
istilah / terminology
Tandakan Meletakkan symbol yang
dikehendaki
Tulis Mencatat huruf / angka /
symbol yang khusus
Kefahaman Bagaimanakah Memperihalkan / memberi
penerangan tentang cara /
keadaan / langkah / kejadian
Bilakah Menyatakan masa / waktu /
urutan prosedur
Bincangkan Memberi penerangan /
pandangan daripada pelbagai
aspek
Buatkan Mengemukakan pernyataan
yang boleh diuji
Catatkan Merakamkan atau merekodkan
sesuatu maklumat
Di manakah Menyatakan tempat /
kedudukan
Fokuskan Memberi penerangan /
pernyataan dengan
menumpukan kepada sesuatu
aspek tertentu
Isikan Memenuhkan maklumat yang
spesifik di ruang
Jelaskan Memberi penerangan tentang
sesuatu dengan sokongan
supaya mudah difahami
Kemukakan Memberi pendapat sama ada
menyokong atau membangkang
Lorekkan Melukis dengan garisan /
corengan / coretan pada
kawasan / rantau / ruangan
tertentu
Manakah Menyatakan pilihan
Mengapakah Memberi sebab
Nyatakan Memberi jawapan yang spesifik
tanpa memerlukan penerangan
lanjut / huraian / sokongan
Padankan Membuat penyesuaian yang
setara berdasarkan rajah /
symbol / maklumat tentang
pernyataan berhubung
spesifikasi / fungsi / aplikasi
atau sebaliknya
Pasangkan Mencantumkan bahagian
sesuatu mengikut susunan
prosesdur yang betul
Susun Membuat sesuatu urutan
dengan menggunakan kaedah /
prinsip / keperluan / keutamaan
Tafsirkan Mengulas sesuatu berdasarkan
maklumat yang diberi
Terangkan Menyatakan fakta dengan
sokongan atau menjelaskan
sesuatu dengan sebab
Terjemahkan Menukarkan sesuatu bentuk
komunikasi kepada suatu
bentuk komunikasi lain
Tunjukkan Menyatakan sesuatu dengan
bukti
Aplikasi Anggarkan Memberikan nilai kuantitatif
yang dianggap sesuai dengan
konteks berdasarkan
pertimbangan/
Bezakan Menyatakan kelainan /
ketidaksamaan antara dua atau
lebih perkara
Bincangkan Memberi penerangan /
pandangan daripada pelbagai
aspek
Bundarkan Membuat penghampiran bagi
suatu nilai kepada kejituan
tertentu
Cari Memberikan suatu nilai /
kedudukan / perkara secara
mengenai pasti dengan
menggunakan kaedah tertentu
atau menghitung secara ringkas
Gariskasarkan Memberi ciri penting secara
umum untuk sesuatu proses /
tindakan
Ilustrasikan Menjelaskan dengan contoh /
gambarajah / rajah
Laraskan Menyesuaikan dengan sesuatu
supaya sama dengan penunjuk /
tolok
Organisasikan Membuat sesuatu berdasarkan
apa yang telah dirancang untuk
dilaksanakan
Peringkatkan Membuat pemeringkatan
beberapa perkara megikut aras /
tahap tertentu
Pilih Menentukan maklumat yang
terbaik
Ringkaskan Menyatakan sesuatu ungkapan /
pernyataan / petikan secara
pendek / padat dan
mengekalkan kandungan utama
yang asal
Selesaikan Memberi beberapa fakta / ciri /
konsep / prinsip / teori secara
spesifik / berbentuk poin tanpa
memberi hubungan / perkaitan
/ penerangan lanjut bagi setiap
satunya
Tentukan Membuat sesuatu keputusan
selepas mengambil kira
beberapa perkara sebagai asas
pertimbangan
Tunjukkan Menyatakan sesuatu dengan
bukti
Ulas Memberi pandangan / pendapat
/ komen / kritik
Ungkapkan Menyatakan sesuatu secara
muktamad dalam bentuk yang
dikehendaki
Analisis Analisiskan Membuat pernyataan terperinci
tentang suatu aspek atau
perkara yang dikomunikasikan
Bandingkan Menyatakan atau menjelaskan
persamaan dan perbezaan
antara dua atau lebih perkara
Cadangkan Memberi pandangan / idea /
pendapat dengan
mempertimbangkan perkara
positif atau negative
Formatkan Menyediakan / menyusun
maklumat mengikut sesuatu
prinsip / prosedur / peraturan
tertentu
Galurkan Menghuraikan peristiwa atau
fakta secara kronologi
Gambarkisahkan Memberi penerangan dengan
menggunakan gambarajah
Huraikan Memperihalkan / menceritakan
sesuatu dengan panjang lebar /
terperinci
Jadualkan Membuat susunan tentang
perkara / maklumat / acara
mengikut ciri-ciri atau urutan
tertentu yang telah ditetapkan
Klasifikasikan Mengumpulkan / membahagi-
bahagikan / melabelkan sesuatu
kepada sesuatu kumpulan .
kategori berdasarkan kesamaan
kualiti / criteria / ciri / sifat
Lakar Memberi persembahan
berbentuk rajah / gambarajah /
peta secara kasar dan tidak
memerlukan perincian
Laporkan Memberitahu maklumat tentang
sesuatu keadaan secara lisah
atau bertulis
Lukis Memberi persembahan
berbentuk grafik / rajah /
gambar rajah / graf bagi
menggambarkan suatu benda
atau perkara dengan
menggunakan alat dan mengikut
ukuran atau skala tertentu
Plot Menanda / melukis titik-titik
graf
Ramalkan Memberi sesuatu nilai yang
dijangka munasabah
berdasarkan pola atau corak
tertentu
Rekodkan Mencatatkan dapatan kajian /
eksperimen / data /
pemerhatian mengikut format
Tentusahkan Menyatakan kebenaran /
ketepatan sesuatu dengan
memberikan bukti
Ukur Menggunakan alat pengukur
untuk mendapatkan nilai
ukuran beserta unitnya
Sintesis Binakan Membuat sesuatu menggunakan
kaedah / alat tertentu
Cerakinkan Menghuraikan sesuatu kepada
bahagian
Hitungkan Memberi nilai kuantitatif
dengan melaksanakan algoritma
(langkah-langkah tertentu) atau
menggunakan rumus
Hubungkaitkan Membuat sesuatu pertalian
berdasarkan beberapa ciri /
faktor
Interpretasikan Memberi maklumat atau makna
lain bagi sesuatu komunikasi
Rumuskan Membuat sesuatu kesimpulan
berdasarkan data / maklumat /
petikan
Sarankan Memberi pandangan / idea yang
boleh diaplikasikan dalam
sesuatu situasi
Sediakan Mengadakan / mewujudkan /
menyiapkan / melengkapkan /
menyusun sesuatu mengikut
format dan prinsip yang tertentu
Syorkan Memberi pandangan / idea /
pendapat yang boleh
diaplikasikan dalam sesuatu
situasi dengan
mempertimbangkan perkara
positif atau negatif
Ubahsuai Membuat sesuatu perubahan
dengan
Unjur Membina garisan mengikut
unjuran sudut yang ditetapkan
Penilaian Bangunkan Menghasilkan satu aturcara /
program yang menggunakan
perisian / kaedah yang sesuai
mengikut langkah-langkah
tertentu
Ciptakan Menghasilkan / mewujudkan /
menerbitkan sesuatu dengan
daya fikiran atau imaginasi atau
kreativiti
Deduksikan Membuat kesimpulan
berdasarkan sesuatu
Nilaikan Membuat pertimbangan
terhadap sesuatu perkara
Pamerkan Menunjukkan persembahan
terhadap penguasaan dalam
sesuatu perkara
Rekabentukkan Membuat garis kasar / lakaran /
plan tindakan / prototaip /
model
Terbitkan Membina sesuatu dengan
menunjukkan cara
Wajarkah Membuat pertimbangan
terhadap sesuatu perkara
dengan mengambil kira pelbagai
aspek sama ada kebaikan,
keburukan, kelebihan atau
kekurangan

Soalan-soalan berunsur KBAT biasanya bermula daripada Aras Analisis, Sintesis dan
Penilaian dalam Bloom Taxonomy. Biasakan menyoal pelajar-pelajar dengan soalan
yang bercorak sebegini, bagi menerapkan unsur KBAT dalam pembelajaran mereka!

You might also like